30 Ogos 2011

KEMATIAN- Kita tiada pilihan.

Kita hanya merancang dan Tuhan lah yang menentukan segalanya..itu memang benar..Bila ianya sudah berlaku kita sememangnya tiada pilihan melainkan menerima dengan hati yang terbuka..Ianya bukan seperti seseorang yang telah kita ketahui punya penyakit dan kita punya pilihan sama ada memilih untuk menghantarnya ke hospital ataupun memilh untuk menjaganya sehingga ke hembusan nafas terakhir..Selalunya ia berlaku bila kita sudah sehabis daya mencuba kerana kita tahu nyawa itu tiada gantinya bukan seperti patah kaki ada kaki palsu..

Kegembiraan kami sekeluarga di meja makan terhenti apabila mendapat berita bahawa ada saudara mara terdekat meninggal dunia..Sebelum mengetahui berita tersebut, kami merancang untuk pergi ke majlis hari jadi anak buah yang genap setahun pada 30 ogos ini..

Apa pilihan yang kita ada bila berhadapan dengan situasi sebegini..? Antara ucapan Takziah buat Arwah dan ucapan Tahniah untuk kanak2 yang genap setahun..Walaupun tiada pilihan..yang pasti kita harus menerima segalanya dengan hati yang terbuka..Pasti ada hikmah disebalik kegembiraan dan kesedihan yang kita lalui..

Walaupun tidak rapat dengan Arwah..cukupla dengan berdoa supaya roh nya ditempatkan bersama DIA yang mencipta kita..Buat si kecil yang baru melihat dunia.. 

"Perjalananmu masih jauh..teruskan berjalan sesungguhnya banyak tentang dunia ini yang kau belum tahu dan harus terokai.."

29 Ogos 2011

BAB 5: Kisah Kita.

Main Tarik Tali..

Ingatkan hanya budak2 tadika seri kenanga je yang ada main tarik tali..rupanya aku pun tak terkecuali..dengan siapa lagi kalau bukan dengan jejaka yang aku baru kenal kat alam maya tu. Mr.Benjey..dan cuba bagi tahu sejak bila pulak aku layan jiwang kat chatting ni ?..buang tabiat ke apa..isk.isk.isk.

Aku letak tangan kat kepala..tak ada pulak tanda2 demam panas ataupun kepialu...Tapi, kenapa pulak bila aku chatting ngan dia terasa macam kawan lama la pulak. Mungkin kami dah lama kenal sejak dari zaman moyang aku kot..Untuk kesekian kalinya..kepala yang tak gatal aku garu..

Paling lucu..aku bagitau kat dia yang aku ni adalah ibu tunggal yang ada 3 orang anak..huahuahua..Haa, ambik kau..percaya beno la dia tu..nak menipu pun tak pandai. Dah terang lagi bersuluh aku ni tengah belajar..bila masanya beranak pun aku tak tahu..anak kucing adala..Jess.Jess.

Tapi..satu benda pasal lelaki ni yang aku tahu..dia ni memang liat sungguh..makin menjadi2 tahap ngorat nya..Aku pun satu layan jugak..bukan apa, nak tengok sampai bila dia tahan ngan perangai yang tak berapa nak matang aku ni.

Terima ATAU Tidak..

Bagai dihempap batu kepala aku bila Mr.Benjey nak aku jadi Girlfriend dia..Dahla final exam nak dekat..Tak keruan jiwa aku bila study..

"Macam mana ni..?Berdarah lagi hidung aku ni nanti kalau asyik pikir benda ni..hurmm"

Akhirnya..aku putuskan lepas abis exam baru beri kata putus..Anak2 aku bila dengar berita tu..Amboi..kemain gumbira ia korang, macam berpesta gamaknya..setiap kali Mr.Benjey sms..tiap kali tu jugak la nak baca apa yang dia sms..Kering la aku lepas ni bila asyik pikir apa jawapan yang aku nak bagi..

Bersambung..

28 Ogos 2011

Merayap Dikala Raya Semakin Hampir..

One Word-Happening!!!..Cayalah..6 jam tanpa henti berjalan sambil menyukat mall. Kesana sini aku melihat manusia..seperti semut menhurung gula pun ada..Kedai kasut pun seperti dilanggar TODAK  gamatnya. Ewah2 mak Enon, Minah serta sekaliannya..betapa dahsyatnya rakyat Malaysia bila bab shopping. Sambil berjalan, kiri kanan harus dilihat..kang dilanggar Todak sapa nak jawab..huhu.

Bersama Ayin mencari sepasang kasut khas untuk Raya..yang pada mulanya tidak dijumpai...Akhirnya, setelah hampir berbelit otak berpikir dan mencari..jumpa jugak ye..Berbaloi jua perjalanan ratusan kilometer itu..haha. Serius memang cantik..Nasib jugak aku tak sambut raya..Kalau tak kuat iman didada..boleh tersungkur jugak aku ngan kasut ni..alahai..

Bahagian kaki jangan dicerita, kalau ada kedai yang jual spare part untuk kaki..24 jam pun masih boleh berjalan. Perempuanx2 memang hebat digelanggang Shopping.

Keperluan Diri..

Untuk diri sendiri..hanya keperluan diri yang dibeli..stok barangan yang dah hampir setahun tak dibeli tak pun nak dekat ngan tarikh luput..Jangan dilupa..handsfree.."Wa boleh semput nyawa tanpa itu okay.." Tanpa itu, mana dapat dengar suara kekasih hati dengan clear.."wa kan ada sikit pekak badak tenuk.." (Pecah rahsia tentang telinga aku..).

Asal berjalan mesti ambik gambar sendiri sambil tersenyum kambing..Betul ke..?


Antara barang yang dibeli..

P/s : mengingatkan baju raya..hati ku hancur berkeping2..harap siap la malam ni..Aku pun nak sibuk beraya okay..hehe.

BAB 4. Kisah Kita.

Bersosial di Friendster..

Pertama kali aku melibatkan diri dalam dunia laman sosial (Friendster) adalah masa zaman Form 6 dulu..itu pun kawan aku Ayin yang buat untuk aku..Disebabkan kat rumah tak ada line internet, jadi tak la teruja sangat aku nak online segala..

Bila dah masuk Universiti ni, pandai pulak aku nak bersosial ye..Sana sini mengintai friendster orang. Masa tu masih bujang kan..jadi tak ada la salah kalau aku nak mengintai orang yang sama bujang jugak..hehe. Tapi aku ada satu masalah, dari dulu sampai sekarang tak berapa minat nak berchatting..tak tahu la kenapa..Masalah dalaman kot.

Diluah Mati Mak, Ditelan Mati Bapa..

Alahai..dilema sungguh aku dibuat oleh kengkawan aku ni..suka beno menjodohkan aku yang tak berapa nak dijodohkan ni..aku ni kan mama diaorang..pelik pulak bila anak2 nak cari jodoh untuk mama diaorang.. Tapi realitinya aku belum kahwin la..Buang tabiat ke apa.. Aku ingat drama dalam TV je ada benda jodoh2. tak sangka aku pun boleh kena ?..Ambik kau Jess..apa punya nasib la..Aku tak nak bercinta cintun ngan lelaki yang diaorang sarankan tu..Bukan apa, nak bercakap ngan lelaki pun fail ni kan pulak bercinta..terdera betul perasaan aku..Ehh..kenapa pulak statement aku macam orang putus cinta..? Padahal kekasih pun tak ada..huahuahua..Jess.Jess.

Aku Terima Dia yang Tidak Aku kenali..

Kerana tidak mahu dijodohkan, aku yang super-naif menerima seorang lelaki (dari Friendster) yang merupakan senior kak ngah masa sekolah menengah.. Caya la..Kenal pun tak..tapi bukan bercinta okay..kawan alam maya jer. Kalau nak lebih2 pegi meminang. Aku ni nama jer generasi masa kini..tapi pemikiran dan segala pasal cinta..Aku konservatif okay..hehe.

Pada mulanya..dengan mengikut segala kemahuan mereka akan membuatkan mereka berhenti..Dah tu makin giat la pulak. Nak aku bercinta???..Tolong!!!Terdera sungguh hati ini..Apa2 la korang..janji bahagia.

Bersambung...


25 Ogos 2011

BAB 3: Kisah Kita.

Rasa Nak Bercinta:

Pada suatu malam yang indah..aku duduk kat meja belajar sambil menghadap buku langit dan memerhatikan kerdipan bintang..sungguh mempersonakan. Kemudiannya, aku terdengar roomate aku bercakap dengan kekasihnya di telefon. Wahh..sungguh romantis..Aku terbuai sebentar dan mulalah episod angan-angan MAT JENIN aku yang tak pernah abis2 tu..

Best nya kalau ada kekasih kan ?..Ada orang yang sentiasa ambil berat pasal kita dan sentiasa ada sewaktu kita memerlukannya. Sumpah memang seronok aku berangan2..Aku mengimpikan lelaki yang dominan, punya pendirian dan mampu mengubah persepsi aku tentang CINTA..Alahai, mana la aku nak cari lelaki macam tu ye ? Nak bercakap ngan lelaki pun tak tahu..ni kan pulak nak bercinta?..Nak mintak digelakkan boleh la. Bukan apa..aku ni sebenarnya banyak dipengaruhi oleh novel dan sentiasa mengimpikan lelaki seperti novel yang aku baca..Memang sah hidup dalam dunia fantasi..Jess..Jess.

Tiba-tiba aku rasa pelik..
"Kenapa tiba2 aku gatal nak bercouple ni  ?"

Ia lah..kan sebelum ni aku dah target..masa dah keja baru fikir soal cinta..kalau malas jugak nak bercinta..senang2 suruh mak carikan..haa, lagi best cinta selepas kahwin..tapi, sanggup ka aku ambik risiko macam tu ? kepala yang tak gatal aku garu.. hurmm.

Keputusan Mengejut : Tak nak Bercinta!!!

Haa, keputusan ni aku ambik sehari selepas aku terdengar roomate aku dating. Aku cancel kan niat nak bercinta..Aikk boleh main cancel ke..? Bukan apa..sebabnya, kali kedua aku terdengar dia bercakap lagi kat telefon ngan kekasih dia..diaorang bergaduh..segala macam rempah keluar..seram aku. Maka aku nekad katakan Tak Nak Kepada Cinta.

Aku tak menyesal ngan keputusan yang diambil sebab sepanjang aku hidup membujang (single) hidup aku okay jer walaupun tak ada la sampai kais pagi makan pagi dan kais petang makan petang..Malah kehidupan aku sentiasa dalam keadaan yang gembira walaupun tidak dinafikan ada jugak masalah datang..Part yang paling best..aku boleh enjoy dan kehulu kehilir ngan kengkawan..kemana lagi kalau tak shopping mall. Walaupun ketika itu..duit dalam tangan hanyalah RM10 jer..tapi aku bahagia okay..tambah lagi berjalan ngan track suit dan t-shirt nya..Fuhh..memang sempoi la kehidupan aku sebagai orang bujang..Cayalah Jess!!hehe.

Kalau Dah Takdir..

Tapi kan..kita ni sebagai manusia tak tahu pun apa yang akan berlaku di kemudian hari..tup.tup aku bercinta seminggu dua lagi..sapa aku nak tolak kan ?..tapi tak nakla..tak pandai aku. Nampak jer aku ni nakal..tapi bila bab lelaki ni aku ada fail banyak bukan sikit..Tengoklah macam mana nanti ye..lelaki yang macam mana la yang boleh buat aku tersungkur kerana Cinta..

Bersambung..

24 Ogos 2011

BAB 2. Kisah Kita.

Kisah Hostel:

Mengingatkan pasal hostel, sumpah aku tak nak pegi ke tandas sorang diri..bukan aku takut atau jaga macho..cuma..errr..tak manis pulak kan anak dara sorang-sorang pegi tandas masa tengah malam. Lebih2 lagi kalau ada terdengar bunyi anjing menyalak. Okay..dengan fikiran positive..aku andaikan yang anjing ni tengah lapar. Kesian kan.

Cerita sebelum kejadian:

Sebelum aku ada terdengar desas desus pasal benda2 alah kat hostel..agak2 seminggu jugak la aku dengan gaya macho dengan memakai kain batik pegi ke tandas sorang diri..tak main la teman2..ingat aku gadis ayu ke..? rambut panjang aku jer dah boleh buat anjing menyalak tu kencing berdiri..hebat tak hebat..ada jugak la satu malam yang indah tu, seperti biasa tengah malam pegi ke tandas. Baru jer keluar dari tandas aku terkejut.

"Budak mental mana la yang tinggalkan telekung kat pintu ni.? Ingat penyakut baju dia ke.? Haish (Kata2 yang hanya diucapkan kat dalam hati je)"

Lepas tu, aku masuk bilik tanpa prasangka tentang apa2 pun..murni sungguh hati aku..memang positive. Haa, ambik la kau Jess..Kenapa? Sebab beberapa hari selepas tu, roomate aku bergossip pasal makluk halus segala sampai meremang bulu ketiak aku dibuatnya..Nak tahu tindakan macho aku selepas tu..? Sebelum tidur, aku mintak tolong diaorang teman aku pergi tandas..Bila ada kelas pukul 8 pagi..pukul 7.15 pagi baru terhegeh-hgeh nak mandi..sebelum tu pukul 6 pagi dah mandi..nak mengelakkan kesesakkan konon..Terus-terang je la yang kau tu takut Jess..Serius korang, aku..errr..keselamatan tu kan penting..tu pasal la bawa roomate pergi tandas.hehe.

Persahabatan Bermula:

Kisah cinta aku panjang lagi..nak abis 1st sem baru aku cerita. Ini pulak kisah bagaimana aku berjumpa dengan kawan seperjuangan. Pagi tu, jalan lenggang kangkung pegi bus stop. Kalau dah lenggang kangkung tu, malas la jawabnya..sebab tak tahu arah tujuan..

"Mana manusia ni..tak nampak pun? Aku lambat ke..? Haish"

Tiba-tiba aku ada tengok seorang perempuan tengah jalan menuruni tangga..dalam hati berkata:
"Nasib baik ada orang, ada jugak teman aku ni nanti kalau sesat"

Sangkaan aku memang baik..Bila berkenalan, mendengar namanya iatu Ros dot.dot.dot  (nama sebenar dirahsiakan) cukup buat aku pikir dia adalah orang melayu..rupanya sebangsa dengan aku dan yang paling indah..kalau dah sebangsa, mestilah tempat asalnya sama jugak kan..kebetulan yang memang indah disaat aku tak tahu arah tujuan..hehe.

Selepas itu, kami memang sesat..Tahniah.. kan dah betul aku kata. Penghabisannya, kira PONTENG satu kelas la..sebab tak tahu pun kelas kat mana..nak berjalan kaki konon..padahal tempat yang dituju tu pakai bas. Apala nasib..Alahai.

Bersambung...

23 Ogos 2011

BAB 1. Kisah Kita.

Mengingati Dia..aku tersenyum. Tak sangka kan kita boleh couple?..Aku ingat kau akan berputus asa bila aku ceritakan semua keburukan dari A sampai Z. Macam burung murai tercabut ekor aku memburukkan diri, rupanya kau tak makan saman jugak ye..masih jugak nak mengorat. Lalu aku tersenyum..nanti la kau mamat..kau belum kenal lagi ngan aku.

Kisahnya:

"Mama..ada sorang laki kan suka tau kat mama.. "
aku yang lurus tak berapa nak bendul pun tanya "Siapa ?" 
"Adala..tapi kan dia comel macam teddy bear..kalau mama couple ngan dia..boleh la kita setiap hari naik keta pegi kuliah.hehe"
Ekk.? 


Hurmm..korang jangan salah paham ye..mama tu merujuk kepada aku masa zaman universiti dulu..ada kisah disebalik nama itu..sungguh negative okay..tapi korang jangan pikir kuning sampai meroyan pulak ye..bukan bermaksud aku ni mak ayam..tak ada maknanya aku nak jual ayam dan anaknya masa masih bersekolah..Haram2.

Sedikit tentang Aku:

Aku melanjutkan pelajaran kat UiTM Sabah pada tahun 2007. Agak2 la berapa la umur aku sekarang..Course yang aku ambik masa tu ialah Degree in Business Economics. Bunyi macam meletup.Haa, cubalah korang belajar..paling kurang pun keluar darah hijau..Ingat aku suka..tapi tak jugak aku membenci. Tapi, pernah jugak la hidung aku berdarah masa study untuk subjek business law. Ingatkan dalam drama tv je ada..rupanya wujud jugak ye..bertuah aku..benda malang gitu berlaku kat aku.Jess..jess.

Masa aku kat Universiti, aku ada 3 orang anak perempuan..Kak long, Kak Ngah dan Adik. Hurmm..diaorang la pengarang hati dan jantung..mereka adalah segalanya buat aku sehinggalah munculnya Aunty Ros dan Aunty Mar. Bukan watak antagonis ataupun sampingan..tetapi satu keluarga yang besar..Satu Rumah 9 orang. We called it HOUSEMATE.

Pada orang yang baru nak mengenali aku..1st impression diarong mesti anggap aku pendiam..nerd serta skirt..Skirt? Apa-apalah..tu jugak la tanggapan kawan yang aku kenal sampai sekarang..kata mereka..

Si A berkata :"Dulu kan Jess, kami ingat kau pendiam..kehulu kehilir bawak pen ngan kertas..segala resit pembayaran engkau akan kepilkan..memang nerd abisla"
Si B berkata: "Tapi bila dah lama kenal..kau ni boleh tahan jugak nakal ye nakal macam monyet..tak sangka pulak kan? "
Aku kata: "NO KOMEN."

Hurm..ayat yang paling tepat yang diaorang nak kata sebenarnya adalah, aku SKEMA..skema tu apa..? setahu aku skema permarkahan tu adala. Macam-macam la korang ni.haish..

Peristiwa 1st Sem:

Paling lucu..bila lecture kata kami harus ada pendrive untuk buat assigment, senang nak hantar katanya..Okay kepala yang tak gatal aku garu..PENDRIVE tu apa?..Adui..poning kepala aku..kalau disket tu tahu la..mana nak cari pendrive? harga berapa?mahal ke tidak?..Korang poning..? kalau nak tahu, soalan tu jugak la bertalu-talu aku tanya kat kawan..

Dipendekkan cerita aku ngan Aunty Ros tetap degil nak beli disket sekotak..boleh share2 konon. Haa..berani la korang gelak..kemain naif nya aku masa tu tentang teknologi terkini. Nak dijadikan cerita..dah siap buat assignment, aku nak save kan benda tu kat laptop..bersungguh-sungguh aku mencari.. lalu aku tanya aunty Ros. 

"Tak ada pun aku nampak tempat letak disket ni..? kalau komputer kat rumah aku, ada tau tempat letak..Kenapa la laptop tak ada benda tempat letak disket.? pelik-pelik."

Bila beritahu perkara tersebut kat kengkawan dan anak2.. Amboi kemain korang gelak sakan ya..Gelak la lagi..aku pun nak tumpang sekaki..apa punya ketinggalan zaman la..hampeh betul.

Itu baru sebahagian daripada cerita, belum lagi kalau secara terperinci..tapi ada jugak la benda kedua lucu berlaku. Aku, Aunty Mar, Aunty Ros..beli kertas A4 yang tebal untuk front page assignment. Nak buat cantik2 konon. Kami pun beli la yang cantik dan ada bau wangi okay. Haa, ambik kau..ingat masih sekolah menengah ke nak buat fortfolio cantik2..Siap ada hiasan lagi kat luar kertas dan dibinding..Penghabisan, sekali lagi jadi mangsa gelak sakan oleh kengkawan..lecture hanya nak di staple jer okay..setakat beberapa helai tak perlu la dibinding..adooiii..kena lagi.Jess..jess.

Kisah Makan.

Berada di perantauan memang sesuatu yang menyedihkan bila kita tengah berada dalam proses menyesuaikan diri. Ada jugak la beberapa kali air mata ke-wanitaan aku tumpah bila mengenang keluarga yang jauh dimata.Cuma satu benda jer yang tak berubah..selera makan.hehe.

Nak dijadikan cerita..Seperti anak itik yang dilepaskan ke kolam, aku teruja jugak nak berjalan ke hulu ke hilir ngan member untuk menikmati kehidupan sebagai orang yang baru berdikari..kononnya..destinasi pertama mesti la shopping mall. Jujurnya aku jatuh cinta ngan Sabah..Perkara pertama yang kita harus lakukan bila nak berjalan sehari suntuk sambil menyukat kilometer shopping mall adalah anda mesti ada tahap kecergasan atau tenaga yang memberangsangkan..Untuk itu kita mesti MAKAN.

Uish..favorite aku jangan cerita. Nasi Ayam yang nyam2 okay..jadi kami pergi la mencari tempat dan mencuba...rasanya..kawkaw yam la..

Tak tahu la mana silap nya..tak lama lepas tu aku kerap benar ke tandas..dah macam pelanggan tetap gamaknya..Apa kena ye.? Makanan kat kampus ke luar yang bermasalah?..kerana tak nak pikir negative tapi ada jugak pikir..keracunan makanan ni.

Segera aku teringat ngan kata2 pujangga..kalau kita pergi tempat orang..kita akan mengalami kejutan budaya..Aku tak tahu pulak perut pun akan terkejut sampai begitu sekali..kalau perut tu ada jantung..mesti sekarang lemah jantung kan..huahuahua..aku buat lawak yang memang memberangsangkan..terserlah sisi bengong kat aku.haha.

Dalam 1st sem tu, 2 kali jugak la aku keracunan makanan..masa kelas la paling sedih.sampai bersimpang siur aku berjalan ketandas..naik kematu jugak punggung aku kat tandas..ada satu masa tu..mengalir jugak air mata sebab baru je sembuh dari keracunan kena lagi..hilang macho aku okay.

Bersambung...

P/s: Kisah benar pada zaman universiti. nak buat novel tentang diri-sendiri boleh tak.hehe.

TOMS..kini kau milik ku.

Akhirnya.."Dia menjadi milikku buat selama-lamanya". Haish..kalau orang baca statement aku ni konfom ada yang salah paham. Aku tak bercinta ngan laki yang bernama Toms..haha. TOMS ni adalah jenama kasut. Jangan salah paham okay..aku masih waras ketika menerima kasut ni dari Ayin walaupun hakikatnya..kaki ku meloncat-loncat minta supaya disarungkan..memang gatal..Sangat teruja sebab dapat kasut TOMS  ni dari Ayin..TQ so much. suka sangat-sangat. Sayang pulak nak pakai..hehe.


Haii..menawan sangat-sangat. Boleh tak kalau aku tak nak pakai..nak simpan je.? hehe.




21 Ogos 2011

Tutorial untuk Blog # 3: TRANSPARENCY FONT

Okay..kita sambung lagi tutorial kita ye..Kali ni nak cerita secara terperinci..Aku ni tak pandai sangat nak menerangkan sesuatu kat orang..tu pasal la panjang berjela..hehe.Harap korang paham k. Sebenarnya tak sukar mana kalau kita nak tambah font yang comel kat header yang penting kita tahu macam mana nak cari website font tersebut dan download la sepuasnya..cuma yang membuatkan tindakan kita itu separuh jalan adalah macam mana nak gunakan font tu..Okay..Cik Gee dah bersedia..? Jom...

Mula-mula kita pergi paint..ni dah nak tunjukkan cara macam mana nak buat header pulak..tak apa la ya..alang2 pulak kalau tunjuk separuh jalan kan..

Langkah Pertama : Pergi Paint. Bagaimana nak cari paint ? (Klik Window, Klik All Program, Klik Accessories, Klik Paint)..Dah jumpa ?















Lepas tu, korang agak2 la nak header besar mana..jangan lupa klik file dan klik lagi save as dan taruk la apa2 nama..senang nak cari balik nanti.

Langkah Kedua : Bukak Photoscape..Bagi yang belum ada " PHOTOSCAPE 3.5" boleh download ye. Photoscape ni best. Macam2 benda ada dari edit gambar sampai la nak edit header untuk blog. Semua ada..

Dah download Photoscape ? Jom kita mulakan..

Langkah2 Penting:
  1. Bukak Photoscape, Klik Editor- jangan lupa cari balik kat mana korang letak plain header yang dah disave dari paint tadi. Pastikan tak susah cari folder tu ye..boleh cari folder kat bahagian tepi photoscape tu je.

       2. Klik "Objek" dan kemudian klik "T"- Kita nak guna balik tulisan yang kita dah download daripada cute Font. Korang pun tulis la apa2 kat ruangan text tu. Dah..? Okay, memandangkan aku download "jigsawtrouser font", maka aku pergi text yang kat tempat tulisan tu dan tekan huruf j..maka keluarla berduyun-duyun huruf j..Dah dapat?..

    Haa..dah siap pun..korang boleh la letak apa-apa hiasan kat situ..klik je objek, kemudian klik photo yang ada gambar tu..

    Okay..kalau korang nak font tadi jadi transparent, sebelum ni aku ada buat entri yang bertajuk "TRANSPARENCY HEADER" korang ikut je ye..Selamat Mencuba bloggers!!!^__^.

    Tutorial untuk Blog # 2: DOWNLOAD FONT COMEL.

    Hari ni aku sekali lagi memenuhi permintaan seorang kawan iaitu Gee yang mahu aku tunjukkan cara bagaimana aku dapat font comel macam kat header diatas tu dan transparents kan font tersebut. Sebenarnya ada banyak benda pasal blog ni aku tak tahu buat..Benda ni semua pun aku belajar dari Ayin..Berguna jugak kan bila kita kongsi ngan orang lain..Tq Ayin..muahh3.hehe.

    Okay Gee..anda dah bersedia ?.Jom kita belajar..

    Langkah Pertama: Kita mesti pegi website "CUTE FONT" untuk mendapatkan font yang comel-comel untuk header nanti.


    Dah? Sebagai contoh, aku akan ambik font "jigsawtrouserdrop" dan korang download la mana2 font yang korang berkenan ye.  Ada 2 jenis download kat situ kan ?..aku pun tak tahu apa ke benda tu, selalunya aku klik Win Truetype. Pas tu klik save file dan tekan ok.

    Langkah 2 : Dah download ?
    Sekarang ada 2 cara untuk kita mengetahui lokasi font yang kita download tadi.

    Cara Pertama :
    Klik Window > Klik User > Klik Download.









    Cara Kedua :
    Bagi anda yang memang ada auto keluar download lagi senang. Right Click je kat font yang anda download. Lepas tu Click Cointaing Folder.
    Dah jumpa lokasi font yang di download tadi ?

    Langkah yang seterusnya adalah kita nak save font yang di download tadi supaya kita sentiasa boleh menggunakannya.

    Bagaimana ?

    • Right Click kat font yang korang dah jumpa lokasinya tadi.
    • Tekan Extract All - Lepas tu akan keluar word "Extract Compressed (zipped)" Folder. Kemudian tekan Continue ye.
    • Lepas tu tekan je Right Click kat font tu dan Click Copy.
    •  Pergi Window dan Type Font. (Pas tu jangan lupa tekan enter)
    • Lepas tu paste kan je font yang korang dah copy tadi dan Click Continue okay?..

    Okay..kerja yang pertama dah settle..kita dah download font yang comel..panjang berjela huraian aku..harap korang paham ye..kalau ada apa-apa pertanyaan, kemukakan kat ruangan komen ye. Next entri kita nak ajar macam mana nak guna font tadi kat blog dan cara transparentkannya..sama je ngan previous entry "transparency header"..nanti kita tunjukkan lagi link tu ye..

    P/s :Selamat Mencuba ^___^. Have a great weekend bloggers!!






      19 Ogos 2011

      Tutorial untuk Blog # 1: TRANSPARENCY HEADER.

