4 September 2011

BAB 6 : Kisah Kita.

Final Sem..

Masa berlalu dengan pantas..begitu jugak la dengan kehidupan aku sebagai seorang mahasiswi. Dengan berakhirnya Semester pertama ni, beerti kami mesti gigih mencari rumah sewa untuk semester depan, kerana setakat yang aku tahu hostel hanya disediakan pada semester pertama jer..Apala la nasib.huhu..

Kisah cinta aku pulak..? Ehem, Mr. Benjey masih giat nak ngorat. Dia tak tahu ke yang aku nak final exam ni..? ke buat2 tak tahu..? Masih aku ingat lagi bila dia nak jawapan daripada aku sama ada aku punya perasaan sama seperti dia ataupun tidak..Mak aih..seram sejuk aku rasa. Bukan apa, dah lama aku tak bercinta semenjak zaman sekolah menengah aku tinggalkan.. Jadi pada hari itu (6/5/2008) aku putuskan untuk memberi jawapan kepada soalannya selepas aku abis exam.

9/5/2008 adalah tarikh keramat last exam..Fuhh..dah la subjek Business Law yang paling last..Hampir bersepai jugak otak aku ni memerah idea. Kalau bab merapu tu memang la kepandaian aku..Malah kengkawan aku pun setuju benar. Buktinya, kalau aku dah senyum2 kambing masa buat ujian tu.. ada saja la idea kreatif yang keluar. Nasib korang la lecturer.hehe..

Balik je dari exam petang tu tak sempat menyempat  nak tukar baju, aku terus online dan ajaibnya terus menerus chatting ngan Mr. Benjey. Kuasa apakah yang membuatkan aku gatal sangat nak chatting ni pun aku  tak tahu..yang aku tahu..aku selesa dengan mamat ni. Dan malam itu, aku cipta sejarah..tanpa mandi dan makan..Kenyang ngan berchatting jer..Tahniah Jess..Angau jugak aku rupanya walaupun aku masih tak pasti ngan perasaan aku sendiri.

Cuma yang membuatkan aku cukup sedar bahawa angau aku tu dah melampau adalah bila MR. Benjey mintak no telefon manakala kredit aku pulak dah tamat tempoh..Arrrggghhh !!! kenapa jiwa aku terseksa semacam bila tak ada kredit ni..? Tanpa melengahkan masa, aku berlari kesana kemari macam orang yang mental mencari top up dari bilik junior hinggalah senior..jawapannya..HAMPEH..tak ada top up lagi..huhu. Lalu malam tu, kami hanya layan chatting jer..

Mula ber' SMS..

Keesokkan hari nya..masa pergi jalan ngan kengkawan, benda pertama yang aku buat ialah beli kredit handphone..Tak nak peristiwa semalam berulang lagi. Cukup2 la aku berlari marathon mencari kredit semalam..last2 kecewa. huhu. Kenapa pulak aku nak kecewa sakan ni..? bukan belum declare lagi ke nak bercouple.? hehe..tak ada apa2 la..:0

Malamnya..aku dan Mr. Benjey ber SMS..tiada lagi chatting..Fuhh..dah pandai ber SMS pulak aku ye..kalau bapak aku tahu ni..ada yang kena ceramah nanti. Setiap kali aku dan Mr.Benjey ber SMS, setiap kali tu jugak la anak2 aku tu dok bertenggek nak melihat message kami berdua..Alahai..Asal jer diaorang baca..pas tu gelak ye.? macam ditujukan khas untuk diaorang..Aku apa lagi, layan jugakla..hehe..Jess.Jess..

Bersambung..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan