28 September 2011

Berjalan di Hari RABU..

Hari Rabu yang Indah juga hari Rabu yang malang..berjalan berdua bersama teman (Ayin) sambil membawa payung ditangan..Bila dah naik bas sambil berangan tak sudah, tersentak aku dari lamunan rupanya PAYUNG AKU TERTINGGAL kat bus stop.!!!. Aku bukanlah dermawan sampai nak derma payung..haiih..mengeluh pun tak ada guna..sambil tu sempat jugak la aku SMS adik aku dengan harapan kalau dia balik dari sekolah nanti tolong aku tengok-tengokkan kalau payung tu ada lagi..Rasa nak buat lagu "Payungku tertinggal di bus stop" Okay tak? huhu..

Biarpun sedih kerana tertinggalkan payung, tapi sempat jugak la aku ambik gambar skema ditaman bunga..lama jugak rasanya tak ambik gambar..hehe.

Indahnya hari Rabu bila teman (Ayin) belanja lunch di Sugarbun..murah rezeki..terima kasih untuk segala kebaikan awak terhadap saya ye..Saya doakan semoga segalanya berjalan lancar untuk awak dan jugak keluarga..

Perjalanan diteruskan bila dah masuk Shopping Mall..Benda yang tersangatla penting aku nak beli adalah present untuk anak buah Ayin..dan, baru kini aku membelinya..huhu. Apa punya mak cik la aku ni..Hampeh..

Kali ni mata aku tidak lagi begitu rambu ramba memandang pakaian sebaliknya lebih teruja bila melihat accessories..Perempuan2..tak terkata bila melihat semuanya cantik dan rasa nak angkut..kalau tak kuat iman didada memang sah aku turutkan nafsu serakah..Macam berpantun la pulak..hehe.

Comel kan..haiih..tak terkata bila melihatnya..dengan pelbagai corak dan warna, memang rambang mata dibuatnya..dan harga setiap satunya hanyalah RM 3.90..berbaloi2 kan..kan.

P/s: Berita gembira, payung aku sempat diselamatkan oleh adik ku yang otw balik dari sekolah..rupanya tak ada orang pun berkenan nak jadikan payung aku sebagai harta diaorang.

27 September 2011

2 Minggu Lepas.

Banyak perkara yang berlaku sepanjang 2 minggu lepas..yang memaksa aku untuk lupakan online dan blog buat sementara waktu..kerosakan adapter buat kali ketiga benar-benar menguji kesabaran aku. Bezanya kali yang ketiga ini..aku dapat menerima perkara seumpama itu berlaku dengan hati yang terbuka..

Jadi..perkara yang aku lakukan dalam usaha untuk melupakan kesedihan itu adalah dengan menyibukkan diri dengan pelbagai aktiviti..Antaranya ialah :

Menjahit/Quilting



Menjahit/Quilting adalah aktiviti yang paling lama aku tinggalkan..Dari zaman sekolah menengah hinggalah dah graduate masih jugak begitu..Maka, sepanjang tidak online, aku menyambung kembali menjahit. Tak sabar rasanya nak menyiapkannya.

Membaca NOVEL

Membaca novel adalah satu-satunya perkara yang tidak dapat dipisahkan dari aku..Dunia fantasiku yang tidak pernah berubah..sentiasa membuatkan aku merasa bahagia walaupun hanya dengan membaca.hehe.


Mendengar Radio.

Mendengar radio adalah perkara yang paling jarang sekali aku lakukan bila online..ternyata ianya dapat mengubat sedikit sebanyak kerinduan untuk online. Stesen pilihan..SinarFM.

Pada saat dan ketika ini,..aku dapat kembali online dan menulis blog kerana DIA..kekasih hati yang sentiasa menghulurkan tangannya untuk membantu meskipun sudah aku katakan aku dapat menerima perkara yang berlaku dengan hati yang terbuka..

Aku mahu membuatkan orang sekelilingku gembira dan bahagia..ternyata aku tidak mampu..sebaliknya merekalah yang berusaha untuk membahagiakan aku dengan cara mereka yang tersendiri.. sesungguhnya aku terharu..

P/s : Ricky Benjey..terima kasih diatas segala yang awak lakukan..Aku amat menghargainya..Owes lov u.



5 September 2011

4 Hari Tanpa DIA..

Hari ni kekasih hati akan berlepas ke Bangkok atas urusan kerja..Belum apa2 lagi aku dah rindu sangat ngan dia..hurmm..Walaupun hanya pergi untuk beberapa hari, terasa jugak bila berjauhan walaupun cinta kami memang jarak jauh..

Aku masih ingat lagi bila aku pergi ke Brunei selama seminggu sebab kakak aku menetap kat sana. Seksanya jiwa..sebab semenjak handphone aku pakai bil, bila pergi Brunei terus tak ada line. Macam mana nak SMS dan Telefon..? Maka bermulalah episod aku demam rindu..dan memang benar..aku betul2 demam lepas tu. Rupanya bukan aku seorang jer yang demam, kekasih hati pun demam sekali..sampai migrain dia..sehari jugak la dia MC..Hurmm..sedihnya masa tu..nasib jugakla kakak memahami dan sentiasa hulurkan handphone untuk SMS ngan dia..huhu.

Sekarang, kami melalui perkara yang sama sekali lagi..bezanya hanya beberapa hari..nasib tak 2 bulan macam dia training kat China dulu. Mengalir jugakla airmata kerinduan. huhu..

P/s : Mr.Benjey, saya sayang awak sangat2 & plz do tk k of urself orite?..Lov n mz u so much..

4 September 2011

BAB 6 : Kisah Kita.

