11 Januari 2013

2013: He's gone forever.

Tiada yang lebih menyedihkan bila menghadapi saat-saat kehilangan..serasa hilang semua semangat bersamanya. Anda yang pernah mengalami mungkin memahaminya.

Malam semalam, hujan sangat lebat..terlalu lebat dan terasa kesejukkannya..seperti biasa, dia tiada dirumah. tiada apa yang perlu dirisaukan kerana aku tahu dia akan baik-baik sahaja diluar sana. Tetapi perasaan itu tidak lama..kerana sekejap-sekejap aku akan turun kebawah untuk menjenguk sekiranya dia ada diluar rumah..Tetapi mengenangkan apa yang telah berlaku, tidak bersungguhkah aku mencarinya? kerana aku sama sekali tidak menyangka bahawa pada petang itu selepas memberi dia makan dan menciumnya seperti sebelumnya..itu adalah yang terakhir sehinggalah pada awal pagi tadi adik mengetuk pintu bilik mengatakan bahawa dia telah mati.

Lalu apakah perasaan yang tinggal disaat aku melihat jasadnya kaku didepan rumah..adakah dia mati kerana kesejukkan atau ada terjatuh kedalam longkang kerana badannya kotor..dan tidak mustahil cuaca yang sejuk membuatkannya tidak dapat bertahan lama..Dia adalah kucing kesayanganku..Aku pernah beritahu kat mak yang aku tak nak bela kucing lagi dan mengatakan bahawa dia adalah yang terakhir sebab sebelum ni kucing yang dibela selalu hilang..tetapi, kehilangannya memberi impak yang amat mendalam sebab aku menjaganya dari kecil..setiap kali dia tercedera akibat bergaduh dengan kucing liar, aku dan adik akan mengubati lukanya dengan memberi iodin..dan begitulah selalunya..tidak pernah jemu untuk mengubatinya kerana aku sangat sayangkannya..terlalu mendalam.

Masa kecil, dia adalah kucing yang sangat nakal..malah kami pernah menggelarnya gila sebab dia sangat aktif berlari kesana sini dan bermain..

Semakin dewasa, terserlah kemanjaannya..dia suka tidur diatas almari solek dan begitulah dia sepanjang hari..nak marah pun tak dapat kalau dia dah buat aksi comel seperti itu..

Malah, ketika aku tengah sibuk bersiap untuk pergi kerja dan jika dia memang dah ada didalam rumah..dia akan masuk kebilik dan mulalah mengeselkan badannya kat kaki.. tak dapat aku nak marah walaupun ketika itu aku sememangnya mengejar masa.

Ada ketikanya..jika aku sibuk mengemas bilik dan ada membawa dia bersama, paling tidak dapat aku tahan daripada rasa geli hati bila dia masuk kedalam kotak dan tidur kat situ walaupun sebenarnya kotak itu ternyata sempit untuk dia..tetapi tetap juga dia boleh tidur lena..

Dia juga kucing yang paling banyak pernah aku ambil gambar..setelah bertahun-tahun bersama, dia akhirnya pergi. Tak pernah aku rasa sedih sepertimana aku rasakan sekarang..walaupun dia hanyalah seekor kucing..tetapi dialah yang banyak menceriakan suasana didalam rumah kerana kami semua amat menyayanginya..manjanya dia dengan mengeselkan badan dikaki disaat mahu makan, dan akan berdiri didepan bilik air kerana mahu minum dan akan mencium disaat kita menyuakan hidung dan muka kepadanya.


Kini dia tiada lagi..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan