28 Jun 2011

Garden Of Time !!!

Tanpa pengaruh dari rakan sebaya, keluarga mahupun siapa-siapa..aku mencuba satu game baru kat facebook..siok giler. I tell you for those who loves treasure hunt..cari benda tersembunyi tu..then you should try this game..Selain tu, aku yang memang suka bab-bab dekorasi memang seronok la..Ehh, bukan aku ada farmville ke..Ye hidup lagi farmville tu, janganla risau ye..kira part time game je yang baru ni..hehe.

Haa..cantik kan. tapi jangan terpedaya ya..ini bukan aku punya..hehe..orang lain. Aku suka cara dia manfaatkan setiap ruang yang ada. Ngan aku punya belum ada apa-apa lagi..masih baru kata kan. Duit pun tak cukup..mana nak cari..huhu..Sekian-

27 Jun 2011

Haiwan yang sombong..Ceh!!

Sapa yang sombong..??adalah tu seekor haiwan ni, memang sombong..mak aih, langsung tak memandang bumi gitu. Ke langit je dipandang..patah tengkuk ke dia atau memang sifat semulajadi nya begitu..maka dengan itu, anda nilai lah sendiri melalui gambarnya..

Sekarang korang paham kan..sombong tak sombong rupa burung ni..tak padan dengan badan yang kecil..ku tenyeh kang baru tahu..hehe..

Sebenarnya, adik aku yang balik dari sekolah tetiba je bawa mahkluk seekor ni..yang pelik nya..dilepaskan pun dia begitu je..patung ke dia..tapi dibagi pisang makan jugak dia..pelik-pelik. Blog aku pun dah serupa blog untuk haiwan gamaknya..tension aku..Kat rumah aku ni apa yang tak ada..macam zoo negara pun ada jugak..korang tengoklah sendiri..

Ni dia..salah satu haiwan peliharaan dari zaman batu lagi dah wujud kat rumah aku..korang tengok apa yang dia gigit tu..HOTDOG okey..kira high taste juga ye si Labi ni..tak padan ngan badan bergerutu..hampeh..Cuba tengok lagi..ada paku la..ehhh..dia makan jugak ka tu. Masa aku ambik gambar baru perasan ngan benda tu ada kat situ..tabik spring la kalau dia makan..paku pun dia layan..yang sebenarnya, paku tu terjatuh masa aku dan mak buat sesuatu kat dapur..masa ambik gambar dia baru perasan..kesian dia korang tuduh macam-macam..fitnah tau..kejam.

Haa..gambar ni aku pernah siarkan kat entri yang lepas-lepas..kura-kura ni ada kat belakang rumah...ada kolam diaorang sendiri..Yang bestnya binatang peliharaan aku ni..diaorang hidup aman damai gitu..tak tengok ka bagaimana mereka berkongsi minum air kura-kura..sweet gitu..Keep it UP Meow!!!

Ini pulak kucing kesayangan yang demam hari tu..sekarang ada la baik sikit..Kesian kan..tengah aku lipat baju, dia datang dan terus baring..seperti meminta simpati yang dia tengah sakit..tak sampai hati pulak nak menghalaunya..kan dah berterabur bulu kat baju..diam2 sudahla..hehe.Sekian-

26 Jun 2011

Ulat Tinduh dan khasiatnya.

Ada berani..? Ini la dia Ulat Tinduh dalam bahasa Iban..Masyarakat Mukah pulak memangggilnya Ulat Rumbia kerana ulat ini boleh didapati daripada pokok rumbia yang dah reput. Ada juga memanggilnya sebagai Ulat Mulong dan Butod (Sabah)..famous gitu..Ulat ini memang famous dikalangan masyarakat Sarawak..kerana dipercayai mempunyai banyak khasiat..

Antara khasiat yang terdapat pada Ulat Tinduh ini adalah:
  • Minyak Tinduh dapat melebatkan rambut atau sebagai pemangkin kepada pertumbuhan rambut.
  • Mempunyai khasiat protein yang tinggi.
  • Walaupun tiada kajian saintifik dilakukan, ulat ini dipercayai mempunyai khasiat termasuklah mengurangkan masalah kegemukan.
Apa yang pasti, cara pemakanan Ulat ini adalah sama ada secara mentah, digoreng mahupun disalai..Anda Berani..?

