18 Mac 2012

RAINBOW ROPE nama diberi :)

Yeahaa..ni satu lagi benda baru yang aku belajar buat daripada tempat kerja..sangat berfaedah la jugak..daripada kain terpakai yang digunakan untuk mengikat stock baju, daripada dibuang merata-rata..elok sangatlah jika dikitar semula ye tak..?

Masa mula-mula tengok kawan sekerja buat ulat kain ni..ada la terkial-kial tangan sasa aku nak membuatnya..dah lama-lama..daripada tak tahu, menjadi ter-Over la pulak nak buat setiap hari..Kang abis la bilik aku penuh ngan menatang ni..

Bukan tu aje, asal ada kain jer terus tangan ni gatal nak buat..siap derma lagi ngan kengkawan sekerja yang lain..hehe.


Sangat cantik dan berwarna-warni..


Korang berkenan..? meh sini aku poskan satu..hehe :0

11 Mac 2012

Gula Batu dari Indonesia..sangat lucu!

Bukan sahaja lucu tapi sangat menarik dan kreatif..seperti main tilik nasib pun ada sebab ada banyak kata-kata dibelakangnya..nak tengok tak..?


Pertama kali bila rakan sekerja memberi gula batu ni kat aku..tersangat la heran dengan bahagian belakang nya..sebab banyak mengandungi kata-kata. Tak pernah la pulak aku jumpa gula batu macam gini..tapi yang pasti, aku terpikat ngan gula batu ni bukan disebabkan oleh rasa gula batu itu sendiri tetapi terpikat ngan kata-kata di belakangnya dan hendak dijadikan cerita, terus la dibuat menjadi koleksi .hehe.

Agak-agak la kan..kalau korang rasa sedih sangat terhadap sesuatu perkara dan tiba-tiba orang memberi anda gula batu ni yang ada kata-kata "Masih Ada Harapan"..rasa-rasanya la kan..dapat tak mengubah mood korang yang tengah frust tertonggeng..hehe..

P/s : jangan pulak korang guna gula batu ni untuk tilik nasib..tak baik tau.


7 Mac 2012

Aku yang semakin mengilai Earring COMEL!!


Dibeli pada beberapa hari yang lepas dan seperti biasa baru malam ni aku update..standard blog aku ye..upadate benda yang dah berlalu..sama ada aku yang tak ada masa atau blog ni yang terlalu banyak masa lapang..Eh betul ker?? 

Apa-apa pun anting yang comel ni sekali lagi aku beli dari Kitty Sykes..sangat gojes okayy!..Ada masa lawat la online shop dia.sangat tidak menghampakan..

Sekadar berkongsi perkembangan diri yang semakin hari semakin mengembang..tak percaya?..sila bukak mata luas-luas.


Hendak dijadikan cerita, adalah dalam beberapa kilo yang naik..Kalau lebih daripada kilo yang sepatutnya..aku terima jugak seadanya sebab dah aku sukakan makanan..ye tak? Anda sokong tak..? hehe..Kalau ada masa dilain hari, akan aku updatekan tentang perkara yang dah berlalu lagi ye.. :0