26 November 2012

Pengalaman Mengutip Buah Durian.

Hye korang, lama kan aku tak update..? Bukan aku tak nak update..selain daripada mengalami masalah lambakan durian di kampung, masalah line internet yang bergerak selaju 10km/sj seperti siput juga banyak menyumbang kepada kelewatan meng-update blog..rindu tak?..but no worries, here I am..updating my blog.

Last week, aku balik kampung bersama keluarga..motipnya tak lain dan tak bukan adalah melawat dusun durian sama ada dah banyak gugur ke tidak..and yess, memang banyak pun yang dah gugur  dan selamat jadi arwah durian..sayang sangat..

Wajah bahagia selepas berjaya mengutip buah durian..kemudian..snap.snap sebagai kenang-kenangan..



Ini adalah emak kesayangan hamba..masa ni kami dalam perjalanan ke dusun durian. Perjalanan ke dusun durian ni taklah jauh dan tak juga dekat sangat seperti dibeakang rumah..adalah dalam 10 minit perjalanan tetapi peandangan di sepanjang perjalanan tersangatlah cantik..ditambah lagi dengan cuaca yang sporting cerah..Oh my, I'm falling in Love with the scenery..


Sampai jer kat sana, aku dah dihadap dengan pemandangan buah durian yang bergelimpangan rosak..Dah jadi arwah pulak buah durian tu aku tengok..sayang sangat..ada yang masih bagus tetapi tak sempurna sifatnya kerana dah ditebuk tupai..huhu..



Tanpa mengendahkan buah durian yang rosak, aku dan mak terus menjadi Rescue ranger mencari kot.kot kalau ada lagi buah durian yang masih bagus..Lagipun mak kata ada banyak lagi la buah durian yang belum gugur..Hahhh..betul ke?..Owh seronoknya.!!

Dalam sibuk kesana sini mengutip buah durian, sempat juga aku dan mak buka sebiji durian dan rasa..Owh my, I tell you..manis bebeno rasanya..pergghhh!!

Ini adalah hasil yang kami dapat pada hari tersebut..Not bad..lenguh juga nak mengangkatnya..padahal mangsa sebenar adalah mak dan adik..aku..? tumpang makan je..hehe.

Masa mak kata ada banyak lagi buah durian yang belum gugur, aku tak percaya..tetapi bila aku mendongak keatas sebab nak ambik oksigen..aku dihadap dengan pemandangan buah durian seperti kat atas kepala je rasanya..mak aihh..banyak juga ye..itu baru sepohon..Masa dalam perjalan balik tu juga la kami dikejutkan dengan bunyi..Kedebbupp..gugur lagi buah durian..masib baik dah lari dari tempat kejadian..Fuhh..


Kenangan musim durian tidak berakhir disitu sahaja untuk dikenang..sebab dalam perjalan balik kerumah, adik telah meninggalkan tapak kasutnya yang tertanggal diatas jambatan..sesuatu yang paling berharga untuk dilihat oleh penduduk kampung dan mungkin juga akan jadi misteri buat mereka..maka jadilah tagline "misteri tapak kasut" haha..


P/s: Today adalah Birthday En.Benjey..Hepi Birthday Love and GBU :)


2 ulasan:

  1. bestnyeee kutip durian kat dusun. xpernah ade moment tu ;p


    oh, memorial betul tapak kasut tu ;p bakal misteri! ;p

    BalasPadam
  2. Cik Voilet: Aha..memang seronok sangat2..tapak kasut tu pun dah jadi kenangan..hehe.

    BalasPadam