9 November 2012

DIY: Mustache T-Shirt!!

Ohh No..!! Finally dapat jugak aku jahit bentuk Mustache kat Plain T-Shirt ..Mula-mula nak guna kain, then jahit kat baju..tapi tak nak ambil risiko memandangkan tahap menjahit aku setakat suam-suam kuku jer..oh sadiss.! Jadi aku ambik keputusan untuk mengggunakan manik jer sebab hanya tu je yang aku tahu buat masa sekarang ni..jadi tak jadi korang nilailah sendiri yee..Oh Mustache punya pasal..

Excuse Me, tumpang tanya..ada nampak bentuk Mustache kat T-Shirt saya tak ? Ada? haa..itulah dia Diy Project aku yang terbaru..kali ini betul-betul bentuk mustache okayy plus ada klon misai kucing sikit..haha..

Mana mana aku buat bentuk mustache ni then jahit kat plain T-Shirt..ianya bukan satu kerja yang mudah, tapi tak adalah sukar mana sampai tergeliat tulang belakang atau terkehel ibu jari dan kaki semasa membuatnya..itu dah tahap tak boleh dimaafkan..tak ada kaitan langsung..(sila abaikan)

Bahan-bahan yang diperlukan:

Apa yang kita perlukan untuk menjahit manik bentuk mustache kat plain T-shirt ni ialah:

1. Baju T-Shirt yang kosong: Itu sudah semestinya..Tolong jangan copet/ambik secara sengaja dengan adik mahupun mak punya ye sekiranya anda tak ada T-shirt plain..Tak kisahlah warna apa pun, janji plain ye?

2.  Manik Berwarna Hitam: Ini adalah bahan utama yang sangat-sangat diperlukan selepas Plain T-Shirt. Kalau baju T-shirt korang bukan berwarna putih..Contohnya warna hitam ke..beli la manik yang berwarna putih..yang penting warna manik kontra ngan T-Shirt dan bentuk Mustache boleh dilihat..Oh ya..guna saiz manik yang besar sikit okayy..jadi, taklah lama sangat nak buat dan paling penting bentuk mustache dapat dilihat dengan jelas.

3. Bentuk Mustache: Haa..ini pun penting jugak..korang nak jahit bentuk apa kalau tak ada buat/lukis dulu bentuk mustache.? Lebih mudah kalau kita lukis bentuk mustache dengan mengunakan kertas A4 yang keras..senang nak lukis/trace kat baju T-Shirt dengan menggunakan pensel nanti.

4. Jarum dan Benang: Ini adalah alatan menjahit yang tersangatlah mesti ada..lebih kurang macam First Aid la gitu..sila beli dengan kadar segera okayy.



Cara-Cara Membuat:

Step 1: Lukis/Trace bentuk Mustache yang korang dah buat terlebih dahulu tadi kat Plain T-shirt dengan menggunakan pensel. Kalau tak jugak dapat lukis bentuk mustache, jangan malu-malu sebab korang boleh cari kat internet then print..haa, mudahkan?

Step 2: Ini adalah saat yang sangat mencemaskan bila nak mula menjahit..betul tak? kut-kut terjahit bentuk misai kucing ke..kan dah tension dibuatnya. Tetapi, Sila jangan risau sebab aku tak guna teknik atau cara yang sukar untuk korang ikut..Kalau korang masih ingat ngan entri aku pasal DIY JAHIT MANIK DI BAJU KURUNG, cara aku menjahit mustache ni lebih kurang samalah ngan tu.. cuma bezanya aku guna 3biji manik je.

Step 3: Perhatian..Sila ulang berulang kali cara menjahit manik kat plain T-shirt. Paling penting, pastikan manik yang dijahit ikut bentuk mustache yang dilukis kat baju tu okayy?

Step 4: Oh Yess..Fasa pertama dah siap..yeay!! So far korang dapat ikut tak? Taklah sukar mana kan?



Ini adalah Mustache yang dah siap aku jahit..Ehemm..kenapa macam senget pulak aku tengok..dah macam menara condong pisa pun ada..so guys, okayy tak?

Untuk menyiapkan bentuk mustache ni, aku hanya membuat 3 lapisan sahaja..then bagi kosong je kat bahagian tengah supaya bentuk mustache boleh dilihat dengan jelas. Padahal dah kehabisan manik..:p

Aku punya mustache dah siap..now its your turn guys..Goodluck Okayy?










12 ulasan:

  1. model dari mane ni? chantek.. :)

    BalasPadam
  2. ehh..cantikla..simple, tapi cantik..:)

    BalasPadam
  3. very easy n cute lor..
    i like
    hit me back..
    http://lurania86.blogspot.com/

    BalasPadam
  4. Nur Anis:tq..try la buat.simple jer caranya :)

    BalasPadam
  5. Lurania: tq dear, glad u like it :)

    BalasPadam
  6. cantik! tapi xde bakat la nak menjahit.. hehe.. btw, follow here :)

    BalasPadam
  7. Nurul Farahizzati: Tq dear..tak pe, slow2 k.hehe

    BalasPadam
  8. wah . cantik . tapi tu la kurang pandai menjahit ni . hehe

    BalasPadam
  9. Shereen Yahya: Tq, tak pe..tak susah pun jahit ni..simple je cara nya :)

    BalasPadam
  10. comel la =)

    http://noraqilahjohari.blogspot.com/

    BalasPadam