13 April 2013

Aku VS Murid Matahari!!!


Hye bloggers! Hari tu dah cerita kan.kan tentang  pengalaman solo journey pergi Kuching..now nak cerita pengalaman dah bergelar seorang guru pulak  dengan selamatnya. Orite, setelah seminggu bergelar seorang guru yang berdedikasilah sangattt kepada anak murid tersayang..dapat aku simpulkan bahawa berhadapan dengan anak murid yang berumur dari 4-6 tahun adalah salah satu cabaran yang sangat sangat dahsyat..Kenapa pulak aku kata macam tuu sebabnya bukti pun dah ada..Ni haa..korang baca dan renung. Jangan gelak terlentang dahlah..

Pertama: Untuk beberapa jam yang pertama, aku dah mengalami suara serak-serak basah yang hampir sama dengan suara penyanyi soprano walaupun kedua-dua jenis suara itu jelas tiada kaitan antara satu sama lain..tapi yang betulnya, aku memang mengalami sakit tekak kerana puas menjadi tarzan dalam kelas. 

Kedua: Dibahagian dalam bibir atas dan bahagian bawah ada ulser beranak dan menempel disitu..jelas menambahkan kesakitan yang sedia ada.

Ketiga: Demam kura2 secara tiba-tiba bersama pakej batuk sudah cukup menjelaskan bahawa memang masaklah aku bersama kanak-kanak ribena daam kelas nii.

Keempat: Masalah wanita.. (Hanya sesama wanita yang memahami)..

Kelima: Tahniah dah hari Jumaat pun..esok sabtu dan masa untuk recharging tenaga..harap-harap tenaga akan berpanjangan kalau pekena Kacip Fatimah. (Sila abaikan iklan yang sia-sia ini)..

Keenam: Masa untuk update blogg..khas untuk anda. :p

Baiklah dimulakan dengan ayat skema, menjadi seorang guru kepada kanak-kanak riang ditabika..bila difikirkan balik dengan akal yang waras seronok jugak sebenarnya...Mana tak nya, hari pertama dah dihadap dengan karenah hyperactive yang memanjang, yang kerjanya gossiping pun ada okayy lepas tu kerja nak mendandan jer pun ada..Ehh Hello! Baru berumur 4-6 tahun jer pun okayy..kalah zaman tadika aku dulu ke zaman aku dulu memang kuno..haha..

Tapi, aku pon layan jugak perangai diaorang tuu..sebab hanya dengan cara camtu kita dapat selami hati setiap daripada mereka dan dapat mendidik mereka dengan lebih berkesan..haa, betulkan?.Amboi, kelasss kau cikgu.haha!

Hari yang seterusnya, semua rajin baca buku..siap ada yang jadi guru tak bertauliah lagi kat depan..copycat betul..hehe. Paling lucu, aku bagi mandat suruh diaorang ajar kawan yang malas dan marah kalau diaorang tak nak..apalagi, sayang kawan punya pasal..belajar jugaklah yang malas tuu..sabar je lah aku menengok perangai diaorang nii.haha..

Setakat ni..aku gembira dengan suasana kerja yang semakin dekat dihati..Walaupun secara jujurnya aku bukanlah jenis yang peramah dengan kanak-kanak..sebab adik dan anak buah pun dah masuk sekolah menengah pun..sedikit kekok nak melayan budak-budak..Sekarang ni dah jadi guru..Nahh..ambik aku.haha..

Tak adalah rumit mana pun..chewahh, kalau kena dengan caranya..yang penting, setiap kali diaorang dapat siapkan kerja sekolah..kata-kata pujian mesti ada..barulah diaorang seronok nak belajar..hehe.

Begitulah aku, bersama mereka..segala-galanya adalah yang pertama dan bersama mereka jugak aku belajar untuk memahami dan menyelami hati setiap mereka..fuhh..ayat tangkap lentok tuu.hehe.
 
Kalau tak kerana waktu rehat, jangan harap dapat ambil ganbar diaorang nii..confirm ada yang bertenggek minta diambil gambil gambar..nasiblah aku..aku.:p

4 April 2013

Solo Journey to Kuching.

And it was for the FIRST TIME!!..


As usual..hollaa Bloggers..and yess Bulan April kini telah tiba dengan penuh bergaya!!anyway thanks to March for giving such a good news for me. Everything happen so sudden..tengah rancak menghabiskan cuti sekolah bersama keluarga dikampung sambil mendengar lagu tak berapa nak hip hop sangat dekat hp sambil menyiang ikan..sangat tidak logik tapi masih boleh dilayan lagi..tiba.tiba pada petang keramat hari khamis lepas..mendapat panggilan daripada jabatan taska perpaduan bahawa saya telah mendapat kerja sebagai seorang guru..Apa!!hampir terlepas ikan yang disiang..nasib ikan tersebut memang dah jadi arwah..lalu, bermulalah perjalanan yang tak berapa nak adventure la sangat..

