26 Julai 2011

Kematian itu Pasti..

Jika itu yang berlaku kepada ahli keluarga mahupun saudara mara anda..maka terimalah segalanya dengan hati yang terbuka..kerana aku yakin ada hikmah disebaliknya..Siapa kita untuk mempersoalkan segalanya..Aku pernah kehilangan malah aku juga paham akan perasaanya..kerana aku pernah melalui saat-saat itu..

Saudara mara sebelah ibu telah meninggal dunia pagi semalam..manakala pak cik kepada kekasih pulak meninggal pada waktu malam semalam..Walaupun tidak mengenali mereka secara dekat, tapi daripada apa yang diberitahu..mereka adalah dikalangan orang yang baik..sentiasa menghulurkan bantuan kepada orang lain semasa hayat mereka.

Mengenang kembali detik kehilangan arwah Atuk pada 6 tahun yang lepas memang sesuatu yang menyedihkan..Aku terlalu menyayanginya..tetapi aku juga tahu bahawa Tuhan lebih sayangkannya kerana itu la Tuhan mengambilnya..kerana tidak mahu melihat dia menderita..maka..aku relakan dia pergi walaupun ketika itu aku masih memerlukan dia..

Harapan aku..semoga mereka akan ditempatkan dikalangan orang yang baik-baik..Amin-

24 Julai 2011

Kisah Semalam..

Disebabkan terlalu sibuk..maka aku tak ada masa hatta seminit pun nak update blog..nak bukak laptop pun dah tak terdaya..hanya mampu tutup mata dan tido..haa..tang yang itu aku memang banyak masa..hehe. Semalam..dari pukul 10 pagi sampai pukul 10 malam aku tak ada kat rumah..12 jam tanpa henti keluar berjalan..mana tak penat semacam je rasa badan..

Nak tahu kemana aku pergi..?

Macam biasa la bila bersama Ayin.memang susah nak melihat kelibat aku kat rumah..pagi-pagi lagi dah keluar pergi ke majlis hari jadi anak bos tempat adik dia bekerja..Asal terpandang je dengan logo kat kek tu..hati aku dah tersenyum kambing.."Secret Recipe" memang favorite aku..pandai la diaorang ni beli kek.hehe. Kedua favorite mestila KFC..aku tang ayam jer aku berkenan..haii..dah rezeki kau Jess..terima la dengan selera yang lapang..haha..

 Wajah bahagia pada hari tersebut..memang berbunga-bunga la jiwa kalau bab makan..hehe.

Abis je majlis, kami pergi Shopping Mall..kali ni tak perlu check stock hanya window shopping je..Bukan apa..dah lengkap dah semua barang dari baju ke accesories..kalau boleh tahun depan baru sambung memborong untuk New Year pulak..hehe. Nak tahu apa aku beli sepanjang berjalan..?

Manik untuk baju kurung..bila ada masa karang, aku nak menjahit lagi..abis la baju kurung aku lepas ni..

Tak abis kat situ, petang nya pergi makan lagi..Kak Mie sekeluarga pulak belanja. Beliau ialah kakak kepada Ayin..memang murah la rezeki aku pada hari tersebut..hehe.

Sampai je kat rumah petang tu..terus ambik gambar ngan beg..Malamnya pulak sekali lagi diaorang ajak aku makan bersama..Memang hari murah rezeki ke untuk aku pada hari tersebut ?..Paling best kak mie pulak masak..merasa la aku ngan air tangan nya..hehe.superb gitu..

Ini adalah sebahagian daripada gambar yang aku ambik bersama dengan beg..kalau nak tengok yang selebihnya ada DISINI..Ada banyak pilihan okay..dari beg berjalan hingga lah beg nak pegi kenduri..tambah-tambah nak dekat raya..meriah gitu bersama beg baru..ye tak..? hehe.

Dah siap semua keja, aku pun balik..sampai je kat rumah malam tu..mak ai..rindu bena ngan tilam aku..tu la benda yang tersangat payah aku nak tinggalkan sebenarnya..dengan bantal princess nya lagi...isk..isk..isk..                                                                                                                     
                          

Hadiah Dari Kuala Lumpur..

Seronok tak seronok..memang melampau-lampau la rasa teruja apabila melihat barang yang dibeli oleh Si Ayin untuk aku..Rasa nak melompat terkinja-kinja pun ada bila melihatnya..Tapi bila mengenangkan diri yang dah dewasa ni..hanya senyuman sahaja yang dapat aku beri.hehe..Kalau nak tahu, ada jugak antara barang pemberian tu aku dah pun selamat rasmikan nya..hehe ^;^


Haa..ini adalah salah satu baju yang dah selamat aku rasmikan..suka sangat-sangat..hehe. Bukan baju sahaja yang dia ada beli untuk aku..accessories pun ada jugak..memang shopping sakan la Si Ayin masa dia pergi K.L hari tu..seperti memborong pun ada jugak..hehe..

 

Inilah antara barang yang dia beli untuk aku..cantik sangat-sangat..I like..Makin bertambah la koleksi aku..pakai nya tak tahu la bila...Anyway Thank You so much Dear Friend..Yehaaa..hehe.

22 Julai 2011

Dah Nasib Engkau la Cicak..


Kejam tak kejam dah jadi arwah pun cicak ni..hanya simpati jer yang dapat aku beri..Mulanya aku dah selamatkan dia semalam..sempat lagi aku simpan dia kat tempat yang tinggi bersama ekornya yang dah putus..Alih-alih pagi tadi aku dh tengok dia tak bernyawa lagi..Sapa punya keja la kalau bab-bab membunuh binatang gini kalau tak bukan angkara kucing aku yang sekor tu..

Dia bukan makan pun benda ni..pakai dia mengisi masa lapang yang tak berapa nak lapang tu..kalau tangkap tikus tak pa la jugak..ada jugak faedah..ni cicak..tengok..kan dah membebel aku dibuatnya..kadang-kadang kalau dia tak buat hal sunyi pulak..kadang-kadang pening pun ada jugak..terutama kalau ada kucing lain yang cari pasal ngan dia..dia tu kucing jantan..tapi macam separa kucing betina pun ada..biasa la tu..kucing yang manja memang gitu..jangan diheran..


Inilah dia..penjenayah tegar.Rasa-rasa tak buat kesalahan..tidur pun masih boleh nyenyak..kat meja solek lagi tu.heran-heran..Disebabkan dia adalah binatang yang paling aku sayang, maka aku tutup mata dan tutup kes okay pasal cicak.hehe.^____^.

21 Julai 2011

Aku Tengah Sibuk Menjahit, Dia Pulak Sibuk Tidur..huh!!

Tengoklah.. Tengah aku sibuk menjahit, dia pulak tanpa segan silu terus masuk bilik dan membaringkan diri kat kain baju kurung yang tengah aku jahit..dia ingat tilam ke tu?..kejam betul..Pas tu kemain lagi dengan aksi yang rasa-rasa comel nya dia tidur..dengan harapan supaya aku terhibur dan tak akan marah kat dia..Kucing-kucing..nak aku marah tak sampai hati la pulak..

Memandangkan aku hanya sambung menjahit kat bahagian tangan baju kurung, jadi aku bagi la dia peluang merasa tidur yang nikmat sekejap kat baju tu..lepas dia bangun jer..korang tahu apa aku buat..Tengoklah gambar dibawah..haha..

Sebenarnya aku geram sangat dengan kecomelan dia..jadi aku pun ambik la gambar bersama dengan penuh kasih sayang..tetapi bila tengok balik kat gambar tu..macam kena cekik pulak si kucing dengan mata terbeliak..gambar tersebut bukan seperti yang anda pikirkan ye..hehe..

Lepas tu..aku pun sambung balik menjahit manik kat bahagian baju kurung..akhirnya..siap jugak la..hehe.

Inilah dia..hasil kerja aku yang pertama..lepas ni nak cuba belajar buat corak yang lain pulak..^___^

17 Julai 2011

Bila berziarah dapat hadiah..

Hadoii..rindu sungguh aku ngan blog ni..mana tak nya..aku tak ada kat rumah..Eh..mana aku pegi ha..?..Sebenarnya, aku menghabiskan hujung minggu selama 3 hari 2 malam kat Brunei..menziarahi kakak aku kat sana..bukan blog ni aje aku rindu..kekasih hati pun sama..itu sudah pasti..!! hehe.

Kedatangan kami ke sana memang langkah kanan..mana tak nya..15 Julai merupakan Hari Lahir abang ipar aku..memang seronok..sempat jugak menyambutnya dalam suasana yang sederhana..

Kek Hari Lahir..Semoga panjang umur dan murah rezek-Amin.

Haa..bukan itu sahaja..yang lebih menyeronokkan, bila kakak aku memberi banyak barang kat aku..macam aku la pulak yang sambut Hari Lahir. hehe..memang pelik..tapi tahap seronoknya..hanya hati, limpa dan jantung aku yang tahu..haha..

Haa, cantikkan..kain ni sebenarnya merupakan pemberian daripada jiran kakak aku yang merupakan orang India..setiap kali dia balik India mesti dia akan belikan sesuatu untuk kakak..memang baik..Kemudian, kakak beri pulak kepada aku kerana dia dah ada banyak kain..Aku apa lagi, memang seronok yang teramat..hehe.

Ini pulak baju yang punya pelbagai fungsi..boleh jadi dress, ladies shirt and mini skirt..SuperLike it!!

Baju sejuk yang berkait..memang comel..sangat selesa bila dipakai..ada hud lagi..Thank You so much Sis..

Antara accessories yang diberi oleh kakak..memang comel..

Ini pulak kalau korang tak kenal memang kejam la..ini adalah aku..keceriaan terpancar bila family kata.."Jom kita pergi Brunei"..hehe

* Special Thanks to my Sis and family..ILOVEU so much..xoxo-

13 Julai 2011

Fake Magazine Covers..wink^wink..

Menjadikan diri-sendiri sebagai cover untuk sesebuah majalah memang seronok..Dan keseronokkan itu semakin berganda bila kita dapat memilih sendiri gambar yang mana satu kita nak letak sebagai front cover..Tambah-tambah lagi kalau korang dapat pilih sendiri jenis majalah untuk diletak gambar..nak majalah Model ke, ala-ala majalah Teengirl hinggalah ke majalah Hot, Family & Friends pun ada..Tapi macam mana ye nak buat semua tu..Okey..korang boleh la bukak laman web Fake Magazine Covers - Magmypics.

Dah bukak laman web tu..? Apa lagi pilih la gambar korang dan kekasih hati kemudian, pilih la jenis majalah yang korang nak letak gambar tu dan ikut je instructions yang tertera..Senang kan..^__^. Benda ni sebenarnya dah lama wujud..tetapi disebabkan seronok pulak meihat gambar jadi majalah..tu yang tergerak hati nak buat..

Ini pulak antara gambar yang aku sempat buat jadi majalah..Merasa la kejap ada majalah sendiri..konon..hehe.

Selamat Mencuba..^___^

12 Julai 2011

Aku dan Rambut Palsu..


 Haa..ini la keja aku untuk hari ini..mengisi masa lapang yang tak berapa nak lapang..mana la tahu kot-kot nak gunting rambut tak pun nak menyimpan rambut supaya panjang..sebelum kecewa ngan rambut tersebut, baik aku buat ekperimen dulu kan..tak la menyesal di kemudian hari..ye tak..

Macam mana aku buat benda ni..senang jer..korang boleh download PHOTOSCAPE 3.5..semua benda ada..dari mengedit gambar sehinggalah kepada kartun-kartun comel yang anda sendiri boleh letak jadi hiasan kat header anda..haa..seronok tak seronok, memang ada banyak benda yang korang akan dapat buat kalau rajin meng-Explore nya..betul tak..apa lagi download la beramai-ramai..

Tang gambar kat atas tu..aku suka ngan rambut curl apatah lagi ikal mayang..tapi selalunya buat kita nampak lebih dewasa dari usia..tapi..memang aku dah dewasa pun kan..hehe. Aku akan buat..tapi bila aku rasa aku dah bersedia..sekarang lebih selesa rambut pendek..Gambar yang ke-2 dan ke-3 tu pun aku berkenan..tapi belum lagi terpikir nak buat..nanti-nanti la ye..Bila aku rasa pintu hati aku dah terbuka karang..aku buat la..Tunggu sampai kepala berjambul la jawabnya kalau nak aku buat..hehe..Apa-apa pun hidup mesti Enjoy!!

10 Julai 2011

MOMOK wujud di blog..

Makk!!!..ini dah kes seram..patut ke tidak kita panggil abang seeker..ala, yang paranormal tu..suruh dia halau benda alah tu..eee..seram tengkuk ku menengokknya..

Jika benar seperti yang didakwa..maka hidup kita sebagai blogger memang dalam bahaya..diulangi BAHAYA!!!..Bagaimana mahkluk alah ni boleh singgah di blog..mungkin juga dia memang ada blog nya tersendiri dan buat "Blog Walking"..Bertuahlah blog anda jika disinggahinya..mungkin berdarah selepas tu..Tapi, berita gembira abang paranormal berjaya mengambil gambar mahkluk itu..memang hodoh..itu sudah pasti, yang pelik..dia pandai memuncungkan bibirnya yang tak berapa nak panjang itu..Errk?..tengoklah sendiri.


Aku dah cakap dah kan..EHH..jap-jap.. Cuba bagi tahu, gambar beruk mana yang korang letak ni..kalau tak silap, ni gambar aku la..masa tu aku nak test-test rambut depan dah panjang ke tidak..apa la..buat terkejut aku je nengok diri-sendiri..Tapi boleh tahan gak seram..macam JU-ON aku tengok..Dah, tak dapat tido malam la aku karang..takut ngan rupa sendiri..(Bonggok yang amat..) -

8 Julai 2011

RM 6,762,631..Serius Aku Kaya!!