      Hari ni aku memenuhi permintaan seorang kawan yang mahu aku tunjukkan cara membuat transparency header. Nak kata pandai sangat tu tak jugak..Aku hanya tahu sikit-sikit pun dari member aku si Ayin..dia yang banyak ajar cara buat ini dan itu kat blog..harapkan aku..memang failed la..nak kena demo dulu baru paham..hehe. Hari ini, aku nak turunkan ilmu tu pulak kat korang. Kita belajar sama2 ye.

      Penerangan aku ni berserta ngan gambarnya sekali..harap korang paham ye..^__^

      Langkah Pertama : Download software "GIMP 2".

      Dah download ?

      Langkah Kedua : Tekan FILE > OPEN
                     
                             (Ini adalah untuk cari lokasi header yang anda pilih untuk transparentkan)

      Dah Jumpa ?

      Ini pulak contoh header yang aku nak buat jadi transparent.



      Sekarang kita ke langkah-langkah yang sangat penting..Tumpukan perhatian ye..Anda dah sedia ?

      1. Tekan LAYER > TRANSPARENCY > ADD ALPHA CHANNEL.

             2. Pergi ke arah toolbox dan Tekan FUZZY SELECT TOOL 

       
           3. Kemudian, tekan fuzzy select tool itu ke arah kawasan yang korang nak buat jadi transparent. Lepas tekan, korang akan nampak ada jalur putus-putus kat situ.  Ada nampak tak ?


          4. Tekan EDIT > CLEAR

      Okay, ini adalah hasilnya bila korang dah tekan edit pas tu clear. Ianya dah bertukar jadi transparent,cuma tunggu nak save lagi. :)

        5. Pergi FILE dan tekan SAVE AS
        6. Kemudian, Tekan (SELECT FILE_TYPE (BY EXTENSION) pilih "PNG"  kemudian SAVE

      SEBELUM :

      SELEPAS :
      Okay, sekarang korang boleh cuba header yang baru dekat blog korang. Selamat Mencuba.!!

      P/s : Kalau ada apa2 pertanyaan, korang boleh kemukakan kat ruangan komen ye. ^__^.

        18 Ogos 2011

        Paris, London, Venice..


        Sebelum lahir ke dunia lagi aku dah tahu yang aku akan jatuh cinta ngan tempat-tempat atas tu. Cayalah..dahsyat jugak statement aku ni. hehe. Untuk itu, aku tak nak tulis panjang lebar sebab sebelum ni pernah buat entri pasal "3 places in this world that I wish to visit"..Jadi, sekarang aku cuma nak ajak korang sama-sama berangan ngan aku..boleh kan ?. Jadi masa berangan tu tak la sunyi sangat..ye tak..hehe. Memang sah keturunan mat Jenin la. Jadi, korang berdoa la supaya tak ada biji kelapa yang jatuh.hehe..

        P/s: Mode- Angan2 Mat Jenin. @_@.

        17 Ogos 2011

        Akhirnya..Mati.

        Ya..memang sesuatu yang amat menyedihkan bila pengakhiran sebuah kisah hidup itu adalah KEMATIAN. Bukan menakut-nakutkan..tetapi itu lah realitinya..Siapa pun tidak dapat menghalang nya daripada berlaku. Tetapi..mestikah begitu ?. huhu..Bukan menidakkan apa yang berlaku tapi tak boleh ka NOVEL yang aku baca tu paling kurang pun happy ending..Kemain lagi aku menjiwai watak dalam cerita tu..alih-alih meninggal dan pasangannya membujang sampai ke tua. Sadis. Emosional sebentar aku dibuatnya.huhu..

        Korang pun jangan la pulak emo. Cukup-cukup la aku sorang yang emo..bersengkang mata sampai ke pagi membaca bersama ngan linangan airmata..huhu. Nak tahu tajuk novel tu..? "CAMAR YANG PERGI".. dengan berlatar belakangkan bumi TURKI..ianya mengenai kisah cinta 2 darjat antara golongan kelas atasan ngan kelas bawahan.. Watak wanita adalah Dilara yang bekerja sebagai tukang cuci kat rumah orang kaya..dia sebenarnya menggantikan ibunya yang sakit. Manakala watak lelaki pulak adalah Orhan.

        Bezanya cerita ni daripada novel yang sudah2 ialah selain daripada hasil buah tangan pertama daripada penulis..boleh dikatakan ianya banyak mengetengahkan erti kasih sayang kerana terdapat watak Ebru iaitu adik Orhan yang mengalami penyakit Down Syndrom dan bagaimana penerimaan mereka terhadapnya... sangat menyentuh jiwa.


        Ini adalah front cover untuk novel tu..siap ada masjid biru lagi..memang cantik. Ada masa korang layan la ye..

        P/s: Happy Reading Bloggers!! ^__^.

        16 Ogos 2011

        Perpustakaan TERBESAR diDunia..

        Pernah tak korang membayangkan akan membaca buku kat perpustakaan yang tersangat la besar. Dapat rasakan tak bagaimana keadaan korang bila berada kat tempat yang besar bersama dengan jutaan himpunan buku kat depan mata..? Bagi yang memang suka membaca atau ulat buku, memang berkampung sakan la..kalau boleh bawa khemah..berkhemah la jawabnya..mesti seronok..hehe. Bagi pelajar sekolah mahu pun universiti, korang memang tak ada masalah punya la nak cari maklumat untuk assignment..Gerenti Tip Top la result korang..

        Jom terjah TOP 3 Perpustakaan yang terbesar di dunia.

