Whattt!!!kahwin dengan sahabat karib sendiri..? dah takde orang lain lagi ke? Paling sadis, kawan tu pulak memang kawan dari kecik dan paling kamceng punyalah..Boleh dikatakan semua perangai betul tak betul dia ada kat poket seluar ni haa. Malah kalau ingat zaman dulu.dulu, memang geng kamceng lepak kat kedai mamak sampai pagi punyalah.Tapi bila fikir balik kan..takde pilihan A,B atau C ke untuk masalah ni..hurmm.
Bila pikir balik, dia memang seorang lelaki yang sempurna sifatnya dari semua aspek..kira rupa pun hensem, anak orang berada, badan pun..noo komen please..Tambah-tambah lagi, sepanjang berkawan kitaorang tak pernah berjauhanlah.ada pun masa dia further study kat overseas, tu pun setiap bulan minta balik nak jumpa mummy, rindu katanya..padahal nak jumpa ngan bestfriendnya ni haa..Then bila family cuba nak menyatukan kitaorang, kira haru-biru jugakla..Kalaulah misal kata aku setuju, apa yang akan terjadi seterusnya..? kemana pulak hala tuju perhubungan kami selepas itu..?adakah akan terus berkawan atau bawa haluan masing-masing? Tapi seriusly, dia adalah satu-satunya lelaki yang paling rapat dengan aku..Malah dia pun kata tak ada perempuan lain yang boleh jadi bini dia melainkan aku..Ehh pulak dah..Habis tu, semua girlfriend dia yang keliling pinggang tu macam mana? Tak sesuai la konon, takut jalankan tanggungjawab sebagai suami, pastu naya anak dara orang nanti kalau disia.siakan masa depannya katanya..Ehh Hello!!..aku ni bukan anak dara orang jugak ke? Sengal..
Haa..macam cerita pasal aku tapi sebenarnya bukanlah. Kalau nak tahu, ni lah serba sedikit sinopsis tentang novel terbaru yang aku baca..memang lain daripada novel yang pernah aku baca sebelumnya. Sepanjang aku baca novel ni memang tak kering gusi la..sikit-sikit senyum..sikit-sikit senyum..naik cramp mulut dibuatnya..Mana tak nya..watak laki punya la perfect semua sifat..alih-alih dengan bestfriend sendiri merangkap bini nya, boleh pulak manja macam apa ntah..manja tu boleh lagi diterima..kalau tergedik-gedik macam mana? Aku yang baca pun naik seriau..haha.
Kalau nak tahu..ini adalah salah satu favorite novel aku. selalunya aku baca novel hasil nukilan Aisya Sofea, Norhayati Berahim, dan Siti Rosmizah..Nak tahu tajuk novel yang aku baca ni? Tajuknya ialah Sha & Shah dan penulisnya ialah Sha Ibrahim..Paling best dalam cerita ni tak ada kisah cinta dua darjat sebab kedua-duanya anak orang kaya..cuma watak perempuan tu jenis yang tak mudah terpikat dan tak suka lelaki miang..watak lelaki pulak dasar playboy..Mesti korang hairan macam mana la mereka boleh bersama..musykil tak musykil..korang beli novel ni dan rasailah sendiri jalan cerita ni..
Ini adalah rupa depan novel Sha&Shah.. dan kalau korang nak tahu lebih lanjut pasal novel ni, korang boleh baca sipnosisnya kat SINI.
Ini adalah rupa depan novel Sha&Shah.. dan kalau korang nak tahu lebih lanjut pasal novel ni, korang boleh baca sipnosisnya kat SINI.
P/s: So, enjoy reading guyss..:p
weh salah ke kahwin dgn bff :O . adohai baru nak masuk jarum kat bff aku ='< . he's so caring . kahkah .
BalasPadamhttp://thecaptainsitikus.blogspot.com/ follow me back k
abelxheer:hehe.takde slhnya kalau kahwin dgn bff sendiri..cuma dlm novel ni lucu sikit..sbb wtak lelaki n permpuan mcm langit dan bumi.hehe.
BalasPadamhaha.. rasa weird kot kalau kahwin dgn yg kita kawan dari kecik
BalasPadam..Nadz Fisol..: kan?ssb semua psl dia kita tahu..tp, bila bca novel ni..sumpah mmg best.:)
BalasPadam