21 September 2012

Floral HairClip.

Mencari idea untuk menghasilkan sesuatu yang lain daripada yang lain bukanlah perkara mudah kerana aku percaya ramai lagi orang yang boleh buat lebih baik dan kreatif sehabis mungkin dari kita. But guys, itu bukanlah sebab utama yang menghalang kita daripada menghasilkan sesuatu benda yang baru. Am I right?


 
So, here we go..I present to you Floral HairClip..another DIY product made by me. What do you think..? Adakah anda menyukainya..? Please say something guys..Really appreaciate it :)

16 September 2012

Hobi 4: The colourful of Stationary.

Mengumpul alat tulis mungkin bukan satu hobi yang cool pada zaman sekarang..maybe out of  list kot. yeah I know compare to gadget right? But, give a try on it because it's Fun actually dengan warna warninya pensil, bentuk yang pelbagai bagi pengasah pensil dan corak yang comel untuk pemadam. Honestly, ia adalah salah satu hobi aku pada zaman sekolah dulu and guess what? I still keep it until now :)

Persoalannya sekarang: Korang rasa masih ada lagi ke orang nak mengumpul benda cam gini untuk dijadikan sebagai hobi dan koleksi..?


One of my obsession. Dulu, kalau ada pergi ke kedai runcit mahupun ke pasar, mesti ada la dalam sebatang dua pensil aku akan beli..even masa kat Universiti pun aku masih gigih membeli.hehe.masa tu harga pensil baru jer RM 0.20. Lepas je beli terus simpan..sayang nak guna konon. kerana sifat sayang itulah ianya masih ada sehingga kini :0


Sharpener oh sharpener.atau pengasah pensil. selain daripada aku sendiri yang memang obviously suka mengumpul benda macam ni, supporter aku yang paling kuat pada waktu itu adalah kakak aku sendiri..kerana sudah terang lagi bersuluh anak buah aku sendiri memang tak minat ngan benda comel macam ni, jadi dia belikan untuk aku. Masa tu, favorite cartoon aku adalah barbie dan princess okayy!..Pheww..macam tak percaya jer kan.? percayalah.hehe.


Ini satu lagi hobi aku..rasanya ada yang dah bertahun kot usia pemadam ni..mana tak nya, dari sekolah menengah kumpul..Hanya ini sahaja yang tinggal dan masih dalam keadaan yang baik. Kalau pemadam yang biasa tu banyak la jugak..pemadam yang aku paling suka sudah semestinya yang kecil dan comel serta ada bentuk.

Ini adalah antara hobi yang sudah ketinggalan zaman rasanya..tetapi ada sentimental value bagi yang masih mengumpulnya kerana ia mengingatkan kepada kita bagaimana melalui zaman kanak-kanak dan persekolahan dengan cara yang lebih kepada perkongsian tentang minat yang sama bersama kawan. Hobi anda pula bagaimana?


13 September 2012

Hobi 3: Keychain.

Rasa-rasanya ada lagi tak orang nak mengumpul benda macam ni ye.? Ada kot, tetapi tersangatlah jarang dan mungkin jugak boleh dihitung pakai jari dan kaki jer jumlahnya..Dengan wujudnya internet tanpa sempadan dan segala gadget dipasaran, tak boleh jugak nak salahkan budak-budak sekarang sekiranya itu lebih memberi kepuasan kepada mereka berbanding mengumpul sesuatu benda untuk dijadikan sebagai koleksi dan paling kurang pun disimpan sebagai kenangan. Anda setuju..?

Tetapi itu bukalah satu persoalan yang besar bukan..? kerana tanpa kita sedar, semua kita suka mengumpul sesuatu benda yang kemudiannya dijadikan sebagai hobi. Contohnya, Keychain. Bukan nak kata peminat tegar keychain. Tetapi, setiap kali pergi melawat ke suatu tempat mesti benda pertama yang kita nak cari untuk dibagi kepada kawan tak pun sebagai hadiah kenang-kenangan adalah keychain. Betul tak..?.

Aku tak ingat bila aku mula mengumpul keychain, tapi yang pasti semua hobi aku bermula pada zaman sekolah..Semua keychain yang aku ada adalah hadiah daripada kengkawan mahupun daripada keluarga yang ada pergi bercuti. Bila aku mengumpul keychain, bukan bermaksud aku obses nak membeli hanya semata-mata kerana menyukainya..tetapi lebih kepada menyimpan dan dijadikan sebagai koleksi peribadi.


Ini adalah favorite keychain aku..yang "Birthday Girl" itu merupakan salah satu hadiah daripada kawan baik masa hari lahir aku pada tahun lepas..sangat comel.!


Ini pulak custom made keychain yang dihadiahkan oleh kawan baik..cantikkan? Sangat kreatif dan yang penting ada nama aku kat situ.hehe..


Keychain Kangaroo (I love Perth) ini merupakan pemberian daripada lecturer kepada kami semua masa Final Year. Masa tu dia ada outsation ke Australia dan memberikan keychain ini sebagai tanda kenang-kenangan..Walaupun belum pernah pergi Australia, ada keychain dia pun jadilah labu..hehe.


Ini pulak antara koleksi keychain Sarawak yang aku ada. Tidak lengkap rasanya jika kita mengumpul keychain tanpa keychain dari tempat kita sendiri ye tak?..Jika anda ingin tahu apakah simbolik bagi bandaraya miri, ianya adalah Seahorse sepertimana yang anda boleh lihat kat keychain seahorse di atas. :)


Dan ini pulak antara koleksi keychain yang dihadiahkan oleh kengkawan yang ada pergi Melaka dan keychain Langkawi daripada Abang. Masa aku convo kat Shah Alam..boleh pulak antara benda yang aku lupa beli adalah keychain..sadiskan bunyi..? Bila bab baju,kasut dan beg..tak pula lupa beli..hehe.

Selain daripada keychain diatas, aku juga ada koleksi keychain Sabah. Memandangkan aku pernah melanjutkan pelajaran kat sana, maka aku tidak lupa untuk membelinya sebagai kenang-kenangan. Kalau anda ada ternampak keychain cartoon seperti angry bird tak pun love-love ker..sila abaikan..sebab aku pun tak terlepas daripada menyukai sesuatu yang comel. Bukan budak-budak je tau boleh minat.hehe.


11 September 2012

Hobi 2 : Mengumpul Duit Syiling dari pelbagai Negara.

Sejak zaman sekolah rendah lagi aku dah nampak sangat yang minat aku lebih kearah mengumpul sesuatu benda untuk dijadikan sebagai koleksi..dan tiada apa yang hendak dihairankan sangat bila kesemua koleksi itu masih ada sehinggalah ke hari ini..

Selain mengumpul setem, aku amat suka mengumpul duit syiling dari pelbagai negara, dan kesemua duit syiling ini aku perolehi daripada bapa yang ketika itu bekeja di Sudan. Adalah sesuatu yang menyeronokkan apabila kita dapat melihat mata wang dari negara lain. Sudah pasti setiap mata wang mereka punya keunikkan yang tersendiri dari segi reka bentuk dan berat.


Ini adalah antara koleksi duit syiling dan kertas yang aku ada. Duit syiling ni ada yang dari negara Australia, New Zealand, Canada, India, Great Britain, Arab, Hong Kong, Indonesia dan banyak lagi..Tetapi koleksi duit syiling yang paling banyak aku ada adalah dari Thailand.
 

Ini adalah koleksi mata wang Thailand yang aku ada..Kesemua duit syiling dan kertas ini aku perolehi daripada En.Kekasih ketika dia training di Thailand pada tahun lepas..Bila tengok duit syiling Thailand ni, sumpah aku tak tahu mana satu seposen, dua posen dan RM1..dah semua dalam bahasa Thailand..Tak pasal-pasal, kalau shopping kat sana, seperti menderma jadinya..suka hati jer bagi duit..sebab tak tahu nilai..Tapi tak adalah sampai macam tu sekali kan.?hehe..


Duit dari china ni pun pemberian daripada En.Kekasih semasa dia training kat China..Setiap kali dia outsation ke Luar Negara, memang aku tanpa segan silu akan minta duit daripada beliau sebagai kenang-kenangan..Seperti hari ini, ada jugak faedahnya bila dikongsi bersama anda yang mungkin punya minat yang sama kan..? hehe.


Antara koleksi duit syiling dan kertas yang aku ada..iaitu daripada Mynmar, Filipina, Sudan dan juga Arab Saudi.


Berbanding dengan wang kertas, aku lebih menyukai duit syiling sebab lebih senang nak dijaga dan suka melihat reka bentuk setiap duit syilingnya yang unik..yang ada tanda (?), adalah koleksi duit syiling yang aku tak tahu dari negara mana.. Tetapi, setelah cari punya cari dekat About.Com pasal coins..Duit syiling tersebut adalah dari Negara Bangladesh, German dan Great Britain.

P/s: Anda juga gemar mengumpul dut syiling dari pelbagai negara..kongsikanlah bersama ye :)

Entri berkaitan : Mengumpul setem.




9 September 2012

Hobi 1: Mengumpul Setem.

Darjah Empat..ya, aku mula menjadi pengumpul setem yang  setia sejak darjah 4 lagi. Masih berhingus lagi rasanya. Masih aku ingat bila asal jer ada aktiviti petang di sekolah..Wah, berduyun-duyun kengkawan tak kira bangsa sibuk buat sistem barter ngan setem masing-masing. Seperti pasar ikan, siap ngan aksi tawar menawar supaya dapat tukar ngan setem yang diaorang berkenan. Masa tu aku hanya mampu memandang tanpa perasaan. apa jugak la best nya pasal setem ni ha..? I have no idea at all..For me, it's just a small pieces of paper with a picture in it..Memang sah masa tu aku tak ada bakat seni. Sah-sah failed. Tak pandai menghayati..whatever..

Disebabkan ada sedikit rasa ingin tahu dan mahu tahu apa perasaannya ada benda (setem) tu..aku pun datang dengan lebih dekat sekadar nak memantau..Tiba-tiba aku rasa nak jugak cuba..mana la tahu seronokkan mengumpul benda ni..Aku tengok kengkawan aku excited semacam jer tiap kali tiba sistem barter setem..So, the journey of stamp collector begins here.

Lepas tu, aku jadi pengumpul yang obses dan setia sehingga sekarang. Satu perkara yang aku suka mengenai setem ialah "Gambarnya"..Banyak kisah disebalik setiap gambar serta sejarahnya yang tesendiri yang kemudiannya diabadikan dalam bentuk setem supaya kita sentiasa mengingati dan menghargainya..paling penting..tidak melupakannya. Paling aku suka, ianya mebawa aku mengembara ke suatu tempat yang aku sendiri belum pernah pergi dan teringin nak pergi..Oh..fantasi pengembaraan..

Ini adalah antara koleksi buku setem yang aku ada..setakat ni ada dalam 14 buah buku..bunyinya macam banyak..memang banyak pun. Tapi dalam 14 buah buku..hanya separuh (7 buah buku) yang benar-benar mengandungi setem..Kenapa begitu..? Dulu tak suka kan..lepas suka..terlebih obses la pulak..Asal jer ada nampak buku setem kecil yang dijual ngan harga murah..terus jer beli..Lepas tu jadilah ia sebagai kenangan sehingga hari ini tanpa setem didalam..orang tamakkan selalu rugi..hehe.

Ini pulak adalah buku setem pertama yang sah aku miliki..Masa tu kakak dapat gaji pertama kalau tak silap ingatanku..dia tanya, nak apa? aku cakap nak buku setem..buku setem masa tu punya la mahal siot..kenapa eh..? sebab kulit dia tebal ke..? Ada ke patut harga dia RM 16 untuk buku setem yang sederhana besar. Sedangkan buku setem aku yang paling besar 2 buah tu cuma RM 17.50 jer sebuah..Disebabkan takde benda lain yang aku nak dan berkenan, kakak aku belikan lah jugak..Oh..gumbira seperti dilanggar Unta jer hati bila dah ada buku setem..Saya dah bersedia untuk sistem barter..!!haha.


Ini pulak antara setem Malaysia Tanah Airku yang aku kumpul..Aku ni ada sifat pelik sikit..pelik sikit ker? Aku suka menyusun setem ikut tema..kalau bunga, semua setem bunga kumpul kat satu tempat..macam tu jugak lah kalau setem ada gambar haiwan, manusia mahupun kenderaan..Tak suka campur-campur..Entahlah..

Kalau dah setem Malaysia begitu..mestilah setem Luar Negara pun mengalami nasib yang sama kan..hehe. Paling best..untuk setem koko, padi, getah dan sama waktu dengannya (Saya rasa anda tahu) semua tu aku simpan kat satu buku..terlalu banyak rasanya..molek lah kiranya dismpan kat satu tempat jer.bawa bertukar pun kengkawan tak pandang punya..masing-masing ada benda yang sama..hehe.


Ini pulak setem Malaysia dan Luar Negara kesukaan aku..sangat menyukai bentuknya yang unik disamping gambar yang ada kat setem tu..Tersangatlah bersejarah..kan?.

Untuk Rekod: Setakat ni setem yang telah berjaya aku kumpul dengan ditolak beberapa setem rosak yang telah dibuang dan kemudiannya dibeli baru..Adalah dalam 1538 tak adalah banyak..sebab bukan setiap hari aku membeli dan mengutip sampul surat yang mengandungi setem dari rumah ke rumah..Tapi cukup untuk kepuasan sendiri..Anda bagaimana..ada yang sama hobi ker..? Silalah share link anda..nak jugak aku menengokknya.hehe..

P/s: Pernah terbaca kat surat khabar seorang Pak Cik kumpul setem sampai 50,000 keping setem..fuhh!! dahsyat. Aku yang dah belasan tahun kumpul, 2000 keping pun tak sampai..Tak kisahlah..janji puas hati ngan setiap koleksi yang ada..ye tak? :)

7 September 2012

Borneo Tropical Rainforest Resort, Miri.

Jika anda ingin lari sebentar daripada kesibukan bekerja, Borneo Tropical Rainforest Resort adalah tempat yang sesuai untuk dikunjungi bagi anda yang menyukai suasana alam semulajadi dan sekaligus boleh mencuba pelbagai aktiviti rekreasi yang telah disediakan..sangat berbaloi!!.

Pada mulanya kami memilih untuk menghabiskan masa hujung minggu ke taman buaya tak pun melawat muzium di Grand Oil Lady. Tapi akhirnya sepakat membawa berkat mahu pergi ke tempat yang lebih adventure iaitu ke Borneo Tropical Rainforest..Sangat tak menyesal ye pergi sana.

 Lokasi Borneo Tropical Rainforest ini terletak di Jalan Miri-Bintulu dan hanya mengambil masa kira-kira 30 minit perjalanan dari Miri Airport dan 50 minit perjalanan dari bandaraya Miri.


Seawal jam 9.00 pagi lagi, kami dah sampai di Borneo Tropical Rainforest Resort. Pada hari itu, kami memilih pakej RM70.00 yang mana aktiviti kami bermula dari jam 9.30 pagi sehingga 4.30 petang..pakej ini termasuk sekali dengan lunch dan afternoon snack..sangat berbaloi..

Pada hari tersebut, kami sepakat untuk memilih aktiviti seperti Waterfalls visit, River boat ride, Boating, kayak dan Resort tour. Semua aktiviti ini adalah percuma dan telah termasuk dalam pakej RM70.00. Ada juga aktiviti indoor lain, tapi adalah lebih menyeronokkan jika kita membuat aktiviti yang agak lasak sedikit disamping dapat menikmati alam semulajadi. Selain itu, kami memilih untuk mencuba aktiviti Flying Fox. Untuk aktiviti ini, kami terpaksa menanmbah RM 10.00 kerana ianya tidak termasuk dalam pakej..Tetapi sangat berbaloi untuk dicuba..


Ini adalah group kami yang pergi pada hari tersebut..sangatlah happening!! dan tak sabar nak cuba semua aktiviti yang telah dipilih. Bila buat aktiviti bersama kawan..terasa lebih menyeronokkan. Sangat Teruja okkay..


Dah macam kumpulan Boria la pulak.hehe. Masa ni kami sedang bersedia untuk aktiviti pertama pada pagi itu iaitu Boating.!


Wajah-wajah gembira bila buat aktiviti boating..Paling lucu, bila kami asyik berpusing-pusing ditempat yang sama. Nampak bebeno tak pandai nak mengayuh..hehe.


Bersama cik abang, kami mengemudi boat..agar para penumpang kami tidak sesat dan selamat sampai ke destinasi yang dituju..kayuh jangan tak kayuh..dah nak bermuscle lengan aku dibuatnya..fuhh!


Aktiviti kami yang ke2 pada pagi itu adalah Resort Tour..Ini adalah part paling best sebab dapat tengok tempat kat Resort tu secara keseluruhan..


 Antara tempat menarik yang sempat kami lawati dalam Resort Tour ni adalah ladang ternakan kambing, Ayam, Itik, ada juga burung Merak..Sangat sombong! tak nak tengok kamera pun..memang perasan cantik la haiwan nih..Paling best, sepanjang perjalanan, kami sempat melihat ladang Buah Naga..Ini adalah antara buah kegemaran saya!.hehe..Ada la jugak buah-buahan lain yang ditanam seperti pokok durian, pisang dan Rambutan..Seperti kata Tour Guide kami..kalau pergi tempat ni masa musim buah-buahan sangat untung..boleh tumpang makan sekali..Kalau nak beli untuk bawa balik pun boleh jugak..Bessst nyerr!.sayang sekali pergi masa bukan musim buah-buahan.huhu.


Resort Tour yang seterusnya ialah River Boat Ride, Sangat menarik sebab ditengah-tengah sungai buatan ini terdapat ikan dimana kami boleh memberi makan kepada mereka..Kalau la ada jala..memang ku tebarkan sajalah kat ikan tuh..sangat banyak..Excited sebentar aku melihatnya..fuhh!


Masih lagi River Boat Ride..Di tempat yang sama inilah kami akan buat aktiviti kayak nanti..Ahh sudahlah..jeles aku melihat mereka..sangat seronok..!! Ini barulah aktiviti sihat yang mengeluarkan peluh..Jangan sahaja nanti berpusing ditempat yang sama seperti boating pagi tadi sudahlah..Tak sampai-sampailah jawabnya nanti.hehe.


Dengan gaya yang amat bersemangat..saya dah bersedia untuk ke tempat yang seterusnya iaitu Waterfalls dan Waterpark..are you ready? Haiyaai captain!!


Dalam 10 minit perjalanan, akhirnya sampai. Ohh..this is heaven. Its Waterfalls guys..!! Tempat ini sungguh cantik!! dan bila jer tengok..Oh my..Sangat tenang dan mendamaikan..Paling penting ianya masih terjaga..Masa ni masih lagi dalam Resort Tour..Memang berbaloi ambik pakej ni..banyak tempat yang menarik boleh kita tengok..and please.please guys..don't do anything that might harm our mother Nature okayy!.



Last, but not least Resort Tour untuk hari tersebut adalah Waterpark..muka memang seperti kanak-kanak riang yang bila-bila masa jer akan ready berenang..But.but..so sad.Tak tau ada Waterpark..and the great news is..xda bawa baju renang..uwaaa.sobx3.sabo jelah..next time okayy.Promise.!


Ni lagi satu aktiviti lasak yang aku sangat suka..Flying Fox!! ada ker high Ten? tak kisahla..selalu orang high Five..kalau dah high Ten tu maksudnya Double Excited ler.haha..jess.jess.


Aktiviti terakhir..disebabkan kecewa tahap frust tertongeng-tongeng ngan Waterpark. Sekali lagi kami bersepakat memilih Kayak..Terubatlah sedikit rasa kecewa tersebut..apa lagi..Jomlah lumba haram..Rasanya kalau kayak laju-laju takde kot orang nak saman..Drift la korang kat situ..haha.

Hari yang sangat indah bila dipenuhi dengan aktiviti yang berfaedah..kalau korang nak tahu dengan lebih lanjut pasal tempat ni..Anda boleh tengok kat sini. Borneo Tropical Rainforest Resort.

P/s : Tempat ini sangat sesuai untuk aktiviti riadah bersama keluarga, team building..dan paling penting..bagi anda yang mahu mencari ketenangan jauh dari stress segala.



4 September 2012

Martina's Wedding : Part 2

Saatnya telah tiba..pada 1 september 2012 yang lalu, bertempat di Eastwood Valley Resort..telah berlangsungnya majlis resepsi perkahwinan Martina dan juga suami. Majlis berlangsung dengan sangat meriahnya dengan dihadiri oleh sanak-saudara daripada pihak lelaki mahupun perempuan. Tersangatlah teruja melihatnya..lama jugak tak menghadiri majlis perkahwinan..paling last pun 5 tahun yang lalu..



Kali ini terasa lebih bermakna kerana menghadiri majlis tersebut dengan ditemani oleh En.kekasih..kiranya mengambil berkat dari pengantin..mana la tahu kot-kot tahun depan majlis kami pulak..hehe..Doakan kami ye :)



Yang paling mengujakan mengenai sesuatu majllis perkahwinan adalah bila ianya menjadi medan untuk kawan-kawan berjumpa..Masing-masing melepaskan perasaan rindu ..bertanya perkembangan masing-masing dan soalan paling biasa ditanya "kau bila lagi ?" Dah ambik kau..tersekat-sekat seperti tertelan bola pin pong aku nak menjawabnya..Jawapan skema aku.."Tak tau la"..Tak tahu la sangat.hehe.



Pengantin berarak masuk ke dewan dengan menggunakan persalinan berwarna merah..sangat Cantik!!


...Benjamin & Martina..semoga hubungan kalian berkekalan buat selama-lamanya..


Pengantin dalam acara memotong kek..rasa teruja itu terpancar pada wajah mereka..nervous ekk?hehe.



Pengantin membuat minuman ucap selamat bersama keluarga dan para tetamu yang hadir pada malam tersebut..May God Bless both of you :)



It's makan time!!..nah kau..kalau bab makan ni, dah habis makanan baru nak sibuk ambik gambar..padahal menyesal tak hengat dunia..sebab asalnya nak ambik gambar setiap makanan dulu..tapi dah terlajak makan..tak dapat nak ditolong..



Bergambar bersama pengantin..hanya ni sajalah gambar yang dapat diambil bersama pengantin..dengan masa yang agak singkat..menyukarkan lagi nak ambik gambar kenang-kenangan bersama..tak apa la labu..sekeping pun sekeping la. Janji ada..ye tak..?


Interframe sekejap..Pengantin sibuk nak berjabat tangan dengan tetamu, aku pulak sibuk nak bergambar dengan dia..sampaikan ada lah seorang tetamu ni tiba-tiba berjabat pulak ngan aku..haha..malu sebentar aku dibuatnya..dia pulak tersengih kerana ingat aku kelarga dari pihak pengantin..haha.



Tak dapat ambik gambar dengan pengantin..dengan nada yang frust..dengan kereta dia pun jadilah kan..hehe,.



Gambar penutup, bersama En.Benjey..Semoga dengan izin Tuhan.tahun depan majlis kita 2 pulak ye.. :)