28 Mei 2013

InstaMAY 2013.

Hye bloggers!..You know what? there a few more days to go for a new month!! Oh my I'm so excited..sesangattlah excited..why?why? because a good thing will happen on June..Iloveyou so much June.Muahhx..haha.

Dah nak habis dah bulan May barulah aku terhegeh-hegeh nak update untuk instaMAY..Haa, elok sangatt la tu..sibuk punya pasal la ni..sibuk memang bersalah sebab tak bagi aku ruang dan masa untuk update blog..kalau lah sibuk tu manusia..memang tinggal tulang lah aku kerjakan..(konon nyer)..hihi.

Dah.dah..now I present to you my InstaMay..Apa jugaklah yang berlaku sepanjang bulan May.? Let the photo talk for itself..Ewahh Enon.Nahh:


The latest photo from me..

 
Kalau yang tadi tu paling latest seperti baru semalam jer bergambar..yang ni gambar zaman dinosaur..2 tahun yang lepas..rambut pun panjang mengurai masa tuu..sob.sob..
 
My favorite DIY ever.."Birthday Wand"!!..Bila lagilah aku boleh buat DIY project..huhu..

Yang ni pulak..ala tomel-tomelnya buku tuu..dari saat aku membelinya sehinggalah ke saat ini aku masih tak mampu nak menulis hatta sepatah ayat pun kat buku tu..sayang punya pasal kononnya..haha.

The best clearance stock item yang sempat dirembat dengan pantas dan penuh bergaya..masa tu tinggal 3 jer lagi..jadi kerana tamak punya pasal, aku ambik 2..sehingga ke saat ini belum bergantung lagi..Tahniah!

Cemburu punya pasal melihat anak murid mewarna..lalu aku pun tanpa segan silu nak jugak mewarna..haha..

Balik kampung masa mengundi..sampai je kat halaman kampung tercinta, aku dah dihadap dengan pemandangan yang indah..so in love with mother nature..

Current addiction or obsession or whatever you called it..aku memang kemaruk nak sangat mengumpul benda ni..sangat comel kan?

This is the latest photo during Teacher's Day celebration kat Mukah..dah macam mak Enon versi sangat serupa dah jambul kat kepala aku dengan "Jambul Ayam.."..layankan sajalah..ayam pun ayam..:D

p/s: Anyway, come and join me in instagram guys xoxo :)



14 Mei 2013

InstaAPRIL 2013

Hye Bloggers!!and yess say Hello to MAY! Err..is it too late for me to welcoming MAY? Naaaa, better late than never ye tak? tetiba je kan muncul balik setelah berkurun lama menyepi..hehe. Sibuklah sangatt kononnya dengan kerjaya yang setiap harinya menghadap sebatalion budak-budak..Ohmaigaddd!! Mengingatkan mereka pun aku boleh rasa nak pitam..Why?why?dulu kemain aku pun hyperactive yang tak pandai duduk diam asyik nak buat DIY ajer keja nya then tak pernah rasa lelah..but now..baru setengah jam menghadap mereka aku dah semput seperti kurang asam oksigen..Ahh..macam over la pulak bunyinya..but seriously..that was the truth..Tiba-tiba aku rasa sekarang ni aku berada didalam golongan warga tua gituu..oh mann..ini tak patut berlaku..tak patut!.

Well..please drop the subject..sekarang May oh May!! meriahnya bulan May..I Like..why? sebab bulan May ada Hari Ibu, Hari Bapa, Hari Guru, Hari Jadi Kawan-Kawan, Saudara dekat dan jauh..then kemuncak kepada segala hari cuti sekolah..Ohh mann..I love you May!!! MUahhhhx3.haha..

Now, InstaApril...sepatutnya share pada bulan April la kan? tapi sekarang ni dah bulan May..jadi kira aku carry forward je la kan kat bulan May..hehe..laa, kira logiklah tuu..lagipun aku pun baru juga nak berjinak-jinak dengan instagram..Now kira suam-suam kuku la tahap aktifnya sebab dah jarang nak sakan snap situ sana sini..Tapi, tapi tapi..bermusim tau..adalah masanya nanti aktif balik..hehe.

Nahhh..InstaAPRIL 2013..Life.life.life is very wonderful.

