30 November 2011

HADIAH KE-3 KINI TERBONGKAR!!

                                                                It's TEDDY BEAR!!!!

Ceh..Seperti siri penyiasatan Detective Conan jer tajuk..tapi realitinya memang begitu..Setelah puas memujuk Mr.Benjey untuk beri hint berkenaan bungkusan yang akan diterima..Akhirnya diketahui jua isi didalamnya bila bungkusan sampai petang tadi..

Ter-amatlah hairan ngan perangai Mr.Benjey bila dalam bulan ni mendapat 3 hadiah secara berperingkat dan paling penting secara RAHSIA..samapai ter-poning lalat kepala aku memikirkan sifatnya yang satu itu. Dia bukan jenis yang suka buat surprise..sama macam aku..memang fail la..main tanya jer..nak aku belikan apa..? Tapi kali ni..wa tabik springgg sama lu..kuat cemerlang berahsia but I Like.

Seorang lagi yang sebijik seperti kekasih aku adalah Ayin..Sangat terharu..tak berkira dan selalu membelikan sesuatu buat aku walaupun aku tak minta..cuma aku sahaja tak mampu nak membalasnya.. Hidup ini terlalu indah bila bersama kekasih yang sentiasa disisi dan gembira bila dikelilingi oleh kawan yang sentiasa membuatkan hari-hari anda bahagia..Terima Kasih sekali lagi buat semuanya..hehe.

29 November 2011

29/11- Its MY BIRTHDAY !!!!

Okayyy..Hari ni memang hari jadi aku. Secara rasminya.. Genaplah umur aku 24 tahun hari ini.

Asal jer sebut Hari Jadi orang akan excited melampau-lampau..tetapi tidak pada aku..kerana hari ini aku melalui banyak perkara indah dan sedih dalam masa yang sama..Indahnya bila ada insan yang terdekat tidak lupa ngan Hari Jadi aku..Terima kasih buat kekasih yang setia bersamaku..juga teman rapat yang ter-lebih advance wish Happy Birthday kat aku sampai mengalahkan kekasih aku sendiri, siapa lagi kalau bukan cik Ayin..haha..dia memang..setiap masa mengingatkan aku bahawa hari jadi aku semakin hampir..Anyway Thank You So Much. Itu part bahagianya okayy..

Kenapa aku tak ter-lampau excited walaupun sepatutnya aku boleh melalak seorang diri di dalam bilik..suatu kebiasaan bila ter-lalu gumbira..tetapi hari ini pilu sungguh rasa hati..sebab parent masih kat kampung..adik pulak dah pergi Brunei mengikut kakak. Tinggal aku bersama abang dan segala kucing jer kat rumah. Diaorang mana pandai nak wish Birthday..huhu.

Kalau tahun-tahun yang lepas..mesti kakak sekeluarga ada datang dan sempat buat surprise party..tu pun aku yang ingatkan diaorang..dah tua bangka pun masih jugak aku ingatkan keluarga tentang hari jadi dan hadiah..Betapa bawah umurnya sifat aku tu..hehe.

Apa-apa pun Terima kasih kepada semua yang wish Happy Birthday kat Aku hari ni...sangat menghargainya..walaupun yang wish tu samada dikenali atau tidak..tetapi demi membuatkan orang yang menyambut Hari Jadi itu gembira.. mereka ucapkan jua dengan seikhlas hati..Terima kasih ye korang...

28 November 2011

Transformasi kasut KUSTA.


Korang tak rasa pelik ke ngan rupa kasut aku ni..? Tapi hakikatnya..aku pakai kasut ni masa turun kerja pagi tadi..hehe.Sebelah berhias sebelah lagi seperti menghidap penyakit kusta.haha.

