Adakah anda kenal dengan
Edward VIII dan juga
Wallis Simpson..? Jika anda kenal dengan mereka berdua, anda akan merasa kasihan dengannya malah mungkin juga akan mengkagumi kisah cintanya..kerana dia sanggup meninggalkan darjatnya demi wanita yang dicintainya yang juga merupakan orang biasa..
Pengenalan:
Putera Edward dilahirkan pada tahun 1894 di England. Ayahandanya adalah Raja George V dan Ibundanya adalah permasuri Mary. Manakala, Wallis Simpson dilahirkan pada tahun 1896 di Baltimore, USA dan pernah berkahwin 2 kali sebelum mengahwini Putera Edward.
Kisah Cinta mereka bermula disini:
Putera Edward merupakan seorang putera yang nakal dan pernah terlibat dengan beberapa skandal bersama wanita yang sudah berkahwin dan Wallis Simpson merupakan salah seorang daripadanya..Pertemuan mereka bermula disebuah majlis..
Putera Edward telah menaiki takhta menjadi Raja Edward VIII apabila ayandanya mangkat pada tahun 1936..Dia ketika itu sudah jatuh cinta dengan Wallis Simpson dan berhasrat untuk mengahwininya. Tetapi dalam aturan kerajaan, raja tidak boleh berkahwin dengan janda..namun, demi cintanya kepada Wallis Simpson, dia sanggup melepaskan takhta nya kepada adiknya iaitu George VI (Bapa kepada Queen Elizabeth II sekarang, juga merupakan datuk kepada Prince Charles).
Oleh itu, dia telah memutuskan untuk meninggalkan negara bersama dengan wanita yang dicintainya..mereka berkahwin pada tahun 1937 dengan gelaran Duke and Duchess of Windsor..Pada hari perkahwinannya, tiada seorang pun ahli keluarga Diraja datang..
Selama 30 tahun, mereka menetap di Paris..Pada tahun 1966, keduanya bertemu dengan permaisuri Elizabeth II (Permaisuri sekarang), di sebuah majlis kecil di London..Permaisuri ada mengatakan bahawa "Masanya sudah tiba untuk melupakan perkara lepas".
Edward meninggal dunia pada tahun 1972 di Paris manakala isterinya meninggal dunia pada tahun 1986.( Mereka tiada dikurniakan anak..)
* Biarpun kisah cinta mereka dihalang semasa berada di England..hingga memaksa mereka meninggalkan negara.. tetapi apabila mereka berdua meninggal dunia, akhirnya..jasad mereka dikebumikan dengan penuh adat istiadat Diraja...di England.
Kata-kata Edward semasa melepaskan takhta kepada adiknya..:
"I have found it impossible to carry on the heavy burden of responsibility and to discharge the duties of king as I would wish to do without the help and support of the woman I love."