12 Jun 2012

Anda yang mana SATU..?

Dengan tak ada kerja faedahnya pada malam yang mulia ni melainkan membuka FB semata-mata..tiba-tiba mata aku macam tertarik la pulak nak menengok benda yang kengkawan post..sangat menarik. Nak tahu apa..?

Cuba korang tengok betul-betul kat gambar smiley tu..ada banyak perkataan kan..?  Lepas tu, cuba cari apakah EMPAT( 4) perkataan pertama yang korang nampak dalam gambar smiley tu.

Setelah tengok punya tengok sampai juling mata dibuatnya..akhirnya, dapat jugak aku cari 4 perkataan pertama yang aku nampak..nak tahu tak..?

1. Patient
2. Sentimental
3. Charismatic
dan yang ke-4 : Loyal.

Menarik kan..? Dalam 4 perkataan tu, Patutnya Sentimental yang aku patut jumpa dulu..paling last baru charismatic..baru la sesuai gitu untuk orang yang terlebih mental macam aku ni kan.hehe.

Korang pulak jumpa perkataan apa..? Boleh jugak share kan..mana la tahu kot-kot sama :).

3 Jun 2012

Buah Lemon dan Awet Muda.




 
Gambar: Googles


Dengan santainya dihujung minggu sambil membaca majalah..lalu tanpa disengajakan aku terbaca tentang khasiat buah lemon..selalunya aku tak layan sangat buah ni..tapi bila dah baca dengan sepenuh jiwa..terasa nak jugak berkongsi benda yang baik ni dengan korang semua terutamanya girl yang mementingkan penjagaan diri dan kesihatan dalaman..sangat bagus okayy :) 

Lalu..Apa kaitannya buah lemon dan awet muda? Mesti korang tertanya-tanya kan..? Kalau nak tahu, Buah Lemon ni kaya tau dengan serat, potassium, kalsium, vitamin c dan banyak lagi..Nak tahu petua awet muda daripada Buah Lemon..?

Caranya, ambil segelas air suam dan campurkan hirisan lemon ke dalamnya..Amalkan selalu dengan meminum segelas setiap hari selepas bangun dari tidur..Kebaikan buah lemon ni jika selalu diamalkan bagi anda yang rajin ialah ianya baik untuk melambatkan proses penuaan, disamping itu, ianya juga baik untuk sistem pencernaan. Sangat menarik kan..? Apa lagi..jom la amalkan :)

2 Jun 2012

Keluar bersama Girlfriends!!

Semalam yang sangat menyeronokkan okayy!! Seperti berkurun lamanya tak keluar menghabiskan masa bersama GirlFriends (Ayin dan Noree) serta lebih kurang seperti jejak kasih pun ada. Mana tak seronoknya..sampaikan jam dah pukul 6 petang pun tak perasan..sangat hebat penangan berjalan di shopping mall..

Mula-mula lepak kat KFC seperti lepak kat warung kopi gayanya..bercerita tentang perkembangan masing-masing sehiggalah kepada topik yang tak sah tak dibangkitkan iaitu "Bila nak Kahwin?". Korang pulak bila nak kahwin..?. Aku macam biasa la dengan jawapan skema "NO Komen". hehe.

Lepas tu, boring punya boring tahap tekanan darah tinggi, sampai tak tahu mana lagi kedai yang kami belum keluar masuk untuk check stok..Akhirnya kata sepakat telah dicapai bila Ayin mencadangkan agar kami mengambil gambar dengan menggunakan machine dimana kita bebas untuk memilih background kesukaan masing-masing..Mak Aih..tersangatlah gamat bila ianya mengambil masa berjam-jam lamanya sehingga jam dah nak dekat pukul 6 petang..Tapi hasilnya sangat ceria dan memuaskan..

Dengan ini..gambar kenang-kenangan khas untuk anda :)


Dengan background yang ceria ala-ala kanak-kanak riang..sangat memuaskan jiwa den sekawan dan tak rugi rasanya bila berjam-jam lamanya memilih latar belakang dan ambil gambar.. Gambar kat atas tak terang sangat sebab aku snap balik..gambar asal sangat kecik seperti saiz gambar ukuran pasport..Apa lagi try la korang..sangat FUN ok!!