Setelah 8 bulan bekerja..aku akhirnya berhenti..Pada mulanya keputusan yang aku buat ini adalah diatas kemahuan aku sendiri..Jika ditanya mengapa aku berhenti..terlalu banyak rasanya. Antaranya:
Waktu kerja yang tidak fleksible..lebih banyak masa dihabiskan ditempat kerja sehinggakan hari sabtu pun bekerja..bayangkan dari waktu kerja 9.30 pagi hingga 6.30 malam..sampai dekat rumah pun dah lewat kerana aku menggunakan bas.
Yang paling aku risaukan adalah keselamatan kerana rumah aku adalah yang paling terakhir bas pusing..kerana tidak mahu lewat sampai rumah..aku akan berhenti di supermarket berdekatan dengan rumah dan berjalan kaki balik..Begitulah rutin aku setiap hari..penat bekerja itu tidak aku kisah kerana ia adalah lumrah bila kita sibuk..tapi, bila bab nak balik mesti rasa malas sikit kerana perlu berjalan..pernah la sekali aku kena demam panas..terpaksa la aku ikut bas pusing sebab tak larat nak berjalan..tup.tup. pak cik bas berhenti sekejap kat rumah dia..masa tu ada beberapa budak lelaki dalam bas dan buat bising..sangat takut bila otak mula memikirkan yang bukan-bukan..tetapi syukur kerana tiada apa-apa yang berlaku..untuk hari yang seterusnya..sumpah aku tak nak pusing..sakit macam mana pun, aku kan gagahkan diri berjalan..yang penting selamat.
Sudah 6 bulan bekerja dan confirm..mesti kita teruja jika ada kenaikan gaji kan? sikit pun jadilah..adalah jugak tambahan untuk simpanan mahupun perbelanjaan untuk keluarga kan..tapi yang menyedihkan..gaji tak juga naik, scope kerja pun tak teratur..sangat menyedihkan..mungkin ini adalah salah satu alasan kenapa aku nekad nak berhenti..dalam usia seperti aku sekarang nie..sepatutnya sudah ada perancangan masa depan yang memerlukan aku stabil dari segi kewangan dan kerjaya..huhu.
Paling menyedihkan..dulu seiap hari sabtu..adalah half day, tapi lepas tu ada memo HQ keluar mengatakan hari sabtu pun kerja sama seperti hari isnin sampai ahad..makin berganda la kerja..walhal..hari sabtu selalunya tak ada busy mana pun..lebih banyak duduk termenung dalam office menghadap file..seperti biasa..tak ada tambahan gaji untuk waktu kerja yang dipanjangkan..
Kalau dah hari sabtu pun kerja..secara tidak langsung, masa bersama dengan keluarga pun makin berkurang..bila ada kenduri mahupun perancangan balik kampung, kompom aku tak ikut..serasa tak ada social life lagi..dengan kawan lagilah walaupun sama kawasan perumahan dan sama lorong..hari ahad cuti..esokknya kerja lagi..huhu.
Itu adalah antara sebab mengapa aku mengambil keputusan untuk berhenti..Tetapi, tidak bermaksud sepanjang aku bekerja disana aku tidak pernah mersasa bahagia..malahan ramai kawan yang aku kenal termasuklah Boss..sangat baik..Aku sangat bersyukur dan berterima kasih sebenarnya kepada mereka kerana menerima aku yang memang tak ada pengalaman ni bekerja. Thank you all :)
Sebelum berhenti, aku ada menerima bebrapa hadiah dari bos dan kengakawan.. Adalah jugak masa berhenti tu, diaorang belanja makan..Terima Kasih ye! :)
Ini adalah pemberian boss semasa dia bercuti ke Singapore tempoh hari..sempat jugak dia belikan ole-ole untuk kami office staff..Sudahlah memang favorite aku kalau bab accessories nie.Thank you so much Ms.Tay! :)
Cincin ni pulak pemberian daripada rakan sekerja..Ada kisah lucu disebalik cincin ni..sehingga ke saat ni, aku masih memakainya..mula-mula aku hanya beritahu jer yang cincinnya lawa dan nak menengok macam mana rupanya bila aku yang memakainya..tak pasal-pasal tak dapat la pulak aku bukak..sangat ketat!..Lepas tu, dia pun beritahu yang cincin tu ada jodoh ngan aku dan dia pun suruh aku pakai terus..sebagai kenangan dengan dia...Agak-agaklah kan..kalau aku dapat bukak cincin kat jari ni..dia minta balik tak?haha..Apa-apa pun Thank You Ang Hui Yan untuk cincin nie.. :)
Dalam aku sedih kerana dah berhenti..aku merasa gembira jugak..kenapa? kerana banyak yang manis dari pahitnya yang aku boleh jadikan sebagai kenangan indah sepanjang bekerja kat sana..
Selepas ni kena lebih gigih mencari kerja..doakan untuk saya ye..Terima Kasih. :)