Kenapa ngan nama kusta..? Bukan sejenis penyakit kulit ke tu..? Hurmm, memang pun. tengok rupa kasut pun dah tahu memang rupa berpenyakit..tetapi tetap jugak aku setia memakainya ke tempat kerja tanpa segan dan silu dihati..kerana banyak sudah jasa kasut ini terhadapku dan akan ku pakai sehingga ke akhir nyawanya..demi simpati yang melimpah ruah apabila melihat keadaannya..lalu aku hiaskannya dengan seadanya agar nampak seperti masih baru tetapi malangnya hanya sebelah sahaja yang mampu aku buat sebab kehabisan butang baju..lalu begitu la aku turun kerja pagi tadi dengan memakai kasut yang hanya ada sebelah sahaja hiasan dan begitu jugaklah ngan hari-hari yang akan datang..jangan tak gelak mahupun simpati iye ngan kasut aku ni.sayang sangat-sangat okayy...hehe.

Rupa Asal..


                                 Sungguh menawan ngan adanya hiasan LOVE diatasnya..

Rupa selepas terkena penyakit Kusta..Sangat sadis dan menyayat hati..tolong jangan bersedih ye korang..

27 November 2011

SELAMAT HARI JADI KEKASIH..


Hari Jadinya semalam..tapi aku update kat blog baru malam ni..aku memang seorang kekasih yang sangat baik dan romantik..sehingga dah lepas dah tarikh baru terhegeh-hegeh nak update kat blog.hehe. Apa-apa pun bukan bermakna aku buat-buat lupa atau memang nyata terlupa ngan tarikh keramat tersebut..tetapi aku dah wish Happy Birthday kat Mr.Benjey pada 3 hari yang lepas lagi..tu dia terlampau advanced..

Mr.Benjey menyambut hari lahir pada bulan yang sama ngan aku iaitu November..Dia punya pada 26 November dan aku pulak pada 29 November..Seronokkan lahir pada bulan yang sama dan berkongsi horoskop yang sama..Lebih indah bila perangai pun hampir sama..yang pasti kami bukan kembar okayy..cuma Mr.Benjey adalah versi aku bila aku jadi lelaki dan begitulah sebaliknya.haha..

Apa-apa pun doa dan harapan aku buat Mr.Benjey adalah semoga dia panjang umur dan murah rezeki..sukses selalu dalam kerjaya dan paling penting..semoga hubungan kami berpanjangan dengan adanya restu daripada keluarga..Semoga hubungan kami berkekalan hendaknya kerana dia adalah anugerah terbaik daripada Tuhan buat aku selepas Arwah Atuk, Keluarga dan rakan terdekat.

25 November 2011

BoyFrriend ku kini kaki beli barang secara ONLINE.

Tu dia..penuh serta padat tajuk entri aku malam ni..Dulu dialah insan yang akan menasihati agar jangan obses ngan barang online..buat pembaziran untuk masa depan jer katanya..kini, dialah insan yang akan tercongok dengan setianya dihadapan laptop sambil meninjau barangan idaman hati..Kenapa dia boleh berubah kepada membeli barang secara online..? Aku pun tak ada jawapan yang tepat dan yang pasti naik kematu kepala aku memikirkannya..Buktinya..


 Datang lagi surat cinta dari abang pos laju..lebih manis bila barang sampai rumah, aku pulak bekerja dan abang pulak praktikal. Family semalam lagi dah pegi ladang..yang tinggal hanyalah kucing..nak harapkan diaorang memang hampeh la jawabnya..huhu.

Dan yang  BoyFriend aku ni pulak, tiba2 buat surprise lagi. Kali ni entah apa la yang dia hantar kat aku pun aku tak tahu..kalau yang hari tu, dia bagi beg dan jam tangan..kali ni tak tahu la..Hurmmm..sejak bila dia pandai nak romatik ni dengan bagi surprise..? Heran tahap meran aku dibuatnya..lantak la labu..yang penting tak sabar nak tahu dia hantar apa..Anyway Thank You Mr.Benjey. :)

23 November 2011

Hari tu aku puji melangit, tapi hakikatnya.

Pantang dipuji sikit terus tercabut sana sini dan situ la..korang nilaikan sendiri la dengan melihat gambar ni..

Sebelum...


Aku pernah memuji bahawa hanya kasut inilah satu-satunya yang bertahan ngan kaki sasaku..adalah nak dekat setahun lebih berbakti kepadaku..sayang sangat-sangat..Tapi kini...


Selepas...


Hanya tinggal sisa-sisa seperti kusta dibahagian depannya..Terlalu berat mata memandang, lagi berat rasa kaki yang memakainya..Hina sangatkah kakiku sehingga mana-mana kasut tidak dapat bertahan lama atau kakiku sebenarnya adalah kaki palsu.huahuahuh..bengong sekejap aku dibuatnya..Tapi, masih jugak aku pakai pegi kerja..rilekla..dah tertanggal bahagian depannya nanti barulah aku bersedia untuk menggantikannya dengan kasut besi.Ambik kau kaki sasa..

21 November 2011

PART II : 20.11.2011

Kalau yang sebelum ni adalah majlis pada waktu pagi..sekarang adalah sambungan untuk majlis pada waktu malam..Apa jugak la yang berlaku pada masa malam gini kan..? tak abis-abis la aku ngan malang..memang secocok bebeno la.kali ni lebih lucu..tapi sebelum tu aku nak layangkan beberapa keping gambar yang sememangnya sudah terbukti bahawa gambar aku lebih banyak daripada pengantin.hehe..zaazzzzz

                               kan aku dah kata..memang gambar aku aje yang banyak.hehe.

                                               My parent..lov u dad and mom.

                                                              My sis n her hubby.

                                                Dewan dah mula penuh..macam semut.

                                                                        With kazen..
                                                                   Sis dan kazen

                                        Gambar pengantin..Akhirnya..hehe.hanya 2 keping aje.

Siapakah yang kahwin pada 20.11.11..?

Yang pasti bukan aku pengantinnya sebab aku belum cukup matang untuk berkahwin cehh..tapi umur dah lepas tahap dewasa. bukan bermaksud aku belum akil baligh..cuma payah sikit untuk aku tinggalkan zaman remaja aku yang ter-sangat indah..hehe. Yang kahwin adalah Darlia iaitu 1st kazen sebelah mak..Memang seronok apabila melihat orang berkahwin lebih-lebih lagi kalau diri sudah ada yang punya..tapi kos nak berkahwin tu la sebenarnya yang melambatkan proses berkahwin..betul tak..? Korang agak-agak la berapa kos yang diperlukan untuk berkahwin ye..mesti beribu-ribu kan..seram ketiak bila mengenang tang kos tu.

Memandangkan kazen aku ni kahwin ngan orang cina..kenalah ada adat cina nya sekali..Aku..? Hanya angguk-angguk dan mengeleng sahaja..ikut sahaja la labi.

Gambar sewaktu pengantin lelaki mengambil pengantin perempuan untuk dibawa balik ke rumah..Tapi macam gambar aku jer yang terlebih banyak..hehe..anda menjadi saksi..hehe.

Aku nak ambil gambar kat cermin, amoi ni pulak sibuk ambik gambar aku..apa2 la amoi.
with aunty..kakak mak yang ke-2.sebenarnya ketinggian kami lebih kurang sama..tapi aku kan ada pakai kaki palsu setinggi 3 inci..ok la tu.hehe.

Abang dan aunty..mudanya aunty..? sebab bapa dia adik kepada arwah nenak sebelah mak..pening ke..?hehe.
 pengantin perempuan bersama keluarga. Mak dia adalah adik kepada mak aku..

Aku bersama pengantin dan aunty..

 kat rumah pengantin perempuan..hanya mampu mengambil gambar pagar rumah sahaja..kerana...


Kasut aku terbukak besar seperti mulut buaya..dapat korang bayangkan macam mana aku berjalan sambil mengawal suhu malu..? tak dapat kan korang membayangkan bagaimana sopannya aku tunduk dengan harapan tak ada manusia pun perasan ngan keadaan kasut aku..fuhhh..malu yang teramat malu..kasut ke-3 yang hancur untuk bulan ini. Tahniah Jess..Good Job.

