5 Oktober 2012

Hobi 6: Brochures and Brochures.

Pernah tak bila korang excited kemain nak pergi suatu tempat..tapi satu apa pun tak tahu pasal tempat tu..ade ker.?.mesti ada punya..aku la tu..opss!. Tapi sekarang ni kan..belum lagi pergi tempat tu..kita dah boleh dapatkan sedikit sebanyak maklumat tersebut kat internet..tak pun dengan cara tradisionalnya iaitu melalui Brochure ataupun Risalah..Benda ni lah sebenarnya yang aku nak kongsikan dengan korang..itulah pokok pangkalnya..peace!

Risalah ni sangat berguna sebab ianya memberi maklumat atau keterangan ringkas tentang sesuatu. Kat mana nak dapat Risalah nie? selalunya dekat mana-mana agensi pelancongan..kompom ada benda ni punya..dekat Airport pun ada jugak..paling penting, ianya FREE..ditekankan disitu ye.hehe.

Banyak manfaat yang kita boleh perolehi daripada Risalah ni sebenarnya..sebab ianya tidak tertumpu pada suatu perkara jer..bahkan lebih dari tu..seperti risalah kesihatan, pelancongan dan macam-macam lagi. Paling penting, ianya boleh menjadi sumber rujukan dan koleksi..haa, yang tu sangat betul..seperti yang korang lihat kat gambar diatas, semua Risalah tu aku ambik dekat Airport..paling banyak korang boleh lihat Risalah tentang Sabah kan?..Dulu aku further study kat sana..jadi asal jer pergi Airport..aku memang rajin mengutip segala Risalah ni..Boleh dikatakan untuk satu jenis Risalah tu boleh pulak sampai ambil dua..itu dah kategori tamak dah..tak pe..yang penting semuanya masih berada dibawah jagaan yang baik daripada aku..kan.kan?

Apa yang bagusnya jika kita ada risalah nie..? Fuhh, sangat banyak tau..salah satu contohnya adalah risalah yang berkaitan pelancongan, anda boleh membuat perancangan terlebih dahulu dari segi masa dan jarak tempat yang anda ingin lawati kerana semua informasi tersebut memang ada dalam risalah..jadi, ianya lebih memudahkan kerja anda kan? Begitu jugak dengan risalah yang berkaitan dengan kesihatan..kita boleh mendapat manfaat melalui pembacaan dan membolehkan kita untuk mengamalkan gaya hidup yang sihat..betul tak..?

Kalau masa zaman sekolah dulu, memang ada punya aktiviti lawatan pergi melawat tempat ni dan tempat tu lah..setiap tempat memang ada risalahnya..sebab itu adalah salah satu cara yang mudah untuk pelajar mengetahui secara ringkas tentang tempat yang mereka lawati..Naa, tak sia-sia kan kalau kita suka mengumpul risalah ni..?



Tiada ulasan:

Catat Ulasan