        1. Libary of Congress (Washingtion DC, United States).

                                                                          Images : Googles

        Satu perkara yang menarik mengenai perpustakaan ni bila melihat gambarnya ialah ianya cukup berseni dengan ukiran patung-patung yang ada disekelilingnya. Ditambah lagi dengan jutaan himpunan buku yang tersusun, memang menarik. Untuk pengetahuan, perpustakaan ni mempunyai 144 juta koleksi yang merangkumi buku, risalah, carta, manuskrip, gambar bergerak, gambar, rakaman dan gubahan muzik. Banyak bukan..?

        Ada sedikit sejarah mengenai perpustakaan ini, yang mana ianya pernah musnah disebabkan perang yang berlaku pada tahun 1812.  Selepas kejadian tersebut, Mantan Perdana Menteri US, Thomas Jefferson memutuskan untuk menyumbang koleksi bukunya bagi tujuan memulakan perpustakaan yang baru dan oleh yang demikian, bangunan perpustakaan yang ada sekarang dinamakan sempena nama beliau bagi mengenang jasanya. Kalau korang nak baca dengan lebih lanjut pasal sejarah perpustakaan ni boleh baca kat SINI

        2. National Library of China (Beijing, China).

                                                                       Images : Googles

         Perpustakaan di China ini mula dibina pada tahun 1909 dan telah melalui beberapa fasa perubahan dalam pembaik pulih untuk membesarkan lagi ruang yang sedia ada dan menambahkan bilangan koleksinya. Antara khazanah berharga yang terdapat pada perpustakaan ini termasuklah inskripsi tulang binatang, cengkerang kura-kura dari Dinasti Shang, serta Manuskrip Dunhuang. Untuk mengetahui lebih lanjut tentang perpustakaan ini, korang boleh membaa nya kat SINI.

        3. Library of the Russian Academy of  Sciences ( St. Petersburg, Russia).

                                                                        Images : Googles

        Perpustakaan ini pula ditubuhkan pada tahun 1714 dan bertempat di Saint Petersburg. Perpustakaan ini juga telah menghimpunkan jutaan buku yang terdiri daripada pelbagai koleksi. Semestinya sangat mendamaikan bila membaca buku kat sini sebab boleh melihat pemandangan yang indah kat luar. Jumlah buku yang terdapat pada perpustakaan ini adalah kira-kira 22 juta. Memandangkan jumlah buku ni akan bertambah dari masa ke semasa, jadi tak hairanlah kalau ianya dapat menyamai jumlah penduduk kat Malaysia. Cayalah..

        P/s: Aku tergerak nak tulis pasal ni, sebab aku suka mengumpul fakta daripada keratan akhbar..Jadi, aku berkongsi la serba sedikit mengenainya dan tidak lupa jugak cari maklumat lebih tentangnya kat Internet. Enjoy Reading!!^__^.

        15 Ogos 2011

        MillatFacebook.

                                                                        Sumber: Googles

        Apakah yang dimaksudkan dengan MillatFacebook dan mengapa ianya wujud? Okay..aku dapat informasi tentang perkara ni melalui majalah dan disebabkan ada perasaan ingin tahu yang mendalam, jadi aku pun search la kat internet.

        Daripada apa yang aku baca, fungsi MillatFacebook ni sama sahaja dengan Facebook yang diasaskan oleh Mark Zuckerberg tu. Ianya adalah laman sosial yang bertindak sebagai medium untuk kita mencari kawan dan berkongsi cerita perihal perkembangan semasa. Cuma bezanya, laman sosial ini diasaskan oleh orang Islam Pakistan dan sebab musabab ianya diasaskan adalah ekoran daripada berang dengan Facebook yang menyiarkan karikatur Nabi Muhammad.

        Laman ini dilancarkan pada Mei 2010 maksudnya dah setahun laman ni wujud dan aku baru tahu..memang ketinggalan betul la kalau bab isu semasa..huhu. Okay, berbalik kepada laman sosial ni tadi..dalam masa 11 hari sahaja selepas dilancarkan, seramai 268,000 orang menyertainya..dahsyat tak dahsyat..memang Dahsyat okay. Nak tahu kenapa ? Sebab bila Facebook dilancarkan, seramai 3000 yang menyertainya pada bulan pertama.

        Apa-apa pun kita hanya berkongsi ilmu dan bagi anda yang berminat untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang MillatFacebook ni, anda boleh baca informasi tentangnya di SINI. Manakala, bagi yang berminat nak tahu macam mana rupa bentuk laman web laman sosial ni..anda boleh tengok kat SINI..

        P/s : Happy Blogging People !! ^___^.

        14 Ogos 2011

        Si Ratu Semut.

        Goo Hara dari kumpulan KARA terkenal dengan jolokan "Ratu Semut" Apa maksud ratu semut dan kenapa dia digelar begitu ? Kalau nak tahu, ratu semut ni bermaksud mempunyai ukuran pinggang yang sangat kecil. Mula-mula aku pun tak paham jugak..jadi, disebabkan nak tahu betul ka tidak..aku pun cari la gambar dia kat internet..Sebab hanya sikit je pasal dia kat majalah yang aku tahu.


        Okay..dia memang COMEL..umur pun baru masuk 20 tahun, tinggi pulak 164cm..memang dahsyat..jadi tak heran la kalau ukuran pingang dia kecik..Dia tinggi dan kurus..Sedikit infomasi yang aku tahu..Sebelum dia join group KARA, dia menjadi model untuk online fashion catalogue. Hurmm..memang berbakat. Nak jugak tengok pinggang dia yang kecik..tapi tak jumpa pulak gambarnya..huhu.

        Ni plak group diaorang KARA.


        Merupakan salah satu kumpulan artis wanita yang terkenal kat Korea. Sudahla comel-comel..berbakat pulak tu..Alahai..