Aku..hhmm..

Aku tak makan Ulat ni..nak pegang pun geli, asyik bergerak je..demi mengatasi masalah geli..aku pun pegang jugak..montok beno ulat ni..comel jugak.hehe..


Okey..mahkluk Tuhan yang dua ekor ni kan memang penyibuk..macam la diaorang boleh makan..nak ambil gambar pun payah..ada jugak kepala dia orang masuk.. isk..isk..isk..

Ulat Tinduh ni sebenarnya parent aku bawak dari kampung..diaorang goreng Ulat ni..aku hanya memandang je dari jauh..tak apa, lain kali kita cuba ye..nak menguji keberkesanan khasiat Ulat ni..hehe..Sekian-

25 Jun 2011

Dia Demam :(

Dia adalah kucing kesayanganku..mesti anda terkejut bukan..ini adalah kali pertama aku menghadapi kucing yang demam..memang kesian..Tak tahu apa yang harus aku lakukan..hanya mampu mengelap matanya yang selalu berair..mengelap hingusnya..dan membiarkannya bersin..Lebih menyedihkan bila kemana sahaja aku pergi dia akan mengekori seolah-olah minta simpati..hrmmm..

Aku memang tak dapat melihat dia dalam keadaan begitu..jangan la pulak apa-apa berlaku kat dia..Aku boleh kehilangan benda lain..tak kisahla apa pun..cuma jangan orang yang aku sayang sahaja..sebab dia bernyawa..melihat dia sukar untuk bernafas sahaja pun aku dah tak keruan..tadi petang dia ada ok sikit..abang pun ada belikan ubat untuk dia..tak tau la berkesan ke tak..harap2 la..yang penting dah ikhtiar apa yang patut..


Ini adalah rupa dia sekarang..matanya merah dan hidungnya berair..memang kesian..Bila cari kat internet cara nak mengubati kucing yang selesema..makin menyusahkan hati je bila membaca..mudah-mudahan dia cepat sembuh..because I need him..:(

Jom Buat Baju Raya!!!

Hmm..aktiviti semalam tu sebenarnya..bukan main seronok lagi bila bab membuat baju untuk raya..meriah gitu..Aku walaupun tak menyambut raya..tak kira la apa musim..kecuali musim buah-buahan memang berkenan sangat la membuat baju kurung..bukan apa..kain jer dah pelbagai corak dan warna..paling seronok, ianya bukan macam dress mahupun apa2 baju yang perlu tema tertentu..

Apa lagi..bila Ayin kata "jom kita buat baju..malam karang yer"..hmm, bagai pucuk dicita ulam mendatang..aku pun malu-malu kambing tapi mahu dibuatnya..hehe..


Ini adalah kain yang aku hantar semalam..buat masa ni 2 pasang dulu..kalau puas hati karang berpasang-pasang la jawabnya ye tak..hehe.

23 Jun 2011

Misi Diteruskan..

Bukan misi pengamanan ye..jangan salah paham..Hari ni aku keluar lagi bersama Tina mencari rezeki..cuma jadual perjalanan itu amat lewat..mula-mula xjadi pegi..maka tidak la aku berharap sebab aku yakin akan ada hari esok..tiba-tiba nak dekat pukul 2 dia text dan kata menjadi..terusla aku bersiap ala kadar dan tunggu kat bus stop..tunggu punya tunggu dekat sejam baru muncul..buat nervous je..ingatkan tak jadi..

Misi diteruskan..tapi kali ni cuma pergi satu tempat je..lepas tu teman dia cuci gambar pasport..sambil tunggu, bercadang nak makan ais kacang..Mak aih murah rezeki berjumpa ngan anty uncle dia orang..langkah kanan betul..Bersama ais kacang dan rojak..memang satu pilihan yang amat bijak..tambah-tambah waktu petang yang panas dan terik..tq anty n uncle..hehe..^___^.

Gambar untuk hari ini..

Sekian-

22 Jun 2011

- 3 Hari Menghilang -

HARI KETIGA MENGHILANG (21 JUNE 2011)

Okey..hari ketiga ni..aku dah rasa semput yang amat..tak cukup rehat walaupun tido awal, tak cukup makan walaupun masa makan tengah hari..abis jugak nasi aku..dan rasa sangat penat hingga sanggup tido merata-rata hatta di jalan raya pun boleh..Ehh..itu membunuh diri nama nya benggong.

Hari ketiga ni..pagi2 lagi aku dah keluar bersama dengan Tina (Christina) untuk mencari rezeki..tapi serius tak berkenan la aku..bukannya choosy..tapi kalau dah gaji cukup untuk tambang bus then public holiday pun keja jugak..tak ke haru jawabnya..jadi aku pun reject walaupun dia orang suruh datang keja keesokkan harinya..tak larat aku..public holiday orang hepi..aku tengok gigi..itu perumpamaan baru ye..tapi pekerja kat situ memang friendly..sangat sayang..bukan rezeki la tu jess..sabar la k..huhu.

Lepas tu..aku dan Tina melencong ke Merdeka Mall..tadaa..tengok wayang THOR..dah lama crita tu..tapi layan jer..fuhh dahsyat-dahsyat..mantap meletop gitu..hahaa..

 Ini adalah aku masa nak turun berjalan..semangat sungguh rasa nya..hehe.

 Kemudian melencong menonton wayang..di Merdeka Mall..jess..jess-
 Aksi sebelum menonoton wayang..ala-ala superwoman konon..perasan lebih.haha..

Ini pulak kawan aku Tina..tengok hepi tak hepi menengok wayang..seri terpancar di wajah..hehe.

- 3 Hari Menghilang -

HARI KEDUA MENGHILANG (20 JUNE 2011)

Tengah hari yang terik itu aku keluar lagi bersama dengan Ayin..mak aih..korang keluar lagi..?..boleh tanya..berdating ke..?.Eh mulut sapa yang cabul tu..aku cium karang..hahaa.macam aku gatal nak mencium. Sebenarnya kami berdua pegi post office ambik form dan kemudiannya ambik cop..tu jer..tenang ye, bawa bertenang..sebelum tu, kami makan dulu, cam biasa la nasi lalapan bukan acara berlapan okey..tu sukan la..hehe.. Lepas tu kami kemana..pegi supersave mencari benda yang tak ada..rupa nya banyak jugak barang yang tak ada..seperti memborong gamak nya..memang haram keluar berdua mesti ada2 je benda dibeli..hehe..

Sebelah malam pulak aku sambung lagi membantu membalut kasut dan syukurlah..siap jugak akhirnya..tu pun dengan ada nya pertolongan daripada adik dia..terasa ringan je beban ditangan..dah siap, bila balik lagi bertemu tilam..hurmm..lemah jugak aku bila dipeluk oleh bantal..

 Ini adalah rupa sebelum berjalan..masih fresh gitu..korang tengok la rupa bila balik..ala2 expired date gitu..hahaha..sot.

- 3 Hari Menghilang -

Kemana..? Di mana..? Dengan siapa..? tak dengar pun khabar berita..Sebenarnya aku ada di mana-mana. Kat rumah sendiri, kat rumah kawan..kat kedai-kedai yang berdekatan. Cuma apa yang aku lakukan disepanjang 3 hari tu tidak mengizinkan aku untuk menulis blog..tak terdaya rasa tangan dan kaki ini..Mintak Maap ya my sayang (Blog)..sibuk sangat-sangat..gini kisahnya...

HARI PERTAMA MENHILANG.. (19 JUNE 2011)

Tak jauh mana pun pegi nya..tu haa, kerumah Ayin jer..tolong dia membungkus kasut untuk customer..semua sekali 36 pasang..36 okey..tambah pulak tangan aku sepasang..gila tak letih..tapi aku mintak izin untuk balik sebelum pukul 11..

Bila dia mintak tolong tu aku tak la kisah sangat..sebab aku hanya pikir tu je la masa untuk di luangkan bersama..bukannya macam zaman sekolah yang setiap hari kita pegi jalan kaki bersama kan..ia la, makin dewasa makin kurang la masa yang kita ada..lebih-lebih lagi kalau kawan dah kawen..uwaaaa..:( tak ke sunyi hidup aku..dah dah jangan emo..poning kepala DEn..tak kuasa melayan jiwangmu.

Malam tu kan yang best nyer..sambil membalut sambil mencuba..seronok tak seronok macam rasa kasut tu aku yang punya..haaha.tolong la jangan perasan. Masa membalut tu tak pulak rasa letih sangat..tapi bila balik jer jumpa ngan tilam..tersungkur jugak aku tido..jess..jess.

Antara kasut yang aku cuba..cantik kan..dan kotak-kotak yang bertimbun tu pulak aku yang balut..itu baru separuh ye..

16 Jun 2011

Hadiah buat kekasih-

Aku menghadiahkan sesuatu yang istimewa buat yang tersayang..walaupun aku tahu Hari Jadi dia lama lagi..nak kata hadiah untuk Valentines lagi la jauh..Yang sebenarnya..masa aku konvo ari tu..aku ada beli something buat dia..kira lambat jugak la aku kirim..hehe.

Kalau tak kerana mendapat panggilan keramat dari Ayin..bertocang la barangan itu..hehe..Itu pun sebab dia nak post barang untuk customer..apa lagi dengan secepat kilat la aku bangun pada pagi yang mulia itu sebab ada projek kecil yang aku nak buat..


Ini adalah T-shirt/ jersey yang aku beli untuk dia masa aku konvo hari tu..Aku tahu yang dia memang seorang yang aktif dengan sukan futsal dan badminton..sebab itu aku memilih untuk beli ini buat dia..


Dan ini pulak projek kecil yang aku buat..satu gambar masa kat miri Airport..kira latest la tu sebab tak ada mencuci gambar yang lain..sebelah tu pulak gambar lama..Last minute punya projek..but hope that he like it..
^____^ Sekian-

15 Jun 2011

Peninggalan dari Arwah..

Cantik kan pinggan ni..punya nilai estetika nya tersendiri..Kalau nak tahu, pinggan ni dah wujud sebelum aku lahir lagi..Betapa panjangnya umur pinggan ni..tetapi masih lagi dalam keadaan yang elok.

Yang sebenarnya..pinggan ni aku ambik dari kampung..bukan arwah mahu pun sesiapakan pun menghadiahkan aku pinggan ni..perasan kan aku..Tetapi aku ada sebab yang kukuh kenapa aku mengambilnya..

Arwah atuk dan nenek sebelah ayah memang rapat ngan aku..dari kecil aku di jaga oleh mereka..boleh dikatakan aku lebih rapat ngan mereka berbanding ngan keluarga sendiri..mereka terlalu penuh ngan kasih sayang..dan jika anda cuba mengenali dan rapat ngan mereka..anda pasti jatuh cinta..

Tujuan aku mengambil pinggan ni sebab aku mahu menyimpan sesuatu kepunyaan mereka sebagai kenangan..maka sampai bila-bila pun aku akan rasa bahawa mereka sentiasa dekat ngan aku walaupun sebenarnya mereka jauh..sedih kan..:(

Tetapi yang pasti..pinggan seperti ini tiada lagi di pasaran..itu yang penting..jika ada pun tidak akan sama. Pinggan ini boleh dikategorikan sebagai VINTAGE sebab usianya lebih dari 20 tahun, klasik dan lama..Selalunya pinggan ni ada kat kampung2..jika anda berminat, rajin-rajinkan lah mencari..^___^

Lagi gambar pinggan..


Baiklah..yang alas bunga-bunga tu tak termasuk yang aku ambik k..itu kain baju kurung.hehe..Sekian-

11 Jun 2011

Menghadapi Hari Penting..

PONING LALAT + AKU PONING = KAMI PONING !!!!


Adui..poning lalat kepala ni Yah..macam peperiksaan pulak aku rasa..kang tak belajar memang zero terus la jawabnya..tak pe la..buat je setakat mana yang mampu..kalau tak tahan haa..tido la jawabnya..hehee.

Korang pun mengekot poning jugak ka..ehh jangan-jangan..benda ni memang serius..tapi tak ada la sampai soal hidup mati..ada pun sikit-sikit kot..tapi belum pernah lagi rasa nya orang mereng kerana hal ni..harap aku bukan yang pertama..seram2..

Apa-apa pun selepas aku menghadapi hari sukar ini dengan seadanya..aku pasrah sahaja dengan apa pun keputusan mereka..kemudian baru la update lagi kat blog..itu pun kalau ia nya sesuatu yang bisa buat aku dan keluarga beruang gembira..harap-harap la ye..

Baiklah sekaliannya..buat masa ni aku berahsia dulu..hanya orang tertentu je yang tahu pasal ni..termasuklah kucing kesayanganku..Ada alasan mengapa aku beritahu kat kucing kesayangan ku tuh..sebab nya dia memang penyimpan rahsia yang baik..Anda binggung..? Aku pun binggung..Sekian-

9 Jun 2011

Aksi si Coomeel !!!

Sekali, dua pandang tetap tak jemu..tak kira la tengah menguap ka..tengah dia memandikan diri..dia orang ni tetap comel..apa yang buat dia orang nampak sentiasa comel ye..walaupun dah tua..ada guna jamu tak dia orang..? sapa tanya soalan ni memang nak kena hampuk la jawabnya..yang pasti bukan aku tanya..aku tukang tulis jer..hehee..

Hari ni aku nak berkongsi gambar binatang kesayangan ku..yang sentiasa menemani tanpa jemu..yang makan tanpa kira masa juga tak akan mengadu bila anda buat salah kat dia..Adui..ni la dia.."dia tu kan binatang..nak mengadu macam mana pulak.."..Ehh hello, kan aku dah beritahu, aku tukang tulis jer..tapi apa-apa hal dia memang makhluk paling comel, setia dan penyayang..tang yang ini..kita semua setuju ye..hehee..Jom berkenalan dengan si Hensem..

Nama: Si Hensem.
Nama Samaran: Boyy
Umur: Tidak Pasti.
Status: Bujang.

Ini la dia pujaan hati ku..bila dia tengah boring dia akan buat muka sardin..memang laku..

Ini masa dia tidur..ntah betul ka tidak tidur..macam rupa skodeng ada la..

Haa..AWAS..pencuri air kura-kura..cuba la si kura-kura tu ngapp jer kepala mereka kan bagus..

Seperti berkomunikasi..tapi hanya memandang sahaja rupanya..

Tengah membersikan diri..betul ka tidak tak tau la..

 Tidur yang lena..kat katil parent.kalau mak nampak..abis2..tak berbulu la jawabnya.

Bersama tuannya..memang serasi berdua..hehee..Sekian-

8 Jun 2011

Cutest thing handmade..

Yaa..yaa..aku tahu..tajuk omputih..tulisannya melayu..hancur2..ni ha..masa tengah hari tadi kan..tengah aku termenung sana sini melihat reben untuk kotak kek..yang warna merah tu..tiba-tiba kan ada sesuatu muncul secara tiba-tiba kat otak aku..terus la tanpa berlenggang kangkung aku mengambil segala peralatan seperti mana selalunya..

 Haa..ni la dia..selalunya kalau kita ada tempah kek..confirm punya ada reben ni..jadi..kerapkan lah untuk beli kek ye..terkopak duit den..sob3..

 Dan ini adalah hasilnya..buatan tangan aku sendiri ye..oit2 jangan ketawa..aku tau la bunga tu tak serupa bunga..macam bunga rampai ada tak..huaahuaa..

Cara membuatnya tak sempat ditunjukkan sebab tangan aku lebih laju membuat dari mengambil gambar..Jadi, dari gambar di atas tu..ada gambar bunga yang aku nak buat jadi klip rambut..yang sebelah tu pulak jadi pin baju kurung..

Ini bunga yang tak serupa bunga..yang klip rambut warna hitam tu boleh didapati dimana-mana..

 Tadaa,,inila hasilnya..aku cuma masukkan sahaja klip rambut tersebut di celahan bunga tanpa perlu bagi gam gajah..cukup mudah.. 

 Dan inilah contoh cara pemakaiannya..guna kat rambut ye..bukan di baju mahu pun di hidung..hahaa..Sekian-

7 Jun 2011

Hati ini rindu..:(

Sob3...rindu nye ngan dia..sudah2 la tu jess..cian budak nie..xdpt dibantu lagi..

Bermula pada malam ini sehinggalah 10 Jun..kekasih hati akan kerja malam..Ini bermaksud, aku akan bersendirian dengan farmville tanpa ditemani oleh dia..huhu..Tau la 3 hari jer...hati ni haa..kuat mengatakan tak dapat terima hakikat..Tapi, nak tak nak..pas kawen karang aku kena jugak menerima hakikat yang kilang itu setiap tahun akan ada shutdown..hurmm..shutdown tu apa ya..? kalau showdown, aku paham la..yang breakdance tu..aku minat giler ngan benda-benda menari tu..favorite aku wakaka crew..mantap giler..tapi untuk yang 2011 nie..aku tak pulak tengok..

Eps..eps..boleh pulak cerita showdown..kite tengah cerita shutdown la..bengong2. Alkisahnya..dari ilmu aku yang tak seberapa nie..kilang akan shutdown atau tutup operasi untuk tempoh tertentu sebab dia orang nak check machine sana sini..kalau ada kekurangan atau kerosakan..boleh la di repair..ye tak..dengan itu..bila dah nak start production nanti tak da la masalah yang sama waktu dengan nya timbul..haa..kan dah berjela huraian..ntah betul ka tidak tu, aku tak tau la..bukan bidang aku..yang aku tau..merapu sesedap rasa..hehe..

Tapi yang pasti..hati ini akan merindui suara yang selalu menelefon tepat 10.30 malam..Ini bukan cerita hantu..tapi memang benar..itu la waktu dating kami..jika dulu..semasa masih belajar, kami akan dating tak kira masa..hatta tengah makan atau menonton tv mahupun tengah berdangdut mas idayu bersama kawan..kalau dah dia telefon..layan je..Sekarang kami masih seperti dahulu cuma semakin matang dalam hubungan..maksudnya..kira dah ready la untuk tahap yang seterusnya..kalau dia lambat pinang aku..siapla..aku yang akan meminang dia..hahaha...gatal2..anak sapa la dia nie..dah sudah..bukan isu gatal aku nak luahan..tapi ni ha..rindu2..Sekian-

6 Jun 2011

Peristiwa 3 hari berturut-turut..

3 JUN 2011

Pertemuan setelah 6 tahun..cukup terharu dan kecoh..Siapa yang tak jumpa selama 6 tahun? yang pasti bukan aku dan kekasih..semput nyawa aku kalau benar tak jumpa selama 6 tahun..paling kurang aku akan ajak dia terus berkahwin..fuyoo..kenyataan berani tu.hehe..

Yang sebenarnya..adik-beradik bapak aku yang lama tak jumpa bila berkumpul..meriahnya kemain..yang melayu, cina dan dusun..semua ada..Part paling best..bila ayam bertemu dengan itik..memang lucu bila masing-masing cuba untuk memahami apa yang cuba disampaikan..kazen aku yang cina masih dengan bahasa cina nya yang satu apa pun aku tak paham..aku pulak dengan muka seposen berpura-pura memahami..last-last..aku tanya dia satu benda yang memang aku ada belajar masa kat universiti.."ni de mingzi jiao shenme?" ("Siapa nama kamu..?")..itu yang paling asas..pas tu dia jawab berjela-jela..penghujungnya..aku blur..

Hurmm..bagus sangat la tu..Setahun stgh aku belajar mandarin..tu je yang aku ingat..memang bengong..Sepanjang tu..aku layan jer la..nak tahu aku bercakap dengan sapa sampai bengong..? kazen aku yang umurnya 7 tahun..cuba beritahu sapa yang tak bengong..aku ke dia..jawabnya..lu orang sama saya pikir sendiri..hehe.

4 JUN 2011

Ini adalah kisah pada hari yang seterusnya..Pada hari ini kawan-kawan komputer berkumpul..pergi mana?..siapa-siapa yang ada tahi lalat kat kaki akan mengerti dan amat memahami..kerana yang pasti, tahi lalat kat kaki itu adalah satu petanda kaki suka berjalan..nasib baik suka berjalan..kalau suka menyepak..?..haa, memang malang la siapa-siapa yang jadi mangsa..yang pasti bukan aku..sebab aku tengah menulis..hahaa..

Perjalanan 3 dara tinggi rendah bermula bila si Minah membawa aku dan si Ayin pergi berjalan..dia memang gitu..esok dia balik kuching, hari ini baru ada jumpa..jadi jangan di herankan..Kemana kami 3 pergi menghiburkan hati..? mula-mula pergi makan..ahh..bab makan nie aku tak memilih sangat..semua aku sapu licin..

Ini adalah menu yang aku pesan..nama nya nasi lalapan ikan tongkol..bukan nasi lelap..hahaa..mental2. But I tell u..memang power rasa nya..meh try la sekali..lokasi nya di Muara, Miri.

 Ini la kawan komputer aku..yang bertelefon tu lah Minah (Noree)..dan yang senyum sokmo tu adalah Ayin (Nurain)..memang kaki gambar..hehee..

Aktiviti kami selepas itu adalah membeli barang yang tiada dalam senarai..contohnya: Baju..masa tu aku cuma nak beli dompet ngan jam pakai voucher..alih2 dapat baju pulak..ni la dia budak zaman sekarang..menang membeli..memang pasti memakai..ye tak...rosak2 bahasa kita..hurmm..

Ini jer la yang aku mampu..tu pun pakai voucher..huhu..aku bukanlah peminat jam yang setia..tapi kalau ada satu pun dah kira ok dah..jadi koleksi..pakai nya..hurmm..tunggu aku berjambul la jawabnya..hehee..

5 JUN 2011

Hari yang ketiga..Hidup aku nie memang tak pernah sunyi dan tak kering gusi..kerana aku sentiasa menyibukkan diri..itu la aku..kalau-kalau tak tau nak buat apa..mula aku mencari segala harta yang ada dalam bilik dan membuat projek ntah apa-apa sampai la penat dan tido..memang dari azali gitu..jadi ia nya bukanlah satu penyakit luar biasa sebenarnya..haha..

 Hari ketiga nie aku bukan nak cerita pasal penyakit..tapi si Ayin malam2 dah booking aku ngajak menengok orang kawen di lorong sebelah menyebelah rumah..yang ajaib nya, belum lagi otak aku berpikir..aku dah kata setuju..tu dia..mulut aku lebih laju bagi jawapan..memang tak boleh pakai la otak aku ni..seperti siput rupa nya..hahaha..

Maka dengan itu, berbaju kurung la kami ke sana bersama dengan ibunya..Sebelum itu, sempat jugak aku menyuruh otak aku berpikir mencari jawapan sebab musabab aku nak pergi..rupanya..alasan otak semata-mata nak mengambil berkat kot-kot pas giliran pengantin, aku pulak pas tu..memang gatal..patut la mulut ku dulu bercakap sebelum berpikir..hampeh bebeno..

Dah sampai ke tempat yang di tuju..memang meriah..memandangkan ini adalah kali pertama aku menghadiri majlis perkahwinan orang melayu..jadi aku ada sikit perasaan malu..maksudnya..kalau selalu pergi tak malu la..isk..isk.isk..

 

Hmm..mana gambar pengantin..? cam gambar aku jer semua nie..yang sebenarnya..ini memang gambar aku..akibat terlalu ramai orang..aku secara tidak langsung akan menjadi insan yang sangat pemalu..penghabisnya..aku ambik la gambar sendiri..seperti selalu..jess..jess..

Haa..yang ni..bukan bunga telur tetapi kipas tangan..kira gift la tu..hehe..

Sekian-