25 Jun 2011

Dia Demam :(

Dia adalah kucing kesayanganku..mesti anda terkejut bukan..ini adalah kali pertama aku menghadapi kucing yang demam..memang kesian..Tak tahu apa yang harus aku lakukan..hanya mampu mengelap matanya yang selalu berair..mengelap hingusnya..dan membiarkannya bersin..Lebih menyedihkan bila kemana sahaja aku pergi dia akan mengekori seolah-olah minta simpati..hrmmm..

Aku memang tak dapat melihat dia dalam keadaan begitu..jangan la pulak apa-apa berlaku kat dia..Aku boleh kehilangan benda lain..tak kisahla apa pun..cuma jangan orang yang aku sayang sahaja..sebab dia bernyawa..melihat dia sukar untuk bernafas sahaja pun aku dah tak keruan..tadi petang dia ada ok sikit..abang pun ada belikan ubat untuk dia..tak tau la berkesan ke tak..harap2 la..yang penting dah ikhtiar apa yang patut..


Ini adalah rupa dia sekarang..matanya merah dan hidungnya berair..memang kesian..Bila cari kat internet cara nak mengubati kucing yang selesema..makin menyusahkan hati je bila membaca..mudah-mudahan dia cepat sembuh..because I need him..:(

Tiada ulasan:

Catat Ulasan