30 Oktober 2011

Bun Sambal Bilis.


Pergh..masih terbau-bau lagi rasa sambal ikan bilis di lidah ni walaupun malam tadi aku makan..dahsyat tak..? Kata orang, rezeki jangan ditolak. Lagi-lagi bila Bun sambal bilis Gardenia ni TIDAK ADA dijual di Miri. Kenapa..tak percaya.? Seperti lagu Datuk Siti, Percayalah. Kalau ada, hanyalah bread gardenia yang biasa jer. Jadi bila dah makanan selazat ni dah ada didepan mata..apa lagi, nikmatilah ianya dengan penuh kesyukuran. Terima Kasih Ayin & Bro Anep. hehe.


28 Oktober 2011

Oh ya..Bungkusan sudah tiba ?

Ohlalala..Bersimpang siur jantung aku disaat dan ketika ini bila mendapat tahu bahawa bungkusan dari satu online shop akan dijangka tiba pada petang ni..Perasaan aku jangan dicerita, seperti diamuk badai gamaknya Ayat yang sungguh melampau. Nak tahu kenapa..? Kerana ini adalah kali kedua aku beli barang secara online dan menanti barang tu tiba seperti menanti bila nak kahwin pun ada..naik kematu segala organ dalaman..huahuaha..sabar Jess.sabar ye Ayin. hehe.


26 Oktober 2011

Akhirnya DOA kami kau Makbulkan :)

                                                                     Image : Google

Aku selalu berkata kepada diri-sendiri "Bersabarlah, masa itu akan tiba jua" dan ternyata, bila kita bersabar segalanya akan dipermudahkan olehnya..Menanti hampir setahun, hingga suatu saat aku hampir berputus asa. Mujurlah kekasih hati selalu ada disisi memberi kata-kata semangat..Thank You LOVE.

Berkat DOA dari keluarga tersayang, kekasih hati dan teman yang sentiasa disisi..penantianku berbaloi bila mendapat tawaran bekerja dan yang paling mengumbirakan, tempat kerja aku tu hanya 15 minit jer dari rumah jika menggunakan bas..syukurla.

Sebenarnya, aku tamat belajar pada November 2010 dan mendapat kerja juga pada November 2011. Paling penting, Birthday aku jugak pada bulan NOVEMBER. Sesungguhnya, ia adalah suatu kebetulan yang sangat indah. :)

23 Oktober 2011

Kau nak buat apa kalau aku MALAS..?

Haiih..bila la nak rajin kalau dari hari isnin sampai ke hari ahad aku rasa malas nak buat keja.? Penyakit siput mana la yang dah merebak kat badan aku sampai nak buat keja pun malas..tapi kalau bab berjalan tak pun shopping mopping boleh tahan pulak tenaga..mengalahkan orang yang ada minum Tongkat Ali la pulak..

Boleh tolong tak..? Tolong cabut segala siput yang ada kat badan aku nih..Jess.jess. bila la engkau nak menjadi seorang yang dewasa dan bertanggungjawab pun aku tak tahu. Esok dah pegi jalan lagi dengan si Ayin..memang tak bertamadun la korang berdua..asyik nak menyukat jalan aje..Tiba-tiba aku berpikir dari otak yang tak berapa nak cerdik..Aku dan Ayin patutnya masa sekolah bercita-cita jadi penyukat jalan kan..tapi ada gaji tak setiap bulan..? huahuahua..

Dah.dah.aku nak mula buat keja la ni..nanti Mr.Benjey ter-pot-pet kalau dia tahu aku malas2 macam ni..Hurmm, kalau gitu...sebelum buat keja aku nak layan novel sekejap boleh tak..Pleaseeee. :0

21 Oktober 2011

Oh..kucing aku ARTIS rupanya.

Seakan tak percaya tetapi itu lah kenyataanya..tanpa keraguan walau sedikit pun. Fuhh..bukan calang-calang kucing rupanya yang aku bela selama ini..Kembang semangkuk lubang hidung bila melihat gambar mereka..Memang ada banyak persamaan. Tak ada salah silap pun..Tak percaya ?

Kini, aku membuktikan...bahawa :


Kucing aku memang ada bakat terpendam yang baru aku sedari..Hampir serupa ngan gambar kat buku tu kan gambar kucing aku ni..mesti promote sampai meletups ni..ye la, kot-kot dia boleh jadi model untuk kulit buku akan datang ye tak..?

Kalau nak tahu, buku cerita tu aku beli hampir 2tahun yang lepas..tetapi sehingga ke saat ini, hanya separuh je aku dah baca..jalan ceritanya simple jer tapi tak mampu pulak aku nak habiskan..kalau novel...tak yah cerita Nyah..memang sehari suntuk aku baca dengan penuh ketekunan sampai abis..hehe.

20 Oktober 2011

Beruang pun pandai MANDI okay :0


Setelah diconggok-conggok dan dihitung hari bersama bulan..ada la jugak nak dekat setahun lebih diaorang ni tak mandi pagi, petang dan malam..Sungguh tragis tapi itulah kenyataan berani dan benar dari tuan empunya beruang ini iaitu Aku..haha..kesian sungguh aku melihat nasib mereka diampaian..berpanas terik matahari..nasib jugak bulu tidak terbakar..Apala nasib.hehe.

Entah apa la mimpi aku pada malam sebelumnya sehingga nekad untuk memandikan mereka semua yang sememangnya sudah terang lagi bersuluh..berbau hapak..huahuahua..


Atas dasar Prihatin, aku memandikan diaorang bukan didalam bath tub mahupun besen tapi mesin basuh..biarla bulu mereka disental-sental dengan dahsyat..


Keadaan mereka yang bersesak-sesak bila dimandikan..ditambah dengan sedikit pewangi sofltan..Wangi siot diaorang lepas tu..hehe..Sayang korang..Muahx3.

18 Oktober 2011

Bahana Aiskrim di Tengah Hari..


Mak I you, Enaknya sehingga menjilat siku..beli.beli.beli. nak perisa apa ye cik adik manis..? Sini ada jual perisa chocolate, jagung dan chocolate chip..nak strawberi..? yang tu dapatkan sendiri ye..hehe. Kalau makan aiskrim sambil menonton tv ni, mesti terangkat dibuatnya..ditambah lagi ngan cuaca panas terik tengah hari.. "wa konfom lu orang sedang meleleh " sekarang. No worries ye cik adik dan cik abang..saya akan makan bagi pihak korang..hehe.


Kalau dicampur lagi ngan krim chocolate Hershey's ni..bukan terangkat lagi dibuatnya..ke laut la jawabnya..Apa-apa pun selamat menjamu aiskrim..Yeehaa!!.

17 Oktober 2011

Percaya ada CINTA!!!

Oh ya..malam semalam, aku buat homework pasal something..rajin sungguh..tu pun disebabkan terlebih angin kus-kus dalam badan. Macam tak percaya pun ada. Rajinnya mengalahkan budak sekolah yang menduduki PMR gamaknya..tapi dah lepas dah pun atau mungkin jugak nak menduduki SPM yang akan datang..Eh hellooo..korang jangan tak tahu, umur aku ni dah expired date la nak ambik exam tu semua..hehee..jadi kenapa aku rajin..entri yang akan datang aku cerita..kalau aku ingat la...hehe.

Nak dijadikan cerita, akibat rajin yang melampau, aku dah kurang bebeno memberi kasih sayang ngan Facebook aku tu..kalau dulu, tu la nyawa bagi segala organ dalaman..seperti persamaan..

Aku + FB = Hidup aku seperti Pelangi.

Sekarang...

Aku + FB = Tak kisah NYah.


Selepas letih buat homework, aku baca novel..What???..mampus aku kalau kekasih hati tahu. Lalu sebelum tido, aku beria sekata berjanji bla.bla.blah dengan kekasih hati "Paling lewat tido nanti pun dalam pukul 1 pagi..Don't worry ok?"..Ceh..ayat yang langsung tak boleh diguna pakai..baca punya baca..Apa!!! pukul 3 pagi aku habis baca..kerana terkejut beruk, aku pun terjerit seperti beruk..mak aiih..

Kalau korang nak tahu..ini semua salah novel kerana membuatkan aku berterusan membaca sampai abis. Seperti biasa, mata aku akan kembang semangkuk. Tapi kan, memang best siot la..Fuh, watak lelaki dia memang romantik abis..tangkap leleh. Kalau korang ada masa, beli dan baca la ya..penulisnya Ryana Adriana.


P/s : Dear Mr.Benjey, half peace and no war k :)

14 Oktober 2011

Yeay!! Dapat Hadiah dari PADINI.



Pagi tadi baru jer nak kemas rumah, terdengar suara mak memanggil seperti ada benda yang penting aje. Lepas tu dia bagi sesuatu kepada aku..kad cinta dari abang posmen katanya..Abang mana la yang sesat jatuh cinta nih..? Apa-apalah..bila ditengok, ianya hanyalah sekeping kad yang bertulis HAPPY BIRTHDAY. Hurrmm, musykil-musykil..Betul ka untuk aku ni sebab birthday aku lambat lagi..tak pun lawak April Fool tapi dah lepas pun kan..?. Bila tengok kat bahagian belakang..