19 November 2011

Hanya Engkau yang SETIA


Dari hari pertama aku memilikinya secara sah sehinggalah ke saat ini hanya dia sahajalah yang masih bertahan dengan kerenah kakiku yang sasa ini. Terima Kasih daun keladi aku ucapkan kepadamu wahai kasut..

Dan hari ini...bukan hanya kasut yang dah wujud dari zaman batu ni sahaja yang aku nak kongsikan bersama dengan korang..tetapi lebih dari itu..iaitu esok aku akan menghadiri majlis perkahwinan saudara terdekat dan oleh kerana terlampau-lampau excited, aku pergi buat manicure..dan hasilnya :


merah menyala bersama flowery sticker yang pinky mingky..memang nampak girly sikit..hehe..apa nak buat..dah aku gegurl..hehe.

Disebabkan hari ini aku ada bawa kamera, lalu la lalang kerja mengambil gambar aje..Iklan sebentar ye.


18 November 2011

Hampir MENINGGALKAN Dunia.


Seperti televisyen yang tergendala siarannnya. Korang ada ..? tak ada kan..Aku yang malang ni jugak la yang ada..patutnya aku taruk tajuk blog aku ni dengan nama "KISAH MALANG" baru lah meletopss ngan kisah malang yang berderet-deret. Sudahla 2 pasang kasut hancur dan sekarang pulak dengan Handphone yang hanya tunggu ajal jer..sedih sangat-sangat. Handphone ni aku beli dari kawan yang belajar sama universiti dulu..kira ada sentimental value jugak la dari dia yang pernah menyelamatkan handphone lama yang pernah rosak dulu.

Walaupun tergendala siarannya, tapi orang masih dapat SMS dan kol..cuma aku jer yang tak dapat baca sms dan kol diaorang..dengan erti kata lain, Hp aku ni mengalami penyakit screen. Bermaksud, kalau manusia..dia ada penyakit kencing manis..

Dengan itu, aku teramatlah memerlukan pertolongan dari korang semua supaya berdoa yang Hp aku ni cepat sembuh..kalau tak jugak sembuh..tamatkanlah penderitaannya dengan mencabut nyawanya..

Iklan sebentar...


 Gambar untuk hari ini..sentiasa tersenyum walaupun malang datang bertimpa..

14 November 2011

Apa Kes seminggu sekali kasut rosak..?

Apa nak jadi la ngan nasib aku yang sudah sedia malang, ditimpa bertalu-talu lagi oleh tangga. Perlu ka kasut aku setiap minggu rosak..?..Buktinya :

MINGGU PERTAMA, HARI ISNIN.


SEBELUM..


Nampak sihat walafiat dan bersinar-sinar. Aku beli masa study kat Sabah dulu..ditatang bagai minyak yang penuh dengan harapan dapat berbakti bila aku nak kerja nanti. Tapi, bakti tinggal bakti..kerana sekarang hanya tinggal rangka sahaja sebagai kenangan.

SELEPAS..


Bukti nyata bahawa kasut aku dah tinggal arwah..sama ada aku terlampau ganas semasa menggunakannya atau kasut ini memang lembik kat kaki aku yang sasa ni..sedih sangat tau..tolong jangan tak gelak sebab hari pertama pada minggu pertama pakai dah gini rupa dia.huhu.

MINGGU KEDUA, HARI ISNIN.

SELEPAS..

Hanya ada gambar selepas rosak.huhu..yang ini lagi sadis okayy..sebab kasut ini merupakan pemberian daripada seorang rakan masa study kat Sabah dulu..kini dah jadi Arwah dengan keadaan yang sangat menyayat hati. Tapi, disebalik kejadian kasut ni rosak, ada kisah yang boleh buat perut terburai..tengah aku on-the-way nak pegi lift dia tercabut macam gitu. OH no-no..mana letak muka..!!. nasib baik ada bawa spare..buat malu jiwa aku jer..



Ini pulak adalah aku a.k.a tuan punya blog. Hari ini aku start berpakaian formal no-more t-shirt okayy..Senyum dipagi hari sebelum mengetahui bahawa ada nasib malang menimpa..huhu.

