21 Februari 2013

Outing Diaries 2: Sushi King.

Helloo Bloggers!!Happy Thursday to you and you there..today outing with my beloved friend Ayin and as usual, bila kaki dah berpijak nyata di Shopping Mall, tempat pertama yang harus kitaorang tuju adalah kedai makan..are you agreed?. Perut mesti kasi isi dulu maa..barulah hati pun banyak senang bila mau window shopping kan.kan?..Alaa, orang perempuan biasalah kalau bab berjalan, tak ada stop.fullstop punyalah..terus-menerus jer sebab nak ziarah semua kedai punya pasal..mana nak check stok barang baru lagi kan..?Haa, setujulah sangat kalau ada kaum adam membaca blog aku ni..haha..


Kalau nak tahu, one of our favorite tempat makan adalah Sushi King. Why? sebab makan sikit jer dah kenyang sampai 3 hari..haha. cepat rasa kenyang jer sebenarnya..tempatnya pun tak la sesak sangat macam kat tempat lain...


My favorite dishes here is Sakana Fry. Dari first time try makan sushi kat sabah dulu till now, memang tu aje lah menu yang akan aku pesan. Kiranya asal pergi Sushi King pesan Sakana Fry..tak pun asal pesan Sakana Fry confirm memang makan kat sushi King ler tu..other than that aku akan ambil yang dah sedia siap punya dalam pinggan..kira budget jugaklah tau sebab yang sedia siap tu dihidangkan dalam pinggan kecil berlainan warna dan harga..kiranya korang boleh agak-agaklah budget berapa kan..

Haa, the best part ialah jika anda penggemar Green Tea seperti kami, untuk pengetahuan anda..di Sushi King ianya adalah percuma..minumlah bergelen-gelen sampai puas.Fuhh..sangat berbaloi..Ehh,macam promote jer kan..hehe.


Paling best bila berjalan tadi kami terjumpa sesuatu yang sangat menarik..you know what? Its a Badge Art dimana korang boleh pilih nak tulis nama or lukis gambar sendiri..Interesting!

Dan ini adalah saya punya..love it so muchhh! dan harganya hanya RM5.00 sahaja..berbaloikan untuk dijadikan sebagai salah satu koleksi edisi terhad..hehe..


20 Februari 2013

Outing Diaries 1: Library.

Hello.hello..Happy Wednesday Bloggers!! Today activity, aku dengan Ayin pergi library yang berdekatan dengan kawasan rumah..Tersangatlah bersyukur bila ada library kat kawasan perumahan kami ni..jaraknya pun taklah jauh sangat kira-kira 5 minit perjalanan jer dari rumah. Motip utama pergi library tak lain dan tak bukan adalah nak pinjam novel. Kiranya library ni adalah tempat terbaiklah buat penggemar novel seperti kami untuk bertapa. Tetapi dalam baiknya ada jugak yang tak berapa nak baik sebab hanya boleh pinjam 3 buah buku jer dalam satu masa..mana cukup.tapi..kira okayylah daripada tak okayy kan?

Dengan memakai baju T-shirt Mustache yang saya jahit sendiri..now I'm ready go to Library!


Inilah dia library Terchenta..macam best tapi, ntah ape kejadahnya huruf  M tidak ada ditempat kejadian..kerja sape ntah.


Yang bestnya bila pergi library ni ialah kita boleh update isu semasa secara nyata tak seperti online..Alah, update baca majalah jer pun. Membacanya memang suka tetapi bab nak membelinya kena fikir berkali-kali. Bukan apa, kalau dah semua majalah kita berkenan mau tak rabak poket seluar membelinya ye tak? untuk itu, sesuailah sangat kalau nak pergi library kan?..


Dan ini pulak antara 3 buah novel yang berjaya aku pinjam tadi..tak ada yang terbaru atau memang banyak yang dah orang pinjam..layankan sajalah labuuu..

Kalau nak tahu, bagi aku masa yang paling sesuai untuk membaca novel adalah pada waktu malam..sebab hanya pada masa tersebut sahaja tidak ada gangguan mahupun buat kerja rumah..kira privacy time lah. Paling tak boleh nak cakap bila membaca tu, pekena lagi dengan lagu tangkap lentok dari radio, otak pun berwarna-warni dibuatnya. Lepas tu, cerita yang tak sedih pun jadi sedih bila lagu tu terlalu mendayu-dayu..tapi, tetap jugak nak layan sampailah ke dinihari kekadang. Akibatnya bila bangun pagi, dapatlah 2 biji mata kembang dengan pakej sembap sekali..sebijik macam Alien..haha.

11 Februari 2013

DIY: Deco your Photo Frame.

Hye Bloggers!!..Lama juga kan aku menyepi? genap sebulan rasanya..dan sepanjang itu jugaklah aku tak online. Kebanyakkan masa aku habiskan dengan menyambung menjahit Quilt. Aktiviti dari zaman sekolah menengah yang tidak pernah siap dan tak pasti bilakah akan siap..rindu memang rindu nak online terutamanya kat blog p.s:iloveyou ni, sebab inilah satu-satunya tempat/medium untuk berkongsi minat dan hobi yang sama. Seronok rasanya bila kembali..miss me?miss me not? hehe :P.

DIY pertama untuk tahun 2013 ni aku mulakan dengan menghias photo frame yang kosong kepada cheerful yet romantic..ye la, valentines is just around the corner kan? Kalau tanya pendapat aku secara peribadi, setiap hari adalah hari untuk kita memperingati mereka yang kita sayang tidak kira yang sudah tiada lagi mahupun yang sentiasa ada bersama kita. Jadi, terpulang kepada anda untuk menyambutnya ataupun tidak..Malah, saya sendiri tidak pernah menyambutnya cuma teruja hendak membuat sesuatu yang bertemakan "kasih-sayang"..bahan pun dah ada kan..Mak aihh kemain panjang peranggan aku tulis..baru pengenalan..alahai..hehe.

Ini adalah Photo Frame yang dah siap dihias..sangat simple sebenarnya..and what do you think guyss? do you like it?


 Bahan-Bahan yang diperlukan:
1. Photo frame yang kosong (sudah semestinya..)
2. Ribbon kain (Seperti double tape). Bahan ni kalau korang dapat cari memang bestlah..Fisrt time aku jumpa Ribbon jenis double tape..mau nya tak excited. Inilah berkat aku selalu check stok barang baru dari kedai ke kedai jumpa jugaklah ribbon ni yang buat aku teruja tak abis.abis..harganya pun RM1.80 jer..murahkan?
3. Batu sebagai hiasan. (Bukan batu-bata ye). Mula-mula aku nak guna sticker seperti gambar diatas, tapi payah benar nak melekat..buat sakit jiwa jer..last-last guna batu jer lagi senang..

Cara-cara membuat:


CARA 1: Lekatkan Ribbon disekeliling frame.

Hasilnya...


Fasa pertama dah siap..nampak jauh sangat beza daripada yang kosong tadi kan? Mesti korang pun teruja nak buat jugak kan?hehe.


CARA 2: Lekatkan batu dikeliling photo frame..memandangkan batu yang ada tidak mencukupi, maka aku hanya buat lekat setakat yang ada sahaja..kalau penuh mesti cantik lagi kan?

Hasilnya...

 Tadaaa..pretty cool isn't it? hehe.

So, what are you waiting for..try now guyss!!goodluck okayy? :)
P/s: Still in CNY mood..I just wanna say Happy Chinese New Year guyss. May this year bring luck and prosperity for and for you.