9 September 2012

Hobi 1: Mengumpul Setem.

Darjah Empat..ya, aku mula menjadi pengumpul setem yang  setia sejak darjah 4 lagi. Masih berhingus lagi rasanya. Masih aku ingat bila asal jer ada aktiviti petang di sekolah..Wah, berduyun-duyun kengkawan tak kira bangsa sibuk buat sistem barter ngan setem masing-masing. Seperti pasar ikan, siap ngan aksi tawar menawar supaya dapat tukar ngan setem yang diaorang berkenan. Masa tu aku hanya mampu memandang tanpa perasaan. apa jugak la best nya pasal setem ni ha..? I have no idea at all..For me, it's just a small pieces of paper with a picture in it..Memang sah masa tu aku tak ada bakat seni. Sah-sah failed. Tak pandai menghayati..whatever..

Disebabkan ada sedikit rasa ingin tahu dan mahu tahu apa perasaannya ada benda (setem) tu..aku pun datang dengan lebih dekat sekadar nak memantau..Tiba-tiba aku rasa nak jugak cuba..mana la tahu seronokkan mengumpul benda ni..Aku tengok kengkawan aku excited semacam jer tiap kali tiba sistem barter setem..So, the journey of stamp collector begins here.

Lepas tu, aku jadi pengumpul yang obses dan setia sehingga sekarang. Satu perkara yang aku suka mengenai setem ialah "Gambarnya"..Banyak kisah disebalik setiap gambar serta sejarahnya yang tesendiri yang kemudiannya diabadikan dalam bentuk setem supaya kita sentiasa mengingati dan menghargainya..paling penting..tidak melupakannya. Paling aku suka, ianya mebawa aku mengembara ke suatu tempat yang aku sendiri belum pernah pergi dan teringin nak pergi..Oh..fantasi pengembaraan..

Ini adalah antara koleksi buku setem yang aku ada..setakat ni ada dalam 14 buah buku..bunyinya macam banyak..memang banyak pun. Tapi dalam 14 buah buku..hanya separuh (7 buah buku) yang benar-benar mengandungi setem..Kenapa begitu..? Dulu tak suka kan..lepas suka..terlebih obses la pulak..Asal jer ada nampak buku setem kecil yang dijual ngan harga murah..terus jer beli..Lepas tu jadilah ia sebagai kenangan sehingga hari ini tanpa setem didalam..orang tamakkan selalu rugi..hehe.

Ini pulak adalah buku setem pertama yang sah aku miliki..Masa tu kakak dapat gaji pertama kalau tak silap ingatanku..dia tanya, nak apa? aku cakap nak buku setem..buku setem masa tu punya la mahal siot..kenapa eh..? sebab kulit dia tebal ke..? Ada ke patut harga dia RM 16 untuk buku setem yang sederhana besar. Sedangkan buku setem aku yang paling besar 2 buah tu cuma RM 17.50 jer sebuah..Disebabkan takde benda lain yang aku nak dan berkenan, kakak aku belikan lah jugak..Oh..gumbira seperti dilanggar Unta jer hati bila dah ada buku setem..Saya dah bersedia untuk sistem barter..!!haha.


Ini pulak antara setem Malaysia Tanah Airku yang aku kumpul..Aku ni ada sifat pelik sikit..pelik sikit ker? Aku suka menyusun setem ikut tema..kalau bunga, semua setem bunga kumpul kat satu tempat..macam tu jugak lah kalau setem ada gambar haiwan, manusia mahupun kenderaan..Tak suka campur-campur..Entahlah..

Kalau dah setem Malaysia begitu..mestilah setem Luar Negara pun mengalami nasib yang sama kan..hehe. Paling best..untuk setem koko, padi, getah dan sama waktu dengannya (Saya rasa anda tahu) semua tu aku simpan kat satu buku..terlalu banyak rasanya..molek lah kiranya dismpan kat satu tempat jer.bawa bertukar pun kengkawan tak pandang punya..masing-masing ada benda yang sama..hehe.


Ini pulak setem Malaysia dan Luar Negara kesukaan aku..sangat menyukai bentuknya yang unik disamping gambar yang ada kat setem tu..Tersangatlah bersejarah..kan?.

Untuk Rekod: Setakat ni setem yang telah berjaya aku kumpul dengan ditolak beberapa setem rosak yang telah dibuang dan kemudiannya dibeli baru..Adalah dalam 1538 tak adalah banyak..sebab bukan setiap hari aku membeli dan mengutip sampul surat yang mengandungi setem dari rumah ke rumah..Tapi cukup untuk kepuasan sendiri..Anda bagaimana..ada yang sama hobi ker..? Silalah share link anda..nak jugak aku menengokknya.hehe..

P/s: Pernah terbaca kat surat khabar seorang Pak Cik kumpul setem sampai 50,000 keping setem..fuhh!! dahsyat. Aku yang dah belasan tahun kumpul, 2000 keping pun tak sampai..Tak kisahlah..janji puas hati ngan setiap koleksi yang ada..ye tak? :)

7 ulasan:

  1. saya dulu peminat tegar mengumpul setem..tapi kini dah berkubur sejak koleksi hilang ntah kemana...huhuh

    BalasPadam
  2. Lang Razlan: Ye ke? Sayang jugak hilang..kalau tak, boleh jugak share nak tengok.

    BalasPadam
  3. Dah lama tak jumpa org yg suka kumpul setem ni, hihihi.
    btw, follow XD

    BalasPadam
  4. Fatin Nabilah: Hobi zaman sekolah ni Fatin, skrg ni jarang dah ada org kumpul benda mcm ni kan? Kalau ada pun jadi koleksi peribadi je..Btw, tq sbb follow :)

    BalasPadam
  5. Sambil2 susun setem,ternampak plak entri ni..hoho,ad jgk setem dlu2 yg same kt cni

    BalasPadam
  6. Azri:Ye ke? Best kan.hehe. tapi yang paling banyak sama mestilah setem yang sama waktu dengannya seperti koko,padi.wajib ada tu.hehe.

    BalasPadam
  7. Blog ni active lagi ke kalau active jom lah kita sistem barter setem ,,,,,😁😁😁😁

    BalasPadam