6 Ogos 2011

Merancang Kewangan Untuk Masa Depan..

YANG CERAH lagi BERSINAR-SINAR..haa, dah macam tagline untuk iklan tau..haha. Apa-apa pun merancang kewangan ni bukan hanya ngan membuat senarai apa yang perlu dibeli dan apa yang tak penting sangat untuk dibeli..tetapi lebih kepada perancangan untuk jangka masa panjang iaitu "in case of emergency" bagaimana tu..? dengan MENABUNG..Ye aku tahu akan ada suara gemersik bak buluh perindu akan mengatakan.."Lambat la nak dapat hasil kalau menabung"..Jujurnya memang lambat bagai siput tapi jika berterusan menabung, hasilnya boleh menjadi Menara Kuala Lumpur. Percayalah...

 Ni duit sapa pulak..? siap ada 5sen lagi..Ini adalah tabungan aku beberapa bulan yang lepas..Walaupun jauh tersasar seperti Menara Kuala Lumpur..Asalkan ada serupa Gunung Tahan pun jadila..Aku berniat lepas penuhkan semua tabung baru simpan kat Bank.

Hurmm..nampak gayanya dengan koleksi tabung yang sekian ni, adalah bertahun lamanya aku terpaksa ambik untuk memenuhkannya. Tabung dah ada..apa lagi yang diperlukan supaya kita lebih bersemangat dan berdisiplin bila menabung?



Apa yang anda perlukan hanyalah sebuah BUKU untuk mencatat berapa yang anda berjaya simpan untuk setiap bulan..Abaikan gambar pada buku itu ia..kerana itu adalah kartun kesukaan aku..hehe..

Apa-apa pun banyak faedah yang kita boleh dapat daripada menabung antaranya..:
  • Kes-kes darurat nak bayar hutang PTPTN ka..saman yang melimpah ruah ke..
  • Simpan untuk Majlis kahwin (Memang murni sungguh niat ^__^)
  • Nak beli rumah sebijik ngan kereta nya sekali (Nampak seperti melampau..tapi jika menabung berterusan memang tidak mustahil)
  • Digunakan masa sakit (Yang ni sangat betul..kerana kita tidak selalunya sihat sentiasa)
Bagaimana semua perkara diatas boleh menjadi kenyataan ?..Haa, korang menabung kemudian simpanla di BANK..nanti dah banyak boleh la diguna untuk tujuan seperti tertera diatas..betul tak..?

Kadang-kadang tu aku paham jugak kalau tabung tu tak penuh-penuh dan memang tak boleh nak paksa jugak dia penuh kalau tak ada duit kan.. Jadi macam mana la nak menabung..?

Cara Menabung :

Sekiranya anda seorang pelajar ke tak pun dah bekerja..semua itu boleh diatasi..Macam mana?
  • Kalau berbelanja hanya guna duit kertas SAHAJA..katakan tiada duit syilling atau duit kecik kepada cashier biarpun dia kecik hati lepas tu..jadi baki tu korang boleh la simpan dalam tabung..Betul tak.?
  • Kalau ada kawan yang nak tukar duit syilling untuk duit kertas ngan korang..katakan BOLEH sahaja biarpun duit kertas makin berkurang..erk boleh ke gitu..? Boleh tak ada salahnya..jangan pulak korang memang tak ada duit tapi degil jugak nak tukar..hehe.
Rasanya ini sahaja untuk hari ini..apa-apa tambahan, korang boleh komen kat ruangan komen ye.. ^__^.


4 ulasan:

  1. Terima Kasih Cik wanie Lovela :)

    BalasPadam
  2. waaa.. dulu menabung gak.. menabung2 last2 korek2 semule..

    BalasPadam
  3. Hehe..sy dulu ms sekolah pun cam tu gak..tak dp tengok duit byk sikit.skrg tak lg la..hehe.

    BalasPadam