11 November 2011

Macam Kompeni Bapak aku punya !!.


Kalau bukan pun kenapa?..tak ada masalah pun sebenarnya cuma aku ni haa, cuba pakai kanta pembesar sekejap dan tengok betul-betul apa yang aku pakai pegi keja pagi tadi..baju lengan panjang okayy..haa, kau dapat.? tak kan..sah-sah kena buang dan takkan kembali..Aku dapat sebab hurmm..sebab aku memang pekerja kat situ lah..haha..tu jer bezanya. Tapi started next week, no more t-shirt..pakai formal sepertimana sepatutnya..

Awal sungguh aku turun kerja pagi tadi, semangat yang tidak pernah luntur dari hari pertama aku mula kerja..Sampai ke hari ini, aku mendapat 2 panggilan temuduga okayy..Bila dah bekerja, macam goreng pisang panas nak aku pergi menghadiri interview. Bila tak ada kerja dulu..HARAM diaorang nak telefon dan tanya khabar..cehh. Sekarang aku pulak jual mahal..rasakan..

Apa-apa pun sehingga ke saat ini, segalanya berjalan dengan lancar tanpa masalah sakit jiwa. Bos pun memang peramah..dan paling penting is important. Sekian-


9 November 2011

Balik Keja dapat HADIAH!!!



Sumpah nak tergolek-golek kejap kat ruang tamu bila sampai rumah tadi, tengok ada 2 bungkusan dari pos laju. Satu besar, satu kecik..Kalau la setiap hari gini, sampai hari ahad pun aku sanggup pegi keja.hihihi..Memang aku tahu kekasih hati nak bagi something..tapi dia tak bagitahu secara detail apa yang dia nak bagi..cuma tak sangka sampai 2 sekali barang dia bagi..Memang terkejut. Aku tak pernah mintak apa-apa pun tapi kalau dia tanya apa aku mahu, jawapan aku "Hanyalah Dia" sebab dah setahun lebih tak jumpa..dahsyat tak dahsyat memang itulah kenyataannya.huhu.

Berbalik kepada bungkusan yang dikirim..memang tak sangka hadiah suprise tu adalah beg..macam tahu-tahu jer yang aku nak merancang beli beg ujung bulan ni..tak sangka betul..terpaksa aku kol dia tanya betul ke 2 bungkusan..bukan satu jer ke..? Sebab malam semalam dia cakap satu jer..Hadiah yang jam tu memang siang-siang dia bagitau nak bagi..suka sangat..Thank You so much my LOVE..Terharu okayy.

 




7 November 2011

Hari PERTAMA Bekerja.

Mula-mula mesti nak tahu apa perasaan kan..gementar kah aku seperti pergi ke medan perang, akan sedih kah aku kerana selepas bekerja, novel akan aku abaikan..Tiada lagi dunia fantasiku..bye-bye. ATAU malang kah nasibku kerana kemana sahaja aku pergi, mesti ada insiden malang tidak pernah berbau wangi berlaku kepadaku..DAN YA MEMANG ADA..aku dah cakap dah..jangan disebut ayat keramat malang tu..

Seawal jam 7 pagi aku bangun dan seterusnya buat kerja rumah..nasib baik start keja 9.30 pagi, sempat jugak aku buat bekalan untuk masa lunch nanti..Aku pergi keja simple jer..baju kurung dan pumps shoes dahla..bila tiba disana..alih-alih aku seorang jer berbaju kurung.? kan dah macam alien aku dihadapan mereka..tapi aku tak kesah..Esah lagi tak kesah..

Lepas tu disebabkan terlalu kerap naik turun tangga, tumit pumps shoes aku tercabut indah lagi indah kalau dibuang kedalam tong sampah..ishhh, geramnya hati. selama aku study dulu pakai kasut tu elok jer rupa dier..kalau dah tercabut tumit dia..tak ke terketak ketuk bunyi bila naik turun tangga..cehh..hari pertama dah buat drama mintak beli kasut baru..

