Oh ya..malam semalam, aku buat homework pasal something..rajin sungguh..tu pun disebabkan terlebih angin kus-kus dalam badan. Macam tak percaya pun ada. Rajinnya mengalahkan budak sekolah yang menduduki PMR gamaknya..tapi dah lepas dah pun atau mungkin jugak nak menduduki SPM yang akan datang..Eh hellooo..korang jangan tak tahu, umur aku ni dah expired date la nak ambik exam tu semua..hehee..jadi kenapa aku rajin..entri yang akan datang aku cerita..kalau aku ingat la...hehe.
Nak dijadikan cerita, akibat rajin yang melampau, aku dah kurang bebeno memberi kasih sayang ngan Facebook aku tu..kalau dulu, tu la nyawa bagi segala organ dalaman..seperti persamaan..
Aku + FB = Hidup aku seperti Pelangi.
Sekarang...
Aku + FB = Tak kisah NYah.
Selepas letih buat homework, aku baca novel..What???..mampus aku kalau kekasih hati tahu. Lalu sebelum tido, aku beria sekata berjanji bla.bla.blah dengan kekasih hati "Paling lewat tido nanti pun dalam pukul 1 pagi..Don't worry ok?"..Ceh..ayat yang langsung tak boleh diguna pakai..baca punya baca..Apa!!! pukul 3 pagi aku habis baca..kerana terkejut beruk, aku pun terjerit seperti beruk..mak aiih..
Kalau korang nak tahu..ini semua salah novel kerana membuatkan aku berterusan membaca sampai abis. Seperti biasa, mata aku akan kembang semangkuk. Tapi kan, memang best siot la..Fuh, watak lelaki dia memang romantik abis..tangkap leleh. Kalau korang ada masa, beli dan baca la ya..penulisnya Ryana Adriana.
P/s : Dear Mr.Benjey, half peace and no war k :)
novel yang awak baca tu mmg best!!:)...aku pun penah baca novel tu...janji dengan gf tido awal...tp aku tido lewat...hahaha
BalasPadam