 Ek eh..memang betul la untuk aku..sebabnya ada nama aku la kat tepi tu..bila dibaca, barulah aku mengerti dan tersangatlah memahami maksud kad itu..tersenyum kambing hingga ke telinga dibuatnya..dapat 30% diskaun pun dah cukup seronok. Lama jugak tak shopping kat Padini. Last shopping dulu pun guna voucher beli jam..lepas tu tak ada lagi..Ni yang buat aku sayang kat Padini sangat2..tak rugi jadi member dia.hehe..Kali ni nak beli apa pulak ye..?





13 Oktober 2011

Trendy Accessories- Kau ada..?

Mana nak ada kalau tak dibeli ye tak..?. Untung jugak punya kawan yang ada online shop, aku pun boleh tumpang sekaki, kembang setaman melihat barang-barang yang baru daripada kasut, beg hinggalah ke accessories. Siapa lagi trendsetter ni semua kalau bukan anak muda remaja..kalau dah baya aku yang tak berapa nak remaja dan tak jugak berapa nak dewasa, memang no komen la jawabnya. hehe..

 Accessories Collection from Kitty Sykes.


Haa..comel kan. Kali ni Kitty Sykes ada menjual cincin, rantai dan jugak anting-anting. Anting-anting belum lagi diupload gambarnya..Kalau korang nak tahu harga setiap cincin dan rantai yang comel tu, bolehla lihat DISINI


12 Oktober 2011

H-Enjoy tak Hengat DUNIA..

Tajuk macam pecah panggung..ala-ala wayang gitu..iye la kalau dah dua orang bujang trang tang tang berjalan, macam mana nak hengat dunia ye tak..? Bujang but NOT available okay. Berjalan kali ni aku lebih bersedia..bawa beg yang lebih besar dari selalu dengan harapan payung kesayangan hamba tidak tertinggal lagi di bus stop. Yang anehnya..macam mana nak tinggal, kalau pergi abang hantar, dan balik pulak sis Ayin yang ambik..Panjang umur mu kali ni payung. Tidak diperlukan walaupun seminit pun.uuuhu..

Berjalannya semalam, tapi baru hari ni update..cerita memang lebih banyak ke belakang berbanding ke depan.. itu namanya mengimbau memori, mengamit kenangan..Apa-apalah engkau Jess.. :)

Seperti biasa, gambar skema di taman bunga..cuma kali ni ditempat yang berbeza..tetapi tetap berlatar belakangkan bunga..Biarkan aku berangan sebentar bahawa itu adalah Bunga Tulip okay..hehe..

Lagi..gambar sebelum keluar rumah..sentiasa sempat :)


Gambar bersama Ayin..memang member kamceng untuk sukat kilometer di Shopping Mall..Cayalah..Wa memang caya sama lu..hehe..


Ayin bersama anak buahnya..comel.comel.comel.kan..? sekarang dia dah suka kawan ngan aku okay..hehe.


Ni dia..comel kan.? Baru berumur setahun sebulan tapi dah pandai berjalan..Hurmm..izinkan aku berangan nak ada anak sendiri ye..Jess.Jess..kawen pun belom..

Bersama Ayin a.k.a MSJ (Member Sukat Jalan)..sehingga ke detik ini..sudah dikira, adalah dalam beratus kilometer jalan telah disukat tidak kira sama ada menggunakan bas mahupun kereta.. Tahniah kepada kita berdua..Yeaaahaa!!!

Sekali lagi, Taman Bunga menjadi saksi jiwang aku..Memang tempat yang best untuk melayan gambar jiwang..hurmm..


8 Oktober 2011

Tidur yang TAK LENA..

Kenapa..kenapa..dan kenapa..?. Entah pukul brapa aku tidur semalam pun aku tak tahu. Yang aku tahu, aku tak dapat tidur..sekali lagi TAK DAPAT TIDUR!! Macam mana la nak tidur kalau siang-siang lagi dah buat bijih timah kat mata..?. Macam-macam cara jugak aku buat supaya mata ni tidur tak jugak dapat..Dari gaya kuak lentang hingga tertonggeng sampai la main game pun tak berkesan jugak. Jumpa bomoh jer tak Jess..jangan merepek boleh ? .Arrghhh tension bebeno aku rasa..

Hasilnya...


Senyuman seindah ZOMBIE dengan mata yang lebam seperti baru kena bantai dengan Along sebab tak bayar hutang.."LU langsi LU mati"..itu kata Along. Kata aku "Lu marah Lu cepat tua, bukan gua".


6 Oktober 2011

FONT #1: Download FONT Comel untuk HEADER.

