Itu adalah masa Konvokesyen !!!...tahniah JESSE-..Bila mengenang kembali semasa kali pertama melangkah kaki ke gerbang Universiti, dengan gaya sempoi selipar jepun serta rambut belah tepi..fesyen yang tidak pernah berubah dari zaman sekolah..sampai kan orang ingat aku pre-com..begitu sadisnya mereka terhadap aku..tapi bila aku kata degree tak percaya..kenapa? nampak kerdil sangat ke..tapi tak apa..aku nie jenis yang hepi go lucky..xkisah sangat dengan apa orang nak kata..sekali pun dia orang kata style aku seperti beruk mak yeh pun xpe..sebab, jika anda mengenali saya dari hari pertama..begitu juga lah saya untuk beberapa tahun akan datang..he..he..he.
Bercakap pasal konvo (15 MEI 2010)..aku sangat bersyukur..dapat jugak aku konvo, gembira sebab dapat bawak parent pergi bersama..tanpa dorongan mereka especially from my dad..memang xbelajar la manusia pemalas macam aku nie..thanks dad..saat paling best, mestila jumpa ngan member sejiwa raga masa study..rindu bebeno dengan diaorang..huhu.
Sepanjang 6 hari K.L..memang banyak peristiwa lucu, aneh dan musykil..pergi ambil jubah ngan bapak..alih2 dibagi jubah diploma..aku yang memang tak tau beza baju ambil je la seadanya..bila nak start konvo baru tahu..mental x mental dibuatnya..sepanjang kat sana juga hidup aku macam explore race..terkejar sana sini..tapi memang seronokla..boleh tak kalau nak pergi sana lagi..ada penerbangan percuma tak..uwwaaaa..
Sekitar gambar masa konvo..semua gambar nie ehsan dari kengkawan..next entry nak letak gambar sepanjang berjalan pulak..
P/s: Aku adalah insan yang berbaju kurung warna kuning..bukan maskot digi ye..haha.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan