8 Mei 2012

Hasil dari Ladang.

Pada hujung minggu yang lalu, aku dan sekeluarga pergi ke ladang..satu lagi aktiviti yang tersangatlah lama siot aku tinggalkan semenjak dah bekerja..dah siap pun pondok kat sana..dulu masa pergi masih berangka seperti tulang ikan..sekarang dah lengkap dah sebagai tempat berteduh..cuma mistake aku lupa ambik gambar pondok.huhu..

Macam mana la nak ambil gambar pondok kalau dah gambar ntah apa-apa yang diambil..Sambil memberi baja kat sawit, sambil tu jugakla tanganku gatal nak snap-snap benda lain..dan hasilnya:





6 Mei 2012

Sudah 4 Tahun.



Dan aku masih mencintainya sepertimana pertama kalinya aku jatuh cinta dengannya pada 4tahun yang lalu dan sehinggalah ke saat ini, perasaan aku terhadapnya masih sama..Meskipun cinta kami jarak jauh, dimana utara dan selatan..dan dengan hanya bertemu 2 kali setahun dengan maksimum berjumpa selama 3 hari..itu sudah memadai bagi kami. Jarang berjumpa tidak bermaksud hubungan kami renggang dan perasaan itu berkurang..tetapi itulah sebenarnya masa untuk kita mengenali pasangan dengan lebih dekat dan sememangnya inilah yang kami mahukan. Satu hubungan yang Matang tanpa prejudis.

Mr.Benjey, terima kasih untuk cinta dan segalanya..semoga hubungan kita sentiasa direstui oleh Tuhan dan Keluarga.

1 Mei 2012

Sekarang "guna jari pun boleh"

Setelah sekian lama tidak punya masa untuk memanjakan diri-sendiri, pada hujung minggu lepas aku bersama kawan bersepakat membawa berkat nak rebonding rambut. Rasanya adalah dalam setahun lebih tak rebonding..dah macam dawai rasanya rambut aku ni. Selepas rebonding, rasa lebih ringan jer kepala dan paling penting senang nak diuruskan..

                                                 Muka yang sangat bahagia selepas rebonding :0

Ini pulak kengkawan sama kerja yang bsersama-sama rebonding rambut..


Selepas ni kenalah rajin selalu pergi salun untuk buat treatment..kalau tak, balik lagi la ke rambut asal dawai tu..kopak dompet den dibuatnya.huhu.