2 Jun 2012

Keluar bersama Girlfriends!!

Semalam yang sangat menyeronokkan okayy!! Seperti berkurun lamanya tak keluar menghabiskan masa bersama GirlFriends (Ayin dan Noree) serta lebih kurang seperti jejak kasih pun ada. Mana tak seronoknya..sampaikan jam dah pukul 6 petang pun tak perasan..sangat hebat penangan berjalan di shopping mall..

Mula-mula lepak kat KFC seperti lepak kat warung kopi gayanya..bercerita tentang perkembangan masing-masing sehiggalah kepada topik yang tak sah tak dibangkitkan iaitu "Bila nak Kahwin?". Korang pulak bila nak kahwin..?. Aku macam biasa la dengan jawapan skema "NO Komen". hehe.

Lepas tu, boring punya boring tahap tekanan darah tinggi, sampai tak tahu mana lagi kedai yang kami belum keluar masuk untuk check stok..Akhirnya kata sepakat telah dicapai bila Ayin mencadangkan agar kami mengambil gambar dengan menggunakan machine dimana kita bebas untuk memilih background kesukaan masing-masing..Mak Aih..tersangatlah gamat bila ianya mengambil masa berjam-jam lamanya sehingga jam dah nak dekat pukul 6 petang..Tapi hasilnya sangat ceria dan memuaskan..

Dengan ini..gambar kenang-kenangan khas untuk anda :)


Dengan background yang ceria ala-ala kanak-kanak riang..sangat memuaskan jiwa den sekawan dan tak rugi rasanya bila berjam-jam lamanya memilih latar belakang dan ambil gambar.. Gambar kat atas tak terang sangat sebab aku snap balik..gambar asal sangat kecik seperti saiz gambar ukuran pasport..Apa lagi try la korang..sangat FUN ok!!

2 ulasan:

  1. : nice pics... done follow ur nice n simple blog... do follow mine to... :)

    BalasPadam
  2. Tq Nuur Hafiz..will follow ur blog later :)

    BalasPadam