        Lagi gambar GOO HARA, KARA.

                                                                           Source: Google


        13 Ogos 2011

        ILOVEYOU Yvonne Strahovski !!!

        Okay..I'm in love with you Yvonne Strahovski !!..Mesti korang ada yang kenal dan tak kenal ngan dia ni kan..bagi yang selalu menonton Channel AXN 711 kat astro..dia ni berlakon kat cerita Chuck..Aku suka lakonan dia..nampak je sasa tapi ada satu part tu dimana dia menari..Fuhh..tabik spring la..memang lemah gemalai..tak banyak yang aku tahu pasal dia..Yang aku tahu..aku suka tengok cerita ala-ala spy macam CIA..seperti CSI : Miami, New York dan Los Angeles. Hurmm..lebih-lebih lagi kalau yang perempuan tu pandai berlawan..Girl Power okay..Yeehaa.


                                                                                        CHUCK
         Ada satu lagi yang aku perasan bila tengok rupa Yvonne ni..dia seakan-akan serupa dengan Agnes Monica dari Indonesia..Mungkin korang tak nampak apa yang sama..tapi aku macam rasa persamaan nya adalah bila mereka ketawa, tak pun dari segi bentuk muka..Nak kata seiras tu tak la..cuma dalam 20% mungkin sama..Paling best, kalau korang tengok bahagian perut dia..hebat okay..berketul-ketul..konfom lemak pun tak hinggap punya..memang tough la..Caya la..



        Entah apa la yang buat aku rasa muka diaorang sama..mungkin jugak dari sesetengah gaya diaorang macam sama kot..entah la..yang penting dua-dua hebat..Sebab, aku suka character perempuan yang tidak terlalu feminin..

        Lagi beberapa gambar Yvonne Strahovski :

                                                              Sumber: Googles.

        12 Ogos 2011

        Tabiat lama KEMBALI..

        Hurm..rasanya lama jugak ye aku tak ambik gambar sendiri..kalau dulu, bila aku ambik mesti pas tu upload kat FB..nak suruh kekasih hati tengok..ye la..nama pun jauh..hanya ngan gambar terbaru je la untuk mengubat rindu..betul tak..? Dulu rajin jugak ambik gambar..terutamanya ngan member Si Ayin..rajin bebeno..sekarang busy pulak..Eh aku busy apa pulak..? Farmville pun dah tak main lagi..Memang la dah berhenti main..tapi ada game baru kat Fb "Garden of Time"..tu la yang buat aku busy sebenarnya..hehe.^__^.

        Hari ni aku rajin ambik gambar..tiba-tiba rasa nak ambik gambar..tapi rajin untuk hari ni je la..esok tak tahu la macam mana..hehe..

        Photo Of the DAY :



        P/s : Iloveyou MR.Benjey !!.

        11 Ogos 2011

        Rekaan Kasut Yang Unik..

        Manusia memang makhluk Tuhan yang tersangat la kreatif..Tidak pernah gagal dalam memberi gaya rekaan yang terbaru terutamanya dalam berfesyen..sentiasa segar. Apatah lagi kalau rekaan itu sesuatu yang unik yang mana hanya orang yang berani sahaja dapat mencubanya..Anda bagaimana..?


        Terus-terang..semua kasut kat atas memang comel-comel belaka..SOO CUTE!! serius ok..memang ada yang nampak pelik..tapi bagi anda yang menyukai sesuatu kelainan dalam berfesyen. Inilah dia..Nak tahu apa yang membuatkan kasut diatas nampak menarik meskipun ngan design nya yang pelik..? Penggunaan warna pada kasut itu yang membuatkan kasut tersebut nampak segar dan muda..I'm in Love ok..tapi hanya mengucapkan dalam hati sahaja..huhu.

        Lagi gambar rekaan kasut yang unik:
                                                              

        Rekaan sandal ni memang comel..Sandal Berbikini. Meskipun belum pernah nampak lagi kat mana-mana kedai..tapi kalau ada..paling kurang rembat satu untuk dijadikan sebagai koleksi ya tak..? hehe. Nak tahu berapa harga sandal ni..35$..korang convert la dalam RM.

                                                                       Sumber: Googles

        Yang ni rugged giler..Cuba beritahu sapa kah insan yang sanggup memakai kasut ni..aku tabik spring la..bukan apa..nak kata kasut pegi joging bukan pulak..jauh sekali kasut pegi opis..tapi kalau pegi pasar boleh kot..sekali tengok berfungi pulak tang bahagian roda tu.. Haa sesuai la tu bagi anda yang mengejar masa.. :)






        10 Ogos 2011

        Merindui Zaman Rockers..


        Haa..sapa cakap orang perempuan tak boleh nak bawak moto besar cam gini..? dengan baju kurung berbunga-bungi lagi..Dengan helmet yang besar dari kepala..caya la, memang sah bukan aku la tuan punya moto. Macam dalam cerita Hantu Kak Limah Balik Rumah "Nampak sangat menipu"..Setakat ambik gambar pun jadi la..ada jugak kenangan ngan moto besar gini ye tak..hehe.

        Moto tu junior aku yang punya..Gambar ni diambik masa aku masih belajar kat Universiti lagi..Nasib jugak aku tak buat gaya menunggang..agak-agak adala macam minah senget..haha. Bila tengok gambar-gambar lama, rindu pulak ngan member lebih-lebih lagi housemate..Rasa nak letak je suma gambar diaorang..Mana tak nya..setiap gambar tu ada kisahnya tersendiri..sampai tahun depan pun tak abis nak diceritakan..Tapi tengok la..kalau ada angin rajin datang, aku buatla ..kalau tak..nasibla labu. hehe ^___^.