20 Februari 2013

Outing Diaries 1: Library.

Hello.hello..Happy Wednesday Bloggers!! Today activity, aku dengan Ayin pergi library yang berdekatan dengan kawasan rumah..Tersangatlah bersyukur bila ada library kat kawasan perumahan kami ni..jaraknya pun taklah jauh sangat kira-kira 5 minit perjalanan jer dari rumah. Motip utama pergi library tak lain dan tak bukan adalah nak pinjam novel. Kiranya library ni adalah tempat terbaiklah buat penggemar novel seperti kami untuk bertapa. Tetapi dalam baiknya ada jugak yang tak berapa nak baik sebab hanya boleh pinjam 3 buah buku jer dalam satu masa..mana cukup.tapi..kira okayylah daripada tak okayy kan?

Dengan memakai baju T-shirt Mustache yang saya jahit sendiri..now I'm ready go to Library!


Inilah dia library Terchenta..macam best tapi, ntah ape kejadahnya huruf  M tidak ada ditempat kejadian..kerja sape ntah.


Yang bestnya bila pergi library ni ialah kita boleh update isu semasa secara nyata tak seperti online..Alah, update baca majalah jer pun. Membacanya memang suka tetapi bab nak membelinya kena fikir berkali-kali. Bukan apa, kalau dah semua majalah kita berkenan mau tak rabak poket seluar membelinya ye tak? untuk itu, sesuailah sangat kalau nak pergi library kan?..


Dan ini pulak antara 3 buah novel yang berjaya aku pinjam tadi..tak ada yang terbaru atau memang banyak yang dah orang pinjam..layankan sajalah labuuu..

Kalau nak tahu, bagi aku masa yang paling sesuai untuk membaca novel adalah pada waktu malam..sebab hanya pada masa tersebut sahaja tidak ada gangguan mahupun buat kerja rumah..kira privacy time lah. Paling tak boleh nak cakap bila membaca tu, pekena lagi dengan lagu tangkap lentok dari radio, otak pun berwarna-warni dibuatnya. Lepas tu, cerita yang tak sedih pun jadi sedih bila lagu tu terlalu mendayu-dayu..tapi, tetap jugak nak layan sampailah ke dinihari kekadang. Akibatnya bila bangun pagi, dapatlah 2 biji mata kembang dengan pakej sembap sekali..sebijik macam Alien..haha.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan