1 Oktober 2011

Khazanah Ladang.

Selalunya setiap hujung minggu, kami sekeluarga akan pergi ke ladang untuk mengambil hasil kelapa sawit.. Banyak benda yang aku temui di ladang selain daripada buah kepala sawit itu sendiri. Bila berada di ladang, hanya satu perasaan yang aku alami..iaitu ketenangan.

Haa, cantikkan pemandangan kat ladang ni..boleh cuci mata sambil kutip biji buah yang gugur..

Sudah semestinya tidak sah rasanya bila pergi ke ladang tanpa ambik gambar..mana la tahu kalau-kalau terjumpa harta karun ye tak..? Itu la padahnya bila fantasi novel menguasai diri..fikiran pun tak berapa nak waras..hehe. Nak tahu apa yang aku jumpa? jengx3..

Kan aku dah cakap..akan ada harta karun yang aku jumpa..nak dijadikan cerita, benda alah ni dengan sopannya melintasi belakang aku tanpa disedari kewujudannya ketika itu..aku tahu pun sebab adik aku yang terjerit kerana terkejut melihat dia..Fuhh..nasib baik bukan benda yang panjang dan menjalar tu limpas..Kalau kat ladang, macam-macam benda boleh jumpa dan aku pernah jugak sekali terserempak..nak terkucil aku dibuatnya..sssssseram.

Menatang ni aku tak tahu apa nama dia..kira unknown species la k..belum buat research lagi. Macam kumbang pun ada..anak tiri dia kot. Apa2 pun, aku tengok dia tak bergerak masa aku tengah kutip biji sawit..jadi aku andaikan yang dia tengah bersedia untuk diambik gambar..maka ada jugak la gambar kenang-kenangan nya di blog aku..kelasss gitu.hehe.

Dan yang ni pulak tempat yang ke berapa ntah untuk loggokkan kelapa sawit..yang pasti, buah yang besar tu bukan aku yang kutip dan angkat ye..tu abang aku punya kerja. Kerja aku yang kat sebelah tu ha..kutip biji yang gugur..lelah siot tau..kutip dari satu pohon ke satu pohon..abis lengan aku berotot..

Pondok yang sedang dalam proses untuk disiapkan..Alangkah seronoknya kalau dah siap nanti..ada jugak la tempat berteduh untuk melepaskan lelah setelah seharian mengutip buah sawit..kerana sebelum ni hanya menumpang berteduh dipondok saudara yang berdekatan..

P/s : Inilah hasilnya bila kita berbudi kepada tanah..Apa lagi, jom la beramai2 menabur budi..hehe.

2 ulasan:

  1. laa, saye salu gak g kebun sawit camtu .. hehe jemput singgah sini jugak okayy .. =)

    Personal : Awak Yang Terbaik Pernah Saya Jumpa !

    BalasPadam
  2. Hye Khairul :)seronokkn g kebun sawit..neway,nnti sy singgah ye ke blog awak.

    BalasPadam