Banyak perkara yang berlaku sepanjang 2 minggu lepas..yang memaksa aku untuk lupakan online dan blog buat sementara waktu..kerosakan adapter buat kali ketiga benar-benar menguji kesabaran aku. Bezanya kali yang ketiga ini..aku dapat menerima perkara seumpama itu berlaku dengan hati yang terbuka..
Jadi..perkara yang aku lakukan dalam usaha untuk melupakan kesedihan itu adalah dengan menyibukkan diri dengan pelbagai aktiviti..Antaranya ialah :
Menjahit/Quilting
Menjahit/Quilting adalah aktiviti yang paling lama aku tinggalkan..Dari zaman sekolah menengah hinggalah dah graduate masih jugak begitu..Maka, sepanjang tidak online, aku menyambung kembali menjahit. Tak sabar rasanya nak menyiapkannya.
Membaca NOVEL
Membaca novel adalah satu-satunya perkara yang tidak dapat dipisahkan dari aku..Dunia fantasiku yang tidak pernah berubah..sentiasa membuatkan aku merasa bahagia walaupun hanya dengan membaca.hehe.
Mendengar Radio.
Mendengar radio adalah perkara yang paling jarang sekali aku lakukan bila online..ternyata ianya dapat mengubat sedikit sebanyak kerinduan untuk online. Stesen pilihan..SinarFM.
Pada saat dan ketika ini,..aku dapat kembali online dan menulis blog kerana DIA..kekasih hati yang sentiasa menghulurkan tangannya untuk membantu meskipun sudah aku katakan aku dapat menerima perkara yang berlaku dengan hati yang terbuka..
Aku mahu membuatkan orang sekelilingku gembira dan bahagia..ternyata aku tidak mampu..sebaliknya merekalah yang berusaha untuk membahagiakan aku dengan cara mereka yang tersendiri.. sesungguhnya aku terharu..
P/s : Ricky Benjey..terima kasih diatas segala yang awak lakukan..Aku amat menghargainya..Owes lov u.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan