Hadoiii Yah..rindu nya aku ngan blog nie..terbiar sungguh dia. Kiri kanan aku melihat pohon lalang tergedik-gedik macam sotong melambai..ni ha..Pak Mail dah balik..jaga la korang..segala-gala aku tebas..hehee.
Dah cukup-cukup!!..bukan pokok lalang cekeding tu aku nak cerita..tetapi Hari Gawai yang aku sambut..Amboi..tahun ni aku sambut kat Brunei..ngan keluarga kakak..tapi kan..awal-awal lagi aku dah buat hal..Aku memang cam gitu..beria-ia bersiap, dah duduk dah dalam kereta..dup dap dup dup..MAkk!! aku lupa passport lar..bukan mak atau ayah aku yang lupa ok..tetapi AKU..kasi dramatik sikit..jeng-jeng-jeng..nasib baik baru naik kereta ..kalau dah kat imegresen..haa sapa nak jawab..suruh je la akak dan abang imegresen jawab..nak sangat passport kan..hehee..
Dengan muka seposen tanpa rasa bersalah..aku duduk dalam kereta tanpa memandang mata-mata tajam ke arah ku..aku paham beno signal tu..orang marah la tu..lupa la lagi ye..tindakan cover line aku..hmm..ni la dia..tengok la tang mata tu..macam kura-kura naik perahu..pura-pura tak rasa bersalah..
Amboi..sempat makan aiskrim..cover la tu..please la grow up k..hehee..
Itu cerita masa on the way pegi Brunei..ada lagi benda xsenonoh aku buat..belum mandi dah bergambar..aku memang cam gitu..Hmm, kalau la boleh kawen ngan kamera..tapi boyfriend aku tu nak letak kat mana?..hmm..setelah di timbang kati segalanya..dia aku letak kat tempat yang hanya aku je tahu..hehee..
Ni la dia..bangun je terus bergambar..jess..jess..no komen..
Pada hari yang sama juga kami sekeluarga pergi ke rumah adik-beradik abang ipar..mak oii..ramai nya sedara mara mereka..tak terkira..tapi tak ada pula aku ambik gambar diaorang..balik-balik gambar aku jugak yang aku ambik..hehehe...
Pada hari yang seterusnya..kami mengembara lagi ke rumah-rumah sedara mara..seperti biasa mereka ramai dan meriah..bukan suatu perayaan kalau tak meriah ye tak..melihat pelbagai bangsa dari satu cabang..memang seronok..hmm..(gaya penulisan aku memang kadang-kadang tak masuk akal nak paham..tak apa..yang penting aku paham)..hehe..Sudahnya..aku ambik lagi gambar diri-sendiri untuk sekian kali nya..
Hmm..sudah-sudah la tu jess..kang terbabak pulak kamera mu..hehe..
Pada hari-hari terakhir:
Part ni paling best..melihat juadah segala kek yang kakak ku pesan serta menyambut ulangtahun perkahwinan yang ke 33 bapak dan mak adalah sesuatu yang bermakna..segera mengingatkan kepada kita bagaimana suatu perhubungan itu bermula dan dikekalkan...moga aku, anda dan mereka di kurniakan pasangan yang begitu..
Haa..yang ni tetiba je muncul apa pulak..kalau korang nak tau..segala kera ni muncul masa tengah hari..apa lagi mak bapak aku..seronok tengok si kera-kera duduk sambil hayun kaki kat kereta kami..dahsyat betul..nasib tak buas . Pas tu kera-kera terus datang berduyun-duyun ngan family nya bila kami baling keropok ngan mereka..mesti lapar..kesian pulak ngan diaorang..huhu..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan