26 Jun 2011

Ulat Tinduh dan khasiatnya.

Ada berani..? Ini la dia Ulat Tinduh dalam bahasa Iban..Masyarakat Mukah pulak memangggilnya Ulat Rumbia kerana ulat ini boleh didapati daripada pokok rumbia yang dah reput. Ada juga memanggilnya sebagai Ulat Mulong dan Butod (Sabah)..famous gitu..Ulat ini memang famous dikalangan masyarakat Sarawak..kerana dipercayai mempunyai banyak khasiat..

Antara khasiat yang terdapat pada Ulat Tinduh ini adalah:
  • Minyak Tinduh dapat melebatkan rambut atau sebagai pemangkin kepada pertumbuhan rambut.
  • Mempunyai khasiat protein yang tinggi.
  • Walaupun tiada kajian saintifik dilakukan, ulat ini dipercayai mempunyai khasiat termasuklah mengurangkan masalah kegemukan.
Apa yang pasti, cara pemakanan Ulat ini adalah sama ada secara mentah, digoreng mahupun disalai..Anda Berani..?

Aku..hhmm..

Aku tak makan Ulat ni..nak pegang pun geli, asyik bergerak je..demi mengatasi masalah geli..aku pun pegang jugak..montok beno ulat ni..comel jugak.hehe..


Okey..mahkluk Tuhan yang dua ekor ni kan memang penyibuk..macam la diaorang boleh makan..nak ambil gambar pun payah..ada jugak kepala dia orang masuk.. isk..isk..isk..

Ulat Tinduh ni sebenarnya parent aku bawak dari kampung..diaorang goreng Ulat ni..aku hanya memandang je dari jauh..tak apa, lain kali kita cuba ye..nak menguji keberkesanan khasiat Ulat ni..hehe..Sekian-

Tiada ulasan:

Catat Ulasan