Setiap daripada kita mesti nak hias header kita cantik-cantik dan paling best kalau ditambah lagi ngan font yang comel..Fuhh meletoop gitu. Untuk itu, kali ini aku nak senaraikan font-font comel yang korang boleh download dan paling penting boleh digunakan untuk header korang nanti..Apa lagi, jom la download font baru untuk header anda.!!

1. New Garden Font- By Billy Argel.


2. LMS Hippy Chick Font- By London's Letters


 3. Amadeus

4. Summer's Cookie Jar Font - SummerNytz








5. Beyond Sky Font- By Billy Argel.


6. Clipz Flowers


7. Flowerhard Becker.


8. Flower 1


9. Sabrina Font- By Fey Production.


5 Oktober 2011

Lafazkan CINTA melalui kad.


Jika anda ada menyukai seseorang tetapi malu untuk menyatakannya secara berdepan, apa lagi lafazkan kata-kata Cinta anda melalui kad..Mana la tahu perempuan akan cair dengan kata-kata Romantis anda..juga pastikan bila menulis, janganlah menggunakan ayat yang bersimpang-siur..cukupla ringkas dan padat tetapi amat mendalam maknanya..Chewah..aku jadi Doktor Cinta ke hari ni..? hehe..

Contoh madah Cinta :

1. Segala yang aku doakan untuk diri telah tercapai 
kecuali,
sebuah impian untuk hidup bersamamu. 

2. I give you 11 roses..one is fake, 
Then I say to you ..
I will love you till the last one dies.

3. If I know what Love is, It is because of you. ( Herman Hesse )

Senarai Short Love Quotes untuk anda :




P/s : Yang sebenarnya, kad ni aku beli semalam, tetapi baru hari ini gambarnya diupload..jika ditanya kenapa aku beli, sudah semestinya aku suka ngan design kad ni yang creative..kiranya ada Wow Factor la. Harganya RM3.80..berbaloi okay. Boleh jugak aku kirim ngan kekasih hati semasa Valentine nanti kan.kan.kan.?  :)



1 Oktober 2011

Khazanah Ladang.

Selalunya setiap hujung minggu, kami sekeluarga akan pergi ke ladang untuk mengambil hasil kelapa sawit.. Banyak benda yang aku temui di ladang selain daripada buah kepala sawit itu sendiri. Bila berada di ladang, hanya satu perasaan yang aku alami..iaitu ketenangan.

Haa, cantikkan pemandangan kat ladang ni..boleh cuci mata sambil kutip biji buah yang gugur..

Sudah semestinya tidak sah rasanya bila pergi ke ladang tanpa ambik gambar..mana la tahu kalau-kalau terjumpa harta karun ye tak..? Itu la padahnya bila fantasi novel menguasai diri..fikiran pun tak berapa nak waras..hehe. Nak tahu apa yang aku jumpa? jengx3..

Kan aku dah cakap..akan ada harta karun yang aku jumpa..nak dijadikan cerita, benda alah ni dengan sopannya melintasi belakang aku tanpa disedari kewujudannya ketika itu..aku tahu pun sebab adik aku yang terjerit kerana terkejut melihat dia..Fuhh..nasib baik bukan benda yang panjang dan menjalar tu limpas..Kalau kat ladang, macam-macam benda boleh jumpa dan aku pernah jugak sekali terserempak..nak terkucil aku dibuatnya..sssssseram.

Menatang ni aku tak tahu apa nama dia..kira unknown species la k..belum buat research lagi. Macam kumbang pun ada..anak tiri dia kot. Apa2 pun, aku tengok dia tak bergerak masa aku tengah kutip biji sawit..jadi aku andaikan yang dia tengah bersedia untuk diambik gambar..maka ada jugak la gambar kenang-kenangan nya di blog aku..kelasss gitu.hehe.

Dan yang ni pulak tempat yang ke berapa ntah untuk loggokkan kelapa sawit..yang pasti, buah yang besar tu bukan aku yang kutip dan angkat ye..tu abang aku punya kerja. Kerja aku yang kat sebelah tu ha..kutip biji yang gugur..lelah siot tau..kutip dari satu pohon ke satu pohon..abis lengan aku berotot..

Pondok yang sedang dalam proses untuk disiapkan..Alangkah seronoknya kalau dah siap nanti..ada jugak la tempat berteduh untuk melepaskan lelah setelah seharian mengutip buah sawit..kerana sebelum ni hanya menumpang berteduh dipondok saudara yang berdekatan..

P/s : Inilah hasilnya bila kita berbudi kepada tanah..Apa lagi, jom la beramai2 menabur budi..hehe.