 Me and my roomates masa berkursus di Kuching..Single but not available..sorry.:P

 Having dinner together..Paling best bab makan..I like!! What say you? ^_^

 Us..

 Testing edit..dah macam beruban pulak rambutku..hebatlah sangatt!haha..okayy failed. Tq

 Oh ya..masa ni KIKI tengah Preggy..now dah selamatnya menjadi ibu kepada 4 ekor anak yang comel..Oh soo sweet!!

 Small can..Decorative design of can..Im impress and love it alottt!!satu tu harganya hanyalah RM1.50..

 This is so old school photo..Now, no more long hair.sob.sob..Already cut it short and make myself look like Ali Baba..Ehh?

Oh..ni gambar masa final sem kat Uni..miss this moment..huhu..

That all for now..will update later (konon) :P

13 April 2013

Aku VS Murid Matahari!!!


Hye bloggers! Hari tu dah cerita kan.kan tentang  pengalaman solo journey pergi Kuching..now nak cerita pengalaman dah bergelar seorang guru pulak  dengan selamatnya. Orite, setelah seminggu bergelar seorang guru yang berdedikasilah sangattt kepada anak murid tersayang..dapat aku simpulkan bahawa berhadapan dengan anak murid yang berumur dari 4-6 tahun adalah salah satu cabaran yang sangat sangat dahsyat..Kenapa pulak aku kata macam tuu sebabnya bukti pun dah ada..Ni haa..korang baca dan renung. Jangan gelak terlentang dahlah..

Pertama: Untuk beberapa jam yang pertama, aku dah mengalami suara serak-serak basah yang hampir sama dengan suara penyanyi soprano walaupun kedua-dua jenis suara itu jelas tiada kaitan antara satu sama lain..tapi yang betulnya, aku memang mengalami sakit tekak kerana puas menjadi tarzan dalam kelas. 

Kedua: Dibahagian dalam bibir atas dan bahagian bawah ada ulser beranak dan menempel disitu..jelas menambahkan kesakitan yang sedia ada.

Ketiga: Demam kura2 secara tiba-tiba bersama pakej batuk sudah cukup menjelaskan bahawa memang masaklah aku bersama kanak-kanak ribena daam kelas nii.

Keempat: Masalah wanita.. (Hanya sesama wanita yang memahami)..

Kelima: Tahniah dah hari Jumaat pun..esok sabtu dan masa untuk recharging tenaga..harap-harap tenaga akan berpanjangan kalau pekena Kacip Fatimah. (Sila abaikan iklan yang sia-sia ini)..

Keenam: Masa untuk update blogg..khas untuk anda. :p

Baiklah dimulakan dengan ayat skema, menjadi seorang guru kepada kanak-kanak riang ditabika..bila difikirkan balik dengan akal yang waras seronok jugak sebenarnya...Mana tak nya, hari pertama dah dihadap dengan karenah hyperactive yang memanjang, yang kerjanya gossiping pun ada okayy lepas tu kerja nak mendandan jer pun ada..Ehh Hello! Baru berumur 4-6 tahun jer pun okayy..kalah zaman tadika aku dulu ke zaman aku dulu memang kuno..haha..

Tapi, aku pon layan jugak perangai diaorang tuu..sebab hanya dengan cara camtu kita dapat selami hati setiap daripada mereka dan dapat mendidik mereka dengan lebih berkesan..haa, betulkan?.Amboi, kelasss kau cikgu.haha!

Hari yang seterusnya, semua rajin baca buku..siap ada yang jadi guru tak bertauliah lagi kat depan..copycat betul..hehe. Paling lucu, aku bagi mandat suruh diaorang ajar kawan yang malas dan marah kalau diaorang tak nak..apalagi, sayang kawan punya pasal..belajar jugaklah yang malas tuu..sabar je lah aku menengok perangai diaorang nii.haha..

Setakat ni..aku gembira dengan suasana kerja yang semakin dekat dihati..Walaupun secara jujurnya aku bukanlah jenis yang peramah dengan kanak-kanak..sebab adik dan anak buah pun dah masuk sekolah menengah pun..sedikit kekok nak melayan budak-budak..Sekarang ni dah jadi guru..Nahh..ambik aku.haha..

Tak adalah rumit mana pun..chewahh, kalau kena dengan caranya..yang penting, setiap kali diaorang dapat siapkan kerja sekolah..kata-kata pujian mesti ada..barulah diaorang seronok nak belajar..hehe.

Begitulah aku, bersama mereka..segala-galanya adalah yang pertama dan bersama mereka jugak aku belajar untuk memahami dan menyelami hati setiap mereka..fuhh..ayat tangkap lentok tuu.hehe.
 
Kalau tak kerana waktu rehat, jangan harap dapat ambil ganbar diaorang nii..confirm ada yang bertenggek minta diambil gambil gambar..nasiblah aku..aku.:p

4 April 2013

Solo Journey to Kuching.

And it was for the FIRST TIME!!..


As usual..hollaa Bloggers..and yess Bulan April kini telah tiba dengan penuh bergaya!!anyway thanks to March for giving such a good news for me. Everything happen so sudden..tengah rancak menghabiskan cuti sekolah bersama keluarga dikampung sambil mendengar lagu tak berapa nak hip hop sangat dekat hp sambil menyiang ikan..sangat tidak logik tapi masih boleh dilayan lagi..tiba.tiba pada petang keramat hari khamis lepas..mendapat panggilan daripada jabatan taska perpaduan bahawa saya telah mendapat kerja sebagai seorang guru..Apa!!hampir terlepas ikan yang disiang..nasib ikan tersebut memang dah jadi arwah..lalu, bermulalah perjalanan yang tak berapa nak adventure la sangat..

Siapa kata tak adventure? nama pun first time kan..kalau nak tahu, secara jujurnya aku ni nama jer orang Sarawak..tapi tak pernah melawat tempat-tempat yang ada kat Sarawak..sangat jakun sebenarnya..Mana tak nya, tempat pertama aku pernah lawat dulu adalah dekat Brunei..tu pun pasal kakak tinggal kat situ..then study kat sabah dan konvo kat KL..Hurmm..elok sangatlah jakun tuu kan.hehe. Nasib baik En.BF orang kuching..kuranglah sikit rasa nerveous tu..pheww.

Lalu bermulalah adventure yang tak seberapa nak adventure tersebut pada 31 March-2 April.. 

Day 1.
 Flight pergi Kuching adalah pada hari Ahad sebab isnin tu kursus start pukul 2p.m..harus datang awal! tapi malang tidak berbau harum bila flight delay selama sejam..due to bad weather kat Kuching..dengkilah tu sebab aku nak pergi sana..Emo sekejap dibuatnya..Haisshh.

Sampai kat sana dah malam pun dalam pukul 7..sepatutnya pukul 6 p.m tahu tak..frust aku dibuatnya..lepas tu cari lokasi hotel lagi dah sejam..En.Bf pun tak berapa tahu kat mana lokasi hotel tersebut..hanya berpandukan Map semata-semata plus kedua-dua pasangan ini Rabun malam..hah..sesuailah sangat..selamatlah kitaorang mencari dalam gelap..

Setelah sesat sampai tak terkira..akhirnya jumpa dan terus check in..lepas check in terus jumpa family En.Bf..gulpp..kenapa aku macam rasa ketiak aku basah hah?bukan sepatutnya tangan aku ke mengigil..lain pulak bahagian yang bagi tindak balas nerveous ni..but after that, everything going smooth and silky gitu..Thank God..kering balik ketiak aku..

Next, almost 9p.m baru abis dinner..then tanpa membuang masa..we just go straight to MBO dekat The Spring watching GI.JOE..wa tell you okayy..5 stars for the movie okayy..!!


Day 2.
Kursus pun telah bermula dengan selamatnya pada hari isnin dari jam 2 petang sehingga ke 10 malam..Hari yang sangat letih dan panjang sebenarnya..but then Thank God.semua berjalan dengan lancar selancarnya..Aktiviti sepanjang kursus ni sebenarnya lebih kepada pengenalan, skop kerja, Do's and Dont's serta siap ada bengkel lagi pada malam hari..kira macam praktikal lah.so far sooo good.


Day 3.
Last day menghadiri kursus dan berada di Kuching..sobsob..I'm starting like to stay here you know..I just love it..Dengan berakhirnya kursus tersebut pada jam 1..maka dengan sepantas kilat aku packing dan terus setia menunggu En.Bf untuk menjemput..saya ada masa selama 3jam untuk shopping sebelum balik ke Miri..flight pulak pukul 6.10..eloklah sangat dengan masa yang singkat..apa jugak aku dapat borong nanti..haisshh..berdebar-debau dada dibuatnya..first stop adalah borong ikan terubok masin..a must buy item tuu..Rm 10 untuk 3 ekor dan aku beli Rm30 dengan percuma seekor lagi..kelass kau abang terubok.hehe

Next stop kat The Spring again..tuu jer yang dekat..terus kaki dihayun selajunya ke Padini Store..sebab member ada cakap yang Padini tengah Sales..lalu dengan geramnya borong 2 jeans yang berharga RM99 satu dan jika beli 2 Rm119..sangat teruja dan terus beli..lepas tu akak kat kaunter cakap RM149 dik sebenarnya untuk 2 pasang..Dem..aku tetipu dengan tanda harga yang dipamerkan..tu Rm119 untuk 2 pasang baju la..Arghh..lalu tanpa perasaan aku beli jugak..dengan rela hati..sekian.

Itulah kisah sepanjang menghadiri kursus di Kuching dan dengan masa yang diluangkan seciput jer bersama dengan En.Bf..What can I say..Im very happy, and really enjoy the trip..

Nahh..I present to you The Snap shoot sepanjang Trip..


                                           MBO Kuching..so excited with GI.JOE..
  
                                      Bilik penginapan di Kingwood Hotel, Kuching.


                                Roomates: Eda, saya dan Carol. having dinner together..


                                       Roomates..both are taken.sorry guys..hehe ;p


                                                 Peserta yang menghadiri kursus..


 Me and Him..so crazy when we are together..hehe :p

Gonna miss all the sweet memory...huhu.

16 Mac 2013

DIY: Hang Shelves for cute Doll collection.

Hye Bloggers!!Today I'm going to share another DIY Project with you guys..which is " Hang Shelves for cute doll collection"..Haa..Apa tu? sebenarnya, aku pun tak tahu nama yang yang sesuai untuk benda yang aku buat ni..tapi aku harap bila korang nampak kat gambar tu..korang pahamlah erk? sebab buat masa ni, hanya tu jer lah yang dapat aku pikirkan..Anyway, just enjoy okayy?

Sebenarnya, beberapa hari yang lepas..kami sekeluarga telah membuat rombakan kat sebuah almari pakaian lama..kiranya almari tu ada sejak awal pindah rumah lagi dan dengan keadaannya yang tersangatlah uzur maka kitaorang decidelah nak rombak..Bila dah buka punya buka, banyak lagi rupanya kayu kat bahagian dalam yang masih elok..sadis rasanya kalau dibiarkan jadi kayu api..jadi, aku pon ambik dan simpanlah yang elok kat suatu tempat walaupun tak pasti lagi masa tu apa yang aku nak buat dengan kayu tersebut..

Sehinggalah pada suatu petang yang nyaman..demi terpandangkan beberapa buah patung kecil atas almari..lalu den pun terpikir.."why don't we make one hang shelves on the wall, then put all the doll collection on it?"..Ek..eh macam bernas jer kan?. Apa lagi, bahan pun dah ada cuma perlukan sesuatu untuk mencantikkan kayu terssebut..boleh sahaja sebenarnya kalau nak kekalkan warna kayu tersebut..tapi, kebetulan my dad ada beli cat finishing wood dan masih ada lagi lebihan..then I think why not? beri nafas baru kat kayu tersebut..Oh my, cant wait to start...


Inilah dia Hang shelves yang dah selamat pun aku buat..sangat simple sebenarnya dan sehingga ke saat ini masih tergantung elok lagi kat dinding.hehe..do you like it guyss?..hope you like it :)

Ini adalah antara bahan yang diperlukan.

Untuk bahan, anda cuma memerlukan bebrapa batang kayu yang sama panjang dan lebar..senang nak bertukang nanti..tak perlu nak sukat-sukat segala.

Sebelum kita mulakan aktiviti bertukang, bagi anda yang ada cat kayu..sila cat dan kasi berkilat dahulu kayu tersebut dan jemur selama mana yang anda mahu sehingga kering..jangan pulak selamanya..


Plan nak buat Hang Shelves begini..

Ini adalah contoh hang shelves yang aku nak buat..Belum dipaku lagi tu. Jadi, berdasarkan gambar kat atas, kita hanya memerlukan 8 paku jer..dan tak banyak kerja yang kita perlu buat untuk siapkannya sebab anda hanya perlu pakukan disetiap bahagian tepi kayu sahaja seperti gambar kat atas.

Kesilapan teknikal berlaku ketika tengah syok memaku..Inilah yang berlaku bila orang perempuan bertukang..err untuk yang amateur seperti saya sahaja ye.:P..Patutlah cepat benor siap..rupanya tersalah paku.hehe..cacat sedikit rupa shelves den..terima jer la..huhu.

Yeayyy!! our hang shelves almost done..langkah seterusnya, aku nak bagi last touch kat kayu tersebut dengan mengecat lagi supaya lebih berkilat dan bersinar-sinar rupanya..hehe.

Shelves pun dah siap..So, I guess its time to hang it on the wall..Okayy, memandangkan aku tak pernah drill benda kat dinding dan tak tahu pun benda tu ada ke tak..my second option adalah guna double tape..

 Err..macam tak logik jer..entah menjadi ke entah ke tidak pun aku tak pasti sebab kayu tu boleh tahan jugak beratnya..Layankan sajalah labu.






And Guess what?Its working!! walaupun obviously ada kecacatan senget disitu..I still love it.hehe...for those whose interested..Gudluck guyss!!Happy Saturday..


21 Februari 2013

Outing Diaries 2: Sushi King.

Helloo Bloggers!!Happy Thursday to you and you there..today outing with my beloved friend Ayin and as usual, bila kaki dah berpijak nyata di Shopping Mall, tempat pertama yang harus kitaorang tuju adalah kedai makan..are you agreed?. Perut mesti kasi isi dulu maa..barulah hati pun banyak senang bila mau window shopping kan.kan?..Alaa, orang perempuan biasalah kalau bab berjalan, tak ada stop.fullstop punyalah..terus-menerus jer sebab nak ziarah semua kedai punya pasal..mana nak check stok barang baru lagi kan..?Haa, setujulah sangat kalau ada kaum adam membaca blog aku ni..haha..


Kalau nak tahu, one of our favorite tempat makan adalah Sushi King. Why? sebab makan sikit jer dah kenyang sampai 3 hari..haha. cepat rasa kenyang jer sebenarnya..tempatnya pun tak la sesak sangat macam kat tempat lain...


My favorite dishes here is Sakana Fry. Dari first time try makan sushi kat sabah dulu till now, memang tu aje lah menu yang akan aku pesan. Kiranya asal pergi Sushi King pesan Sakana Fry..tak pun asal pesan Sakana Fry confirm memang makan kat sushi King ler tu..other than that aku akan ambil yang dah sedia siap punya dalam pinggan..kira budget jugaklah tau sebab yang sedia siap tu dihidangkan dalam pinggan kecil berlainan warna dan harga..kiranya korang boleh agak-agaklah budget berapa kan..

Haa, the best part ialah jika anda penggemar Green Tea seperti kami, untuk pengetahuan anda..di Sushi King ianya adalah percuma..minumlah bergelen-gelen sampai puas.Fuhh..sangat berbaloi..Ehh,macam promote jer kan..hehe.


Paling best bila berjalan tadi kami terjumpa sesuatu yang sangat menarik..you know what? Its a Badge Art dimana korang boleh pilih nak tulis nama or lukis gambar sendiri..Interesting!

Dan ini adalah saya punya..love it so muchhh! dan harganya hanya RM5.00 sahaja..berbaloikan untuk dijadikan sebagai salah satu koleksi edisi terhad..hehe..


20 Februari 2013

Outing Diaries 1: Library.

Hello.hello..Happy Wednesday Bloggers!! Today activity, aku dengan Ayin pergi library yang berdekatan dengan kawasan rumah..Tersangatlah bersyukur bila ada library kat kawasan perumahan kami ni..jaraknya pun taklah jauh sangat kira-kira 5 minit perjalanan jer dari rumah. Motip utama pergi library tak lain dan tak bukan adalah nak pinjam novel. Kiranya library ni adalah tempat terbaiklah buat penggemar novel seperti kami untuk bertapa. Tetapi dalam baiknya ada jugak yang tak berapa nak baik sebab hanya boleh pinjam 3 buah buku jer dalam satu masa..mana cukup.tapi..kira okayylah daripada tak okayy kan?

Dengan memakai baju T-shirt Mustache yang saya jahit sendiri..now I'm ready go to Library!


Inilah dia library Terchenta..macam best tapi, ntah ape kejadahnya huruf  M tidak ada ditempat kejadian..kerja sape ntah.


Yang bestnya bila pergi library ni ialah kita boleh update isu semasa secara nyata tak seperti online..Alah, update baca majalah jer pun. Membacanya memang suka tetapi bab nak membelinya kena fikir berkali-kali. Bukan apa, kalau dah semua majalah kita berkenan mau tak rabak poket seluar membelinya ye tak? untuk itu, sesuailah sangat kalau nak pergi library kan?..


Dan ini pulak antara 3 buah novel yang berjaya aku pinjam tadi..tak ada yang terbaru atau memang banyak yang dah orang pinjam..layankan sajalah labuuu..

Kalau nak tahu, bagi aku masa yang paling sesuai untuk membaca novel adalah pada waktu malam..sebab hanya pada masa tersebut sahaja tidak ada gangguan mahupun buat kerja rumah..kira privacy time lah. Paling tak boleh nak cakap bila membaca tu, pekena lagi dengan lagu tangkap lentok dari radio, otak pun berwarna-warni dibuatnya. Lepas tu, cerita yang tak sedih pun jadi sedih bila lagu tu terlalu mendayu-dayu..tapi, tetap jugak nak layan sampailah ke dinihari kekadang. Akibatnya bila bangun pagi, dapatlah 2 biji mata kembang dengan pakej sembap sekali..sebijik macam Alien..haha.

11 Februari 2013

DIY: Deco your Photo Frame.

Hye Bloggers!!..Lama juga kan aku menyepi? genap sebulan rasanya..dan sepanjang itu jugaklah aku tak online. Kebanyakkan masa aku habiskan dengan menyambung menjahit Quilt. Aktiviti dari zaman sekolah menengah yang tidak pernah siap dan tak pasti bilakah akan siap..rindu memang rindu nak online terutamanya kat blog p.s:iloveyou ni, sebab inilah satu-satunya tempat/medium untuk berkongsi minat dan hobi yang sama. Seronok rasanya bila kembali..miss me?miss me not? hehe :P.

DIY pertama untuk tahun 2013 ni aku mulakan dengan menghias photo frame yang kosong kepada cheerful yet romantic..ye la, valentines is just around the corner kan? Kalau tanya pendapat aku secara peribadi, setiap hari adalah hari untuk kita memperingati mereka yang kita sayang tidak kira yang sudah tiada lagi mahupun yang sentiasa ada bersama kita. Jadi, terpulang kepada anda untuk menyambutnya ataupun tidak..Malah, saya sendiri tidak pernah menyambutnya cuma teruja hendak membuat sesuatu yang bertemakan "kasih-sayang"..bahan pun dah ada kan..Mak aihh kemain panjang peranggan aku tulis..baru pengenalan..alahai..hehe.

Ini adalah Photo Frame yang dah siap dihias..sangat simple sebenarnya..and what do you think guyss? do you like it?


 Bahan-Bahan yang diperlukan:
1. Photo frame yang kosong (sudah semestinya..)
2. Ribbon kain (Seperti double tape). Bahan ni kalau korang dapat cari memang bestlah..Fisrt time aku jumpa Ribbon jenis double tape..mau nya tak excited. Inilah berkat aku selalu check stok barang baru dari kedai ke kedai jumpa jugaklah ribbon ni yang buat aku teruja tak abis.abis..harganya pun RM1.80 jer..murahkan?
3. Batu sebagai hiasan. (Bukan batu-bata ye). Mula-mula aku nak guna sticker seperti gambar diatas, tapi payah benar nak melekat..buat sakit jiwa jer..last-last guna batu jer lagi senang..

Cara-cara membuat:


CARA 1: Lekatkan Ribbon disekeliling frame.

Hasilnya...


Fasa pertama dah siap..nampak jauh sangat beza daripada yang kosong tadi kan? Mesti korang pun teruja nak buat jugak kan?hehe.


CARA 2: Lekatkan batu dikeliling photo frame..memandangkan batu yang ada tidak mencukupi, maka aku hanya buat lekat setakat yang ada sahaja..kalau penuh mesti cantik lagi kan?

Hasilnya...

 Tadaaa..pretty cool isn't it? hehe.

So, what are you waiting for..try now guyss!!goodluck okayy? :)
P/s: Still in CNY mood..I just wanna say Happy Chinese New Year guyss. May this year bring luck and prosperity for and for you.




11 Januari 2013

2013: He's gone forever.

Tiada yang lebih menyedihkan bila menghadapi saat-saat kehilangan..serasa hilang semua semangat bersamanya. Anda yang pernah mengalami mungkin memahaminya.

Malam semalam, hujan sangat lebat..terlalu lebat dan terasa kesejukkannya..seperti biasa, dia tiada dirumah. tiada apa yang perlu dirisaukan kerana aku tahu dia akan baik-baik sahaja diluar sana. Tetapi perasaan itu tidak lama..kerana sekejap-sekejap aku akan turun kebawah untuk menjenguk sekiranya dia ada diluar rumah..Tetapi mengenangkan apa yang telah berlaku, tidak bersungguhkah aku mencarinya? kerana aku sama sekali tidak menyangka bahawa pada petang itu selepas memberi dia makan dan menciumnya seperti sebelumnya..itu adalah yang terakhir sehinggalah pada awal pagi tadi adik mengetuk pintu bilik mengatakan bahawa dia telah mati.

Lalu apakah perasaan yang tinggal disaat aku melihat jasadnya kaku didepan rumah..adakah dia mati kerana kesejukkan atau ada terjatuh kedalam longkang kerana badannya kotor..dan tidak mustahil cuaca yang sejuk membuatkannya tidak dapat bertahan lama..Dia adalah kucing kesayanganku..Aku pernah beritahu kat mak yang aku tak nak bela kucing lagi dan mengatakan bahawa dia adalah yang terakhir sebab sebelum ni kucing yang dibela selalu hilang..tetapi, kehilangannya memberi impak yang amat mendalam sebab aku menjaganya dari kecil..setiap kali dia tercedera akibat bergaduh dengan kucing liar, aku dan adik akan mengubati lukanya dengan memberi iodin..dan begitulah selalunya..tidak pernah jemu untuk mengubatinya kerana aku sangat sayangkannya..terlalu mendalam.

Masa kecil, dia adalah kucing yang sangat nakal..malah kami pernah menggelarnya gila sebab dia sangat aktif berlari kesana sini dan bermain..

Semakin dewasa, terserlah kemanjaannya..dia suka tidur diatas almari solek dan begitulah dia sepanjang hari..nak marah pun tak dapat kalau dia dah buat aksi comel seperti itu..

Malah, ketika aku tengah sibuk bersiap untuk pergi kerja dan jika dia memang dah ada didalam rumah..dia akan masuk kebilik dan mulalah mengeselkan badannya kat kaki.. tak dapat aku nak marah walaupun ketika itu aku sememangnya mengejar masa.

Ada ketikanya..jika aku sibuk mengemas bilik dan ada membawa dia bersama, paling tidak dapat aku tahan daripada rasa geli hati bila dia masuk kedalam kotak dan tidur kat situ walaupun sebenarnya kotak itu ternyata sempit untuk dia..tetapi tetap juga dia boleh tidur lena..

Dia juga kucing yang paling banyak pernah aku ambil gambar..setelah bertahun-tahun bersama, dia akhirnya pergi. Tak pernah aku rasa sedih sepertimana aku rasakan sekarang..walaupun dia hanyalah seekor kucing..tetapi dialah yang banyak menceriakan suasana didalam rumah kerana kami semua amat menyayanginya..manjanya dia dengan mengeselkan badan dikaki disaat mahu makan, dan akan berdiri didepan bilik air kerana mahu minum dan akan mencium disaat kita menyuakan hidung dan muka kepadanya.


Kini dia tiada lagi..