12 Oktober 2012

Minggu yang Super Duper busy!

Ohh My Life..! yang sesangatlah banyak karenahnya minggu ini..bermula dengan menghadiri temuduga, melawat sedara kat hospital sehinggalah mengerah tenaga untuk membuat keychain yang telah diorder oleh kawan-kawan adik and.and plus my "DIY project"..memang tak pernah sunyilah hidup ini walaupun seminit..but.no complaining because I'm enjoying this busy-ness moment..pergghh.ayat orang putih celop mana la aku dapat tuu..?haha.

Menghadiri temuduga dan ditemuduga bukanlah perkara yang bestt.seluruh ginjal akan berhenti beroperasi seketika bila dapat tahu "Cik, sila datang untuk temuduga esok jam 9 pagi disekian-sekian tempat" Apa? esok pagi nya (Selasa) temuduga..tengah hari ni (Isnin) diaorang telefon.? Ohhh my Nervous!! nak prepared ke mende kalau dah last minute macam ni..tiba-tiba aku rasa dunia kelam seketika ker aku dapat darah tinggi..?syuhh.syuhh..simpang malaikat 44..

Bila masa temuduga itu tiba...

Percaya dengan kepercayaan karut rekaan sendiri sebab last time dapat kerja pakai baju kurung ni..sekarang pergi interview pun pakai baju kurung yang sama..percaya la sangattt..:0

Masa interview tu, tak pulak nervous seperti masa terima panggilan semalamnya..kenapa erk..? mungkin aku dah simpan segala organ nervous kat rumah kot..atau aku dah tak ada perasaan langsung didada bila awal pagi datang tu, aku dapat tahu bahawasanya "aku adalah individu pertama yang akan ditemuduga.." Aahh Indah sungguh hari yang aku lalui pada hari tersebut..perasaan yang tinggal hanyalah nak muntah hijau dan cirit-birit..Tapi yang paling aku tak boleh sembunyikan bila masuk tandas..adalah apabila dengan sudah terang lagi bersuluh bila basah dibahagian ketiak baju kurung..wahh syabas! itu memang tanda yang aku memang tak sabar nak kena panggil..kuss semangat..tup.tup lepas tu mak cik kat urus setia bagi tahu akan interview 3 orang sekaligus..ada debat ker pasal isu negara? memang heran tapi tak juga nak heran sangatt..apa-apa pun segalanya berjalan dengan lancar walaupun agak skema juga segala jawapan. Bila dikenang balik..rasa nak tergelak pun ada..kenangan oh kenangan..haha.

Hari yang seterusnya kami sekeluarga mendapat khabar berita bahawa saudara terdekat masuk hospital sebab bayi dalam kandungannya meninggal dunia akibat lemas kerana tekanan darah si ibu sangat tinggi. Memang sangat bahaya dan memaksa doktor untuk menyelamatkan hanya satu nyawa sahaja. Takziah buat mereka..hurmm.bila dikenang balik, orang yang dah berkahwin..nak segera dapat anak tak dapat..tapi orang yang buat maksiat tanpa ikatan sah senang pulak..itulah kehidupan. Mungkin ada hikmah disebalik apa yang berlaku dan hanya Tuhan sahaja yang tahu..

Walaubagaimanapun..apa yang berlaku tidak mengurangkan walau seinci pun kesibukkan aku malah menambahkan lagi dengan berinci-inci sibuk adalah lepas tu.. menerima tempahan keychain dari para kengkawan adik..syukurlah ada juga rezeki di bulan oktober..I love you October!!





4 ulasan:

  1. Amirol:Thanks ya!will follow u back :)

    BalasPadam
  2. done follow you.. jemput follow back...
    i ade blog.. follow both ya.. hee :)

    http://boutiquediyana.blogspot.com/

    http://productacaiberryku.blogspot.com/

    BalasPadam