Ini bukan main-main atau tipu-tipu okey..Lepas ni konfom berduyun-duyun mengaku sedara. Sedara jauh la, orang putih coklat la..macam-macam. Tapi tak apa, memandangkan aku ni dermawan..korang bawak jer sapa-sapa yang korang kenal, aku nak sedekah..hatta atuk nenek jiran kampung sebelah yang korang langsung tak kenal pun boleh jugak bawak berjumpa ngan aku..tak kisah..aku dah cakap yang aku ni pemurah kan..Tapi, dengan satu syarat..jeng..jeng..jeng.."JADI JIRAN FARMVILLE AKU" hahaha..nak bukti..? meh jemput tengok..


Haa..sekarang korang percaya kan..kalau korang jadi jiran aku..konfom aku beri bantuan setakat mana yang boleh..tolong-menolong tu kan amalan yang mulia..tak habis duit tu..sebab kalau ada untung RM 100,000..aku cuma guna RM 50,000 je beli barang mahu pun biji benih..sekarang dah tak excited nak membeli..jadi menyimpan je la keja aku..Tunggu apa lagi..? Raya nanti jemput pegi ke kebun aku ni..jangan segan-segan ye..masa tu ada duit Raya tau..rugi tak datang..hehe-

5 Julai 2011

Halfway Project..lalala..


It's not a runaway project..But, this is what we called "The Art of Quilting"..Actually it's become a halfway project since I was in secondary school..or I should called it never-ending project because whenever I got a new ideas..I will change the design and of course I need to start all over again..

See..typing pun dalam half-english..apa la..projek yang terbelangkai tapi dihidupkan kembali kerana ada misi dan visi terpendam untuk masa depan..anyway..kalau dah siap semua paling kurang dalam half year..aku akan ambil gambar penuh quilting ni ye..

Gambar yang paling atas tu baru siap dibuat petang tadi..kemain sakit belakang..Esok nak sambung lagi.Larat tak larat belakang kira..yang PENTING -IMPORTANT..^___^

2 Julai 2011

Aku dah jadi AUNTY..yahoo!!!

Siapa yang tak gembira bila menjadi aunty untuk banyak anak buah..haha..aku gembira yang melampau-lampau petang tadi apabila mendengar berita tersebut..Kawan sama Universiti iaitu Anty Ros/Rosnie yang aku lawat semalam kat hospital telah selamat melahirkan bayi lelaki yang comel seberat 2.3kg pada pukul 9.39 pagi. Tapi berita tersebut sampai kat aku pukul 4 petang. Hmm..terasa diri ini dah tua pulak..huhu..correction dah DEWASA..uuwaaa..aku pun nak baby jugak..tapi..sabar la k..tunggu MR.BENJEY proposed secara mengejut..tup-tup esok..haa, kan dah gatal pikir yang bukan-bukan..hehe..

Apa-apa pun baik si ibu mahupun baby dalam keadaan yang sihat..itu yang penting. Hurmm, mesti seronok kan ada baby..tapi bila mengenangkan yang aku pernah menjaga anak buah aku yang terlampau lasak tu..seram pulak rasa nya..tunggu bila aku rasa dah bersedia baru aku pikirkan ye..hai perasaan..seronok-seronok..lebih-lebih lagi bila dia dah pandai menyebut mama and papa..tak pun.."Owh mama, boboy nak mintak duit pakai beli mainan BEN 10 tu..murah jer tau RM 99.80"..kuangx3..habisla..kalau anak mengikut perangai papa and mama nya zaman kecik..dah, jangan nak merungut..dipersilakan memenuhi hasrat terpendam anak anda..hehe. Kalau aku..nak kena karate do tak pun silat..boleh jugak dipersilakan mencuba..haha..yang penting aku akan semaikan tabiat menabung tak pun belajar untuk mendapatkan sesuatu dengan berdikari..itu yang lebih afdal..

Macam mana ia rupa baby boy..mesti comel sampai nak picit-pict kan..ee, geram...

Source : google

Hai..tak kira la macam mana rupa bayi itu..diaorang memang ciptaan makhluk Tuhan yang paling comel...

1 Julai 2011

Empat aktiviti dalam satu hari..? Gila Penat..!!!!

Hari ini aku memang letih tahap Tenuk la..terkejar sana sini sebab takut tak sempat nak pergi sana dan hantar itu ini..tapi memandangkan ada kawan ikut..tak la jugak rasa letih sangat..sikit tu adala..Nasib jugak semua benda sempat siap..seperti orang kerja gamaknya..Apa aktiviti aku hari ini sampai letih sangat..Ni dia..

6.30 : Bangun pagi..Awal kan..standard jam 7 lebih..kira amazing jugak la ni.
8.00 : Aku dah masak untuk makanan TENGAH HARI..awal giler kan..tu pun goreng ikan je..tu yang paling cepat.
9.30 : Dah berangkat dari rumah..
10.30 : Nor ambik gambar pasport..Dijangