Hye Blogger!! Cepat betulkan masa berlalu..? tup.tup dah masuk bulan December..So, is there anything good happen to you and you guys sepanjang bulan November..? Contohnya ada orang datang merisik ke, unexpected things happen or biasa.biasa je..but its okay..no matter what happen..life must goes on rite?..
Lama rasanya tak update DIY project..last update pun pasal DIY Mustache T-Shirt. So today nak update another DIY iaitu DIY Fabric Flower..atau dalam Bahasa Melayu..Buat bentuk bunga dari kain dan sangat sesuai untuk dijadikan sebagai pin baju kurung dan sewaktu dengannya..
Actually, keluarga kawan aku yang request untuk buat bunga ni sebagai hiasan kat hantaran kakak dia..so, aku pun cubalah practice buat..and its working!..dan sekarang nak shared ngan korang..shall we prooced?
Ini adalah contoh bunga yang dah siap dibuat..what say you guys..? comel tak..? cara membuatnya pun tersangatlah simple. Sangat yakin yang korang boleh buat punya..
Bahan-bahan yang diperlukan :
1. Kain (Paling kurang 2 jenis kain yang berbeza). Pastikan kain plain yang dipilih adalah jenis yang sedikit tebal..sebab kalau guna kain jenis lembut, ambil masa untuk dijahit. Manakala, untuk kain yang kedua adalah kain cotton..kain jenis ni lah yang paling sesuai untuk buat bunga.
2. Gunting, Jarum dan Benang.
3. Pembaris dan pen. Untuk membuat ukuran pada kain yang ingin dijahit.
4. Hotmelt Glue Gun. Senjata untuk melekatkan kain tersebut pada kain Felt.
5: Kain Felt: Dibuat bentuk bulat sebesar duit Syiling 20/50 sen sebagai alas untuk bahagian belakang bunga daripada kain tersebut.
6. Button: Sebagai hiasan di bahagian tengah-tengah bunga.
Cara-cara Membuat:
STEP 1 : Buat ukuran pada kain yang ingin dijadikan sebagai bentuk bunga..Ukuran untuk bunga saiz besar adalah panjang 30cm dan Lebar 6.5cm..Manakala ukuran untuk bunga saiz kecil pula adalah panjang 30cm, dan Lebar 4.5cm..panjang dan kelebaran untuk bunga saiz besar dan kecil ni sebenarnya terpulang mengikut citarasa anda kalau nak mengubah saiznya okayy?
STEP 2: dah buat ukuran pada kain dan gunting bentuknya? Sekarang kain yang dah digunting tersebut dilipat kepada 2 bahagian..Lepas tu, jahit mati dan ikat dibahagian hujung kain tersebut dan mula menjahit (Jahit kelim)..korang boleh lihat contohnya seperti kat gambar atas..
STEP 3: Dah jahit kain korang?..sekarang cuba tarik benang dari kain tersebut sehinggalah kain tersebut kelihatan seperti mengecut..Lepas tu, tindih bahagian hujung kain dengan hujung kain yang satu lagi..dan jahit simpul mati.. haa..dah kelihatan pun bentuk seakan-akan bentuk bunga.
Fasa pertama dah pun siap..Pastikan bentuk bunga korang buat adalah seperti gambar diatas..mudah kan cara membuatnya..? Sekarang korang bolehlah membuat satu lagi bentuk bunga dengan ukuran yang lebih kecil untk bahagian atas bunga yang kita dah buat tadi..
Inilah hasilnya bila dah siap..Kain Felt yang dah dibuat bentuk sebesar duit syiling 20/50 sen tu korang boleh lekatkan kat bahagian belakang bunga besar dan kat bahagian belakang bunga kecil dan cantumkan supaya ianya membentuk dua bunga seperti diatas..paling last, lekatkan hiasan kat bahagian atas bunga dengan button ataupun diamond..naa, siap pun..Anyway, GudLuck Guyss!! Happy Reading and hope this DIY dapat memberi ilham dan manfaat kepada anda :)
seriously cantik..:)
BalasPadamNur Anis: Thank you Dear..try la buat.Senang je caranya :)
BalasPadam