3 Ogos 2011

Kisah Si Mamai..


Tersangat la dahsyat bila kita mengejutkan orang yang tengah nyenyak tidur..ibarat mengejutkan harimau yang lapar gamaknya..haha..ada-ada je la benda yang tak sepatutnya berlaku..

Kejadian mamai ni berlaku pada petang tadi, tengah aku syok2 tido tiba-tiba terdengar telefon rumah berbunyi. Cepat-cepatla aku bangun nak sambut..tapi abang aku dah terlebih awal pulak menyahut panggilan telefon tu..Pas tu aku tengok jam dah pukul 4..Alang-alang bangun terus jer la jawabnya walaupun mata ni gatal nak sambung tido..

Lepas tu kan, tanpa segan silu aku tutup la pintu macam biasa..Entah angin kus-kus apa ntah aku kunci jugak pintu tu..dah selangkah dua nak turun tangga baru la ingatan waras aku kembali..Aku buat apa ye tadi..?..MAK!!! aku KUNCI pintu bilik la..Macam mana ni..dahla kunci pintu kat dalam bilik..Hah ambik kau nak sangat buat kilang tahi mata..huhu..

Lepas tu..mula la otak aku berpusing 360 darjah mencari idea macam mana nak bukak pintu..nak pakai kapak ke tukul..? Kunci duplicate pulak tak tahu ada ke tidak..Bila beritahu mak..dia hanya kata "PADAN MUKA"..Aik..? itu bukan membantu namanya..kejam..huhu.

Dah habis almari mak aku selongkar gara-gara mencari kunci duplicate..last-last jumpa jugak..kat dalam beg dia..nasibla..Kalau tak jumpa kunci tu..tak ada la menulis blog ni ye tak..hehe..Pengajarannya, jangan tido petang..^___^ Sekian-

Tiada ulasan:

Catat Ulasan