Masa aku berbaju kurung tu, diaorang boleh keliru pulak ngan bangsa dan agama aku. Hurmm. siap kata aku ni orang melayu..Pembetulan, saya bukan orang melayu mahupun beragama islam..tapi kawan dikalangan orang yang beragama islam tu memang ramai la..hehe..

Dan syukurlah untuk hari ini, memang sibuk kesana kemari tapi dapat jugak kerja-kerja itu aku sempurnakan..Selain itu, aku bersyukur sangat-sangat sebab telinga aku tak berapa nak pekak bila bos bagi instruction..selalu kan ada badak dalam telinga aku ni..syukurlah.

6 November 2011

Tarikh Yang TER' ISTIMEWA dalam November.


Okay..tarikh hari ini memang sangat istimewa dalam bulan November..Apa lagi kalau bukan ANNIVERSARY COUPLE..yang ke-3 Tahun 6 Bulan. Cayalah..memang lama jugak la bercintan cintun dengan Mr.Benjey ni sampaikan gambar pun sama lama jugak bertahun-tahun tanpa ada gambar yang terbaru. Kenapa..? Sebab nak dekat setahun lebih jugakla kami tidak bertemu mahupun bertentang mata. 

Mr.Benjey sekarang sibuk membina kerjaya..balik2 shutdown..nasib baik bukan showdown..tapi ye la, nak buat macam mana, dah keja dia gitu..takkan pulak nak merungut dan mengeluh pulak kan..kerana aku tahu dia memang seorang yang workaholic..cukupla bagi aku kalau dia tak mengabaikan perasaan kekasihnya ini dan sentiasa ada ketika susah senang, gumbira, meraung, sewel dan ketika waras..

Orang selalu kata cinta jarak jauh punya banyak dugaan..ranjau berduri tak usah disebut..berduri-duri jugak la jawabnya..Cuma antara aku dan Mr.Benjey, hubungan kami direstui keluarga..saling memahami pasangan dan paling penting, apa yang aku mahukan dalam hubungan kami ialah bila dia menghormati aku sebagai seorang perempuan..lindungi aku sepertimana sepatutnya..jika dia dapat buktikan..maka selayaknya dia menjadi ketua keluarga..

Harapan aku, semoga hubungan kami sentiasa diberkati dan bersama hingga akhir hayat..ini bukanlah sekadar kata-kata..tetapi doa dari kekasih buat kekasihnya.

Kisah 5 NOVEMBER.

Kisah semalam, tapi baru hari ni terhegeh-hegeh nak update, korang jangan heranlah..entri aku kan memang selalu ke-belakang. Ada 2 kisah berkenaan semalam. Yang paling utama..ianya adalah ulangtahun yang ke-7 Arwah Atuk..Kalau dulu, bercerita tentang Atuk..airmata aku mudah sangat mengalir. Sekeras mana pun hati tapi bila kita mengenang seseorang yang sangat disayangi, mengalir jua airmata kerana rindu..

"Atuk, terima kasih kerana pernah hadir dalam hidup seorang insan bernama Jesse. Terima Kasih jua kerana pernah menyayanginya dengan setulus hati. Terima Kasih untuk segalanya. Semoga atuk tenang disana."

Kisah 5 November tidak berakhir disitu sahaja kerana pada tarikh tersebut jugak, aku, Ayin dan kekasih dia pergi menghadiri majlis perkahwinan seorang rakan..Majlisnya simple but nice. Tak banyak gambar yang sempat diambik..nak ambik gambar pelamin pun aku malu-malu kambing..alahai..anak sapo la dia ni..Kalau ada pun ambik gambar, semuanya ada kat Ayin..nanti-nanti aku upload pulak ye..Pada hari tersebut aku janji nak pakai baju kurung moden pink hitam tapi ditukar pada saat-saat akhir dengan memakai baju kurung merah cili sebabnya lebih selesa..angin pun banyak masuk.hehe..

Seperti Biasa..dah macam trademark la pulak. :


Mengambil gambar diri-sendiri sebagai kenang-kenangan di hari tua..-Sekian-