Siapa kata tak adventure? nama pun first time kan..kalau nak tahu, secara jujurnya aku ni nama jer orang Sarawak..tapi tak pernah melawat tempat-tempat yang ada kat Sarawak..sangat jakun sebenarnya..Mana tak nya, tempat pertama aku pernah lawat dulu adalah dekat Brunei..tu pun pasal kakak tinggal kat situ..then study kat sabah dan konvo kat KL..Hurmm..elok sangatlah jakun tuu kan.hehe. Nasib baik En.BF orang kuching..kuranglah sikit rasa nerveous tu..pheww.

Lalu bermulalah adventure yang tak seberapa nak adventure tersebut pada 31 March-2 April.. 

Day 1.
 Flight pergi Kuching adalah pada hari Ahad sebab isnin tu kursus start pukul 2p.m..harus datang awal! tapi malang tidak berbau harum bila flight delay selama sejam..due to bad weather kat Kuching..dengkilah tu sebab aku nak pergi sana..Emo sekejap dibuatnya..Haisshh.

Sampai kat sana dah malam pun dalam pukul 7..sepatutnya pukul 6 p.m tahu tak..frust aku dibuatnya..lepas tu cari lokasi hotel lagi dah sejam..En.Bf pun tak berapa tahu kat mana lokasi hotel tersebut..hanya berpandukan Map semata-semata plus kedua-dua pasangan ini Rabun malam..hah..sesuailah sangat..selamatlah kitaorang mencari dalam gelap..

Setelah sesat sampai tak terkira..akhirnya jumpa dan terus check in..lepas check in terus jumpa family En.Bf..gulpp..kenapa aku macam rasa ketiak aku basah hah?bukan sepatutnya tangan aku ke mengigil..lain pulak bahagian yang bagi tindak balas nerveous ni..but after that, everything going smooth and silky gitu..Thank God..kering balik ketiak aku..

Next, almost 9p.m baru abis dinner..then tanpa membuang masa..we just go straight to MBO dekat The Spring watching GI.JOE..wa tell you okayy..5 stars for the movie okayy..!!


Day 2.
Kursus pun telah bermula dengan selamatnya pada hari isnin dari jam 2 petang sehingga ke 10 malam..Hari yang sangat letih dan panjang sebenarnya..but then Thank God.semua berjalan dengan lancar selancarnya..Aktiviti sepanjang kursus ni sebenarnya lebih kepada pengenalan, skop kerja, Do's and Dont's serta siap ada bengkel lagi pada malam hari..kira macam praktikal lah.so far sooo good.


Day 3.
Last day menghadiri kursus dan berada di Kuching..sobsob..I'm starting like to stay here you know..I just love it..Dengan berakhirnya kursus tersebut pada jam 1..maka dengan sepantas kilat aku packing dan terus setia menunggu En.Bf untuk menjemput..saya ada masa selama 3jam untuk shopping sebelum balik ke Miri..flight pulak pukul 6.10..eloklah sangat dengan masa yang singkat..apa jugak aku dapat borong nanti..haisshh..berdebar-debau dada dibuatnya..first stop adalah borong ikan terubok masin..a must buy item tuu..Rm 10 untuk 3 ekor dan aku beli Rm30 dengan percuma seekor lagi..kelass kau abang terubok.hehe

Next stop kat The Spring again..tuu jer yang dekat..terus kaki dihayun selajunya ke Padini Store..sebab member ada cakap yang Padini tengah Sales..lalu dengan geramnya borong 2 jeans yang berharga RM99 satu dan jika beli 2 Rm119..sangat teruja dan terus beli..lepas tu akak kat kaunter cakap RM149 dik sebenarnya untuk 2 pasang..Dem..aku tetipu dengan tanda harga yang dipamerkan..tu Rm119 untuk 2 pasang baju la..Arghh..lalu tanpa perasaan aku beli jugak..dengan rela hati..sekian.

Itulah kisah sepanjang menghadiri kursus di Kuching dan dengan masa yang diluangkan seciput jer bersama dengan En.Bf..What can I say..Im very happy, and really enjoy the trip..

Nahh..I present to you The Snap shoot sepanjang Trip..


                                           MBO Kuching..so excited with GI.JOE..
  
                                      Bilik penginapan di Kingwood Hotel, Kuching.


                                Roomates: Eda, saya dan Carol. having dinner together..


                                       Roomates..both are taken.sorry guys..hehe ;p


                                                 Peserta yang menghadiri kursus..


 Me and Him..so crazy when we are together..hehe :p

Gonna miss all the sweet memory...huhu.