Final Sem..

Masa berlalu dengan pantas..begitu jugak la dengan kehidupan aku sebagai seorang mahasiswi. Dengan berakhirnya Semester pertama ni, beerti kami mesti gigih mencari rumah sewa untuk semester depan, kerana setakat yang aku tahu hostel hanya disediakan pada semester pertama jer..Apala la nasib.huhu..

Kisah cinta aku pulak..? Ehem, Mr. Benjey masih giat nak ngorat. Dia tak tahu ke yang aku nak final exam ni..? ke buat2 tak tahu..? Masih aku ingat lagi bila dia nak jawapan daripada aku sama ada aku punya perasaan sama seperti dia ataupun tidak..Mak aih..seram sejuk aku rasa. Bukan apa, dah lama aku tak bercinta semenjak zaman sekolah menengah aku tinggalkan.. Jadi pada hari itu (6/5/2008) aku putuskan untuk memberi jawapan kepada soalannya selepas aku abis exam.

9/5/2008 adalah tarikh keramat last exam..Fuhh..dah la subjek Business Law yang paling last..Hampir bersepai jugak otak aku ni memerah idea. Kalau bab merapu tu memang la kepandaian aku..Malah kengkawan aku pun setuju benar. Buktinya, kalau aku dah senyum2 kambing masa buat ujian tu.. ada saja la idea kreatif yang keluar. Nasib korang la lecturer.hehe..

Balik je dari exam petang tu tak sempat menyempat  nak tukar baju, aku terus online dan ajaibnya terus menerus chatting ngan Mr. Benjey. Kuasa apakah yang membuatkan aku gatal sangat nak chatting ni pun aku  tak tahu..yang aku tahu..aku selesa dengan mamat ni. Dan malam itu, aku cipta sejarah..tanpa mandi dan makan..Kenyang ngan berchatting jer..Tahniah Jess..Angau jugak aku rupanya walaupun aku masih tak pasti ngan perasaan aku sendiri.

Cuma yang membuatkan aku cukup sedar bahawa angau aku tu dah melampau adalah bila MR. Benjey mintak no telefon manakala kredit aku pulak dah tamat tempoh..Arrrggghhh !!! kenapa jiwa aku terseksa semacam bila tak ada kredit ni..? Tanpa melengahkan masa, aku berlari kesana kemari macam orang yang mental mencari top up dari bilik junior hinggalah senior..jawapannya..HAMPEH..tak ada top up lagi..huhu. Lalu malam tu, kami hanya layan chatting jer..

Mula ber' SMS..

Keesokkan hari nya..masa pergi jalan ngan kengkawan, benda pertama yang aku buat ialah beli kredit handphone..Tak nak peristiwa semalam berulang lagi. Cukup2 la aku berlari marathon mencari kredit semalam..last2 kecewa. huhu. Kenapa pulak aku nak kecewa sakan ni..? bukan belum declare lagi ke nak bercouple.? hehe..tak ada apa2 la..:0

Malamnya..aku dan Mr. Benjey ber SMS..tiada lagi chatting..Fuhh..dah pandai ber SMS pulak aku ye..kalau bapak aku tahu ni..ada yang kena ceramah nanti. Setiap kali aku dan Mr.Benjey ber SMS, setiap kali tu jugak la anak2 aku tu dok bertenggek nak melihat message kami berdua..Alahai..Asal jer diaorang baca..pas tu gelak ye.? macam ditujukan khas untuk diaorang..Aku apa lagi, layan jugakla..hehe..Jess.Jess..

Bersambung..

3 September 2011

Aku BENCI lelaki itu!!!

Arrrggghhh..Terlebih angin dalam badan..tu pasal la aku hangin semacam ni...Sungguh aku benci lelaki itu. Sampai ke tido pun aku masih sakit hati. Kerana dia, kemain lagi aku sanggup bersengkang mata malam tadi sebab nak tahu ending cerita..Dia memang hero dalam novel tu..tapi watak dia dah nak abis cerita baru keluar..Haa, Apa kes..?

Sakit abdomen aku memikirkan logik disebalik cerita tu..Kemain aku yang mental ni layan jugak cerita tu sebab ingat mesti ada suspen..Haa, ambik kau Jess..suspen betul la tu..Eee, geram Mak Enon dibuatnya. Watak kedua hero paling banyak keluar..last2 tak muncul lagi..Kalau la dalam realiti diaorang ni betul2 wujud..Ada lelaki yang kena lanyak karang..

Yang sedihnya..novel ni buat jiwang aku tercalar dek jalan cerita yang ntah apa2 tapi aku setia jugak melayan..huhu. Memang Happy Ending, tapi heroin kawen ngan laki yang last2 baru muncul wataknya..Uwaaaa..aku pulak yang frust tertonggeng dibuatnya..@_@.


1 September 2011

1st September Photos Collection.

Dengan berbekalkan model haiwan comel yang suka tido..memang memudahkan kerja Snap2 dilakukan..Memang rugi kalau tak ambik gambar dia. Terlalu comel sehingga tak mampu aku nak tolak daripada berlari sepantas Watson Nyambek untuk mengambil kamera..dan kemudiannya..nafas lega dapat aku hembus sebab dia tidak bergerak pun dari posisi comelnya..hehe. Paling penting, dia suka tido dalam bakul pakaian..memang pelik..tapi itu la tabiat dia sekarang..Aku pulak..nak mengasah bakat jadi photographer yang tak berapa nak menyerlah..maka hari ini, terhasilah gambar "Kucing Dalam Bakul"..

Untuk itu, sila layan gambar comel tersebut...