30 Oktober 2012

DIY: Accessories Holder.

Oh my October!!..kita dah sampai ke penghujung October now guys..For me..this was a great October ever..why? Rezeki murah dibulan October, Idea yang mencurah-curah untuk DIY project..and the most important is..31 October adalah Birthday my belove friend.Yeay!! Bagi anda yang selalu menjenguk Blog p.s:iloveyou..thank you so much..you guys are my inspiration..:)

And heyy..today ada lagi Diy project yang aku nak share. Very simple and hope you guys like it...Honestly, aku memang suka bab bertukang ni walaupun hasilnya mungkin biasa sahaja but yess I'm really enjoy it..guess what..? ianya adalah Accesories Holder!. Dah lama bermimpi dan berangan nak satu.huhu..kalau beli kompom mahal terutamanya yang ada design comel-comel tu..Its okayy, bila kita tak mampu nak beli satu..kenapa kita tak cuba buat sendiri walaupun mungkin hasilnya jauh berbeza..yang penting dah ada satu pun dah puas hati. Am I right?

Inilah dia Accessories Holder yang aku dah buat..sangat simple dan biasa-biasa sahaja sebenarnya..yang penting dah ada tempat untuk gantung accessories..Honestly, aku bukan pengumpul tegar untuk rantai dan gelang..malah itu adalah benda yang hanya akan dibeli bila ada function tertentu sahaja..lainlah kalau accessories anting dan cincin..tapi mesti jugak nak organize dia kan..so what do think guys? okay tak?

Bahan yang diperlukan untuk buat Accesssories Holder ni pun tak banyak jugak sebenarnya..Jom check it out apa yang kita perlukan.

Bahan-bahan yang diperlukan: 


Kalau nak tahu mana aku dapat kayu tu..actually masa balik kampung hujung mingggu hari tu..aku tawaflah sekeliling rumah kot-kot ada harta karun yang aku boleh jumpa dan guna..lepas tu, ternampak la kayu bulat tersebut dan terpikir nak buat apa dengan kayu ni? hanya bila dah sampai rumah baru ada idea..nasib baik sempat bawa balik, kalau tak dah berasap dijadikan kayu api..Hmm..nampaknya aku dah menyelamatkan nyawa sebatang kayu..hmm.terharulah sangat.peace!


Cara-cara Membuat:


 Step 1: Mula-mula, korang mesti paku kat bahagian tengah-tengah kayu tersebut dengan alasnya..supaya seimbang. Pastikan hasilnya seperti gambar kedua tersebut..kalau tiba-tiba korang memaku kayu tersebut dan dapat hasil yang berbeza..errr itu tak dapat den nak membantu..


 Step 2: Memandangkan aku mengunakan sekurang-kurangnya 3 warna, maka aku buat penanda dengan menggunakan cellotape sampai kat bahagian mana aku nak warna kayu tersebut..Macam kat gambar diatas, aku guna warna hitam dahulu dan hasilnya seperti gambar dibawah tersebut.


Step 3: Langkah yang berikutnya ialah, warnakan bahagian yang seterusnya dengan warna pilihan korang sendiri. Kalau dah, lekat penanda pada warna hitam dan merah seperti gambar diatas untuk mewarna ruang kosong kat bahagian tengah-tengah kayu. Boleh jugak kalau nak warna merah sahaja..tetapi aku guna warna lain sebagai penanda untuk kayu tersebut jadi taklah gelap abis je kayu tu nanti.


 Step 4: Haa..inilah masanya korang buat hiasan sikit kat kayu tersebut..aku suka yang simple jadi, aku hanya lekatkan sticker bling-bling yang sepatutnya lekat kat handphone kat bahagian tengah kayu tersebut..wah, sangatlah ekonomi..semuanya barang recyle..hehe.


Step 5: Okayy guys, sekarang hanya tinggal bahagian tapak kayu tu sahaja yang perlu di cat, jadi korang catlah bahagian tapak tu dengan warna pilihan korang okayy?

Hasilnya...

Haa..dah siap pun..Untuk langkah yang terakhir..korang pakulah kat mana-mana bahagian kayu tu dan kalau boleh, nak warnakan paku tu pun boleh jugak..Alahai..dah macam pokok pula aku menengokknya..hehe..so guys, okay tak..?

Now..korang pun dah buat untuk diri-sendiri jugak..Gudluck guys!! :p

28 Oktober 2012

DIY:Colour Your Mug Holder.

Hye korang!! What a wonderful weekend bila idea datang mencurah-curah tanpa dipinta..selalunya aku tak terpikir mahupun berfikir pun apa yang aku nak buat..tapi bila tak terpikir nak buat apa-apa tu lah selalunya terasa nak buat itu dan nak ubah yang ini lah..Oh my Idea!!..Nak tahu kali ni aku nak buat apa pulak? Its a Mug Holder!. 

Sebenarnya Mug Holder ni diperbuat daripada kayu dan ianya memang dah lama dibeli..cuma bila ianya digantung kat dinding dapur, serba tak kena sebab ianya tak ada warna dan nampak tak ceria je..jadi aku tiba-tiba teringat yang adik ada watercolour..pikir punya pikir rasa nak mewarnanya la pulak..tetapi boleh ke? menjadi ke nanti?

And yess..ianya menjadi.! kalau diikutkan planning asal, aku nak buat colourful tetapi yang colourful tu buat untuk bilik oklah kot..Then nak padankan warna hijau dan kuning supaya warnanya lebih outstanding..nasib baiklah teringat yang warna dapur pun kuning jugak..Lepas tu nak tukar pergi warna Sky Blue..macam serba tak kena pulak warna sky blue nya..last-last guna je lah warna dark green dan yellow green..abis cerita..So, what say you guys?

Now, kita proceed kepada bahan-bahan yang akan digunakan..tak banyak bahan yang kita nak guna untuk colouring mug holder ni sebenarnya..kalau korang memang dah ada bahan untuk mewarna lagilah bagus..tapi jangan pula guna pensel warna..kang seminggu pun belum siap lagi mug holder..pensel warna pula dah sependek ibu jari..macam mana tu..?hehe..


Bahan-Bahan yang diperlukan: 



Okay, ini adalah warna yang aku gunakan untuk mewarna mug holder..Warna yang aku gunakan adalah macam yang korang boleh tengok kat gambar atas iaitu Green dan Yellow green.

Bahan pun dah ada, apa lagi bolehlah kita mulakan pertandingan mewarna..Oh No!!..dah macam mengimbas kembali zaman tadika la pula..Jujurnya aku memang failed bab mewarna..Apa-apa pun, aku terima hakikat itu dengan hati yang terbuka..nasib baiklah mug holder ni hanya warna ikut bentuknya je..fuhh..berpeluh tangan bila pegang berus cat.

Cara-Cara Membuat: 

 Step 1: Mula-mula, korang warnakan bahagian bawah Mug Holder tersebut dengan warna pilihan korang sendiri dan paling penting buat dengan berhati-hati serta penuh kasih sayang. Hasilnya korang boleh tengok kat second picture tu..Yang tu kiranya Fasa Pertama sudah selesai..


Step 2: Fasa Pertama dah pun selesai..seterusnya, korang warnakan pula bahagian atas mug holder yang kosong dengan warna pilihan korang sendiri..Untuk memudahkan korang mewarna, pastikan cara korang mewarna tu adalah lurus dari atas kebawah ye..ikut garis kayu tu.


Hasilnya..

Mug Holder dah siap diwarnakan..So, how is it look like? okayy tak? now cuma tinggal nak warnakan bahagian bulat tu jer..can we make it colourful? Of  Course you can! :p


Okayy..now tinggal yang bulat lagi untuk diwarnakan..korang boleh warnakan dengan warna yang pelbagai supaya ianya nampak ceria..:)


 
And yeayy! Mug Holder dah siap diwarnakan..Next time nak buat colourful mesti bestkan then simpan kat bilik sebagai penyangkut baju..Oh My..can't wait to do it!..so guys.guys..GudLuck okayy?


24 Oktober 2012

DIY: Ribbon Bracelet.

Hye There!!..few days tak update sebab busy and yess memang everyday pun busy with this DIY and that DIY..and guess what..? today aku nak share salah satu Diy yang aku dah buat iaitu "Ribbon Bracelet" dan seperti biasa got pictures and tutorial for you to follow if you want to do it for yourself..yeayy! Lepas ni bertambahlah lagi satu accessories korang ye..:0


Inilah dia Ribbon bracelet yang aku dah buat..simple and yess anda pun dah boleh buat satu juga untuk diri sendiri.


Dah excited nak cuba buat tak..? How about kita tengok dulu bahan-bahan yang diperlukan untuk membuat Ribbon Bracelet ni.

Bahan-Bahan yang diperlukan :

Sekiranya anda dah sediakan bahan-bahan yang diperlukan seperti gambar diatas, then kita patut pergi kepada cara-cara untuk membuatnya okayy?


Cara-cara Membuat: 


So far dapat ikut tak..? Simple je kan caranya..Yang penting korang ulang cara yang sama tersebut sehinggalah ke hujungnya okayy? 
Panjang Ribbon tu pulak depend ngan korang..kalau setakat buat gelang rasanya tidak perlu terlalu panjang dan lebih bagus jika korang sukat dulu panjang reben tersebut kat pergelangan tangan korang dulu..


Beginilah rupanya Ribbon Bracelet korang nanti selepas dimasukkan dari pandangan depan dan belakang..


Dan inilah hasilnya..simple and easy to make..As usual Gudluck guys!! :)

21 Oktober 2012

DIY: Jahit Manik di Baju Kurung.

Hye bloggers!! Happy Weekend to you all..mesti ada yang busy hangout with friend or spending quality time with family kan..? Aku pulak busy with another Diy Project..as usual, tangan ni tak dapat kalau tak buat something. Yesterday busy with jahit manik kat baju kurung..corak yang sangat simple and korang pun mesti dapat buat punya..and yess, I love to share whatever Diy project that I do with you all guys...Sharing is caring kan? :)

Inilah baju kurung yang dah dijahit manik..simple kan? What say you guys..?


Ini pulak adalah rupa bahagian leher baju kurung sebelum dijahit manik..nampak kosong kan? Baju kurung plain macam ni memang sesuai sangatlah kalau nak tambah hiasan manik sebab hiasannya akan lebih outstanding..tapi aku prefer corak yang simple..kalau nak buat corak yang sarat tak berapa sesuai..lainlah kalau baju kurung moden.

Hendak dijadikan kenangan cerita, sementelah sesuai benarlah manik yang sedia ada dengan warna baju kurung..warna manik pulak hijau bling-bling gitu..elok benarlah jika dijahit kat baju kurung kan..kalau guna warna lain takut terlebih outsatanding la pulak..kira okay-okay lah warna hijau dia.

Untuk menjahit manik kat baju kurung ni tidaklah sesukar mana dan aku pasti korang dapat ikut punya dia punya step and I'll try to make it as simple as I can..so you all boleh paham..Boleh kita mula sekarang..? Oritee..

Bahan-bahan yang diperlukan:
i. Jarum dan Benang.
ii. Manik.



Cara-Cara Membuat:





Inilah hasilnya bila kita dah jahit manik di keseluruhan leher baju kurung tersebut..So far korang dapat ikut tak..? Tapi kan, ini baru sahaja lapisan pertama..sebab corak dia tak berapa nampak..bagi yang buat lapisan pertama macam ni pun dah puas hati, boleh jugak kalau jahit sampai kat sini sahaja. Tapi aku lebih suka kalau hiasan manik kat baju kurung ni nampak lebih padat tapi masih dengan corak yang sama. cara jahitannya masih jugak sama seperti lapisan pertama tadi..




Inilah hasilnya jika dilihat dari pandangan sisi..nampak lebih padat kan berbanding dengan lapisan pertama tadi..


 Sebelum ni kalau korang perasan, baju kurung ini pernah aku jahit manik jugak kat bahagian lehernya..tetapi nampak biasa sahaja..lepas tu kena rombak entah yang keberapa kali..Aku jugak pernah buat entry dengan menggunakan baju kurung ni..korang boleh lihat kat SINI.

So guys, as usual Gudluck Okayy!!..Hopefully this entry help u alot kalau nak jahit manik kat baju kurung tapi dengan cara yang paling simple..and yess, Happy weekend okayy!


19 Oktober 2012

DIY: Deco Your HeadBand!!

Hye korang..Apa khabar? sihat tak? wahh mestilah sihat kan..sangat teruja sebenarnya today sebab ada another Diy Project yang aku nak share dengan korang..which is deco your Headband!!..girls mesti suka kan kalau bab accessories ni..kira favorite la gitu..so do I..yippie!!.

Hari ni aku nak share cara-cara hias headband yang paling simple and yess korang jugak boleh try ikut step-stepnya okaay?

Ini adalah headband yang dah siap aku buat..simple kan? don't worry, korang pun boleh buat headband untuk diri-sendiri jugak nanti..malah lebih comel lagi..So, are you excited..?

Seperti biasa, bahan-bahan yang diperlukan ialah:
1. Headband kosong
2. Reben (Untuk balut headband)
3. Hot Melt Glue Gun
4. Diamond (Untuk Hiasan)
5. Bow Ribbon (Untuk bahagian atas headband)

Korang dah sediakan bahan yang diperlukan untuk hias headband? Kalau dah..Good. Can we move to another step..?

Cara-cara Membuat:

1. Dengan menggunakan hot melt glue gun/double tape, lekatkannya pada bahagian hujung reben anda. Kemudiannya, hujung reben yang dah diberi gam tersebut akan dilekatkan kat hujung headband anda.


 2. Okayy, dah lekatkan gam/double tape kat reben tu then lekatkan kat hujung headband..? berbelit pulak ayat den..harap korang paham la yee.peace!. Seterusnya, lilitkan reben tersebut kat headband tu sampailah ke hujungnya okaay..?


Dan ini adalah hasilnya..kira dah separa siap la headband ni ye..Sekarang cuma tinggal nak hias bahagian atas lagi. So far, korang paham tak?



Untuk hiasan headband ni, korang boleh lekatkan Bow Ribbon diatasnya guna Hot Melt Glue Gun..before ni, aku ada buat DIY Ribbon..jadi korang bolehlah ikut step-step tersebut kalau nak buat Bow Ribbon ni..

Dah lekat Bow Ribbon anda? Last but not least, korang boleh lekatkan diamond kat tengah-tengah ribbon tersebut..


Yeayy!! Headband dah pun siap..korang pun boleh lihat hasilnya dari pandangan depan dan juga sisi..simple kan? now korang pun dah boleh buat satu..Gudluck guy!!




17 Oktober 2012

DIY: Custom made HairClip.

Memang minggu ni aku sibuk memanjang dengan DIY projek dari Ribbon sampailah ke Diy Dress. Seronok apa bila kita dapat buat benda yang memang kita minat sesangat and yess no stress..Am I right?

So today..another DIY yang aku nak share ngan korang adalah buat hairclip atau dalam bahasa ibunda "Sepit Rambut." Girls memang suka ngan accessories macam ni..boleh penuh satu bakul lagi tu kat dalam bilik walaupun sah-sah tak semua pun diaorang pakai..Ehemm.macam kena kat batang hidung sendiri la pulak..Tapi best apa kalau ada banyak koleksi..boleh tukar-tukar pakai and mix match lagi kan.? statement cuba melindungi diri la tu.



 

So, ini adalah hairclip yang dah siap aku buat..okayy tak? sangat simple..lepas ni aku akan kongsikan cara-cara untuk membuatnya.


Bahan-bahan yang diperlukan untuk buat sepit rambut ini ialah:
Sepit Rambut yang kosong, Hot Melt Gun, Kain jenis jarang, dan Manik.




Cara-cara membuat:


1. Mula-mula korang buat bentuk bunga terlebih dahulu kat kain jarang tersebut dan gunting. Bentuk bunga tu, korang boleh jugak buat lakarannya kat kertas terlebih dahulu dan buat bentuk bunga tu paling kurang dalam 6 keping ye. Dalam masa yang sama, masukkan manik yang berwarna putih kedalam benang.

2. Bunga yang korang dah gunting tadi tu dilipat kepada 2 bahagian, untuk mendapatkan hasil yang lebih baik..bunga tersebut boleh dilipat sekali lagi kepada 2 bahagian dan kemudiannya guna Hot Melt Gun untuk melekatkan bunga tersebut diatas sepit rambut..dan ulang sehingga kesemua 6 keping bunga tersebut dilekatkan.

3. Seterusnya, manik yang dah korang masukkan benang tadi boleh dilipat kepada 3 bahagian dan lekatkannya diatas kain jarang yang dah dilekatkan terlebih dahulu tadi..

4. Last but not least, korang boleh lekat apa-apa hiasan kat hujung sepit rambut tadi..seperti yang korang boleh lihat kat gambar Step 4 tu, aku lekatkan bunga roses yang dibuat dari reben.

So far korang dapat ikut tak..?

Dan ini adalah hasilnya..


Okaay tak..you guys like it..? So now, korang pun dah boleh buat hairclip sendiri..glad that I can share it with you guys. Gudluck ya!!




16 Oktober 2012

DIY: Transform your old dress to a new fresh look!

Happy Tuesday guys!..

Korang kenal tak dengan Hatta Dolmat?..ala yang designer baju/dress yang cantik-cantik tuu..especially baju pengantin..lawa kan? Pernah terfikir tak.. nak deco baju korang macam yang dia buat tu..? Seriously dia memang kreatif kan..seperti ada sentuhan ajaib pada setiap dress yang dia design and yess he inspired me alot.

So today aku nak share dress lama yang telah diberi nafas baru..dengan  menambah sedikit hiasan pearl kat bahagian leher walaupun ketara boleh dilihat ketidakseimbangan disitu..tetapi secara peribadi hasilnya sangat memuaskan hati sebab nak buat hiasan kat bahagian leher tu..percaya atau tidak telah melalui 4 siri rombakan..memang poning lalat jugaklah dibuatnya..



And yess..Ini adalah dress yang dah siap..what say you guys?



Ini pulak dress asal yang plain tanpa hiasan..quite boring is it ? Tu pasal la tangan aku tersangatlah gatal nak buat hiasan kat dress ni..

So..korang dah pun lihat transformasi dress lace daripada kosong tak ada hiasan kepada ada hiasan kan..?So now aku nak share sikit macam mana aku membuatnya..Can we start now..? Haiyaai Captain!

Bahan-bahan yang kita perlukan untuk membuat hiasan kat bahagian leher dress ni adalah seperti Jarum dan benang, manik serta pearl.

Cara-cara membuatnya: 


Sebenarnya aku tak ada step-step tertentu mahupun jalan kerja untuk korang ikut sebab masa aku menjahit hiasan kat bahagian leher dress ni, aku tak ada buat lakaran terlebih dahulu dari segi nak buat bentuk kat leher tu macam mana..cuma yang aku nak kongsikan bersama ialah aku menjahit hiasan ni secara melengkung dan kemudian penuhkan setiap ruang yang dah dibuat secara melengkung tu supaya nampak padat..

Last-last bila tengok balik, ianya lebih kepada bentuk daun..bentuk yang biasa dan aku rasa korang pun boleh buat..sebelum ni aku ada buat DIY jahit manik kat baju kurung..tetapi memandangkan semua post DIY dah kena delete..aku akan buat sekali lagi nanti.huhu..mungkin dengan lebih detail berserta step-stepnya..bolehlah korang pratikkan kat mana-mana dress korang nanti kan?






15 Oktober 2012

DIY: Ribbon oh ribbon.


Happy monday guys! Pernah tak korang terpikir especially girl lah..nak ada ribbon hairclip sendiri..you yourself choose the material then design ikut citarasa sendiri ker..ada tak? sebab kalau beli kat kedai, kadang-kadang ada yang berkenan dihati, tapi harga mahal..kan?

So, hari ni aku nak buat tutorial cara membuat reben..ianya sangat mudah, kira basic punya la.I believe you all boleh ikut punya. Orite, First of all..mestilah kita nak tahu bahan-bahan yang akan digunakan untuk buat reben kan..

Here you go,

Bahan-bahan yang diperlukan.:
Kain untuk buat reben, gunting, jarum dan benang, pembaris dan pensel.


Cara-cara membuat:

1. Pertama sekali, korang gunting kain untuk buat reben. Then, kain tersebut dilipat 2 dan kemudiannya buat penanda kat bahagian tengah-tengah kain untuk memastikan bahawa panjang kain tersebut adalah seimbang.

2. Dah buat penanda kan? Lepas tu, korang lipat kain tersebut diantara satu sama lain..Pastikan kain yang dilipat itu diantara penanda yang dibuat tadi okayy?

3. Seterusnya, jahit bahagian tengah kain yang dah dilipat tadi sehinggalah ke bahagian hujung.(Buat jahit kelim ye..)

4. Dah jahit,..?Anda boleh tarik secara perlahan-lahan benang yang digunakan untuk menjahit tadi. Pastikan rupa kain tersebut seperti gambar Step 4 diatas yang mana kain tersebut kelihatan seperti mengecut/shrink.. 

5. Rupa ala-ala reben dah kelihatan pada kain yang dijahit tadi..seterusnya gunting kain dalam ukuran kecil dan lipat kepada 2 bahagian.

6. Kain yang dilipat kepada 2 tadi kita akan jahit pada bahagian tengah reben..jahit kain tersebut dibahagian belakang reben supaya nampak lebih kemas.

Dan hasilnya..Tadaaa...


Dah siap pun..simple but nice..reben dah siap..Kalau nak reben tersebut dijadikan sebagai klip rambut, anda cuma perlu beli Aligator clip dan lekatkan dibelakang reben tersebut..naa, mudah kan..? Now you all pun dah boleh buat untuk diri-sendiri..Gudluck guys!!

P/S: korang mesti tertanya-tanya..kenapa erk aku buat tutorial ni lagi..bukan dah ke?Actually something bad happen..habis semua DIY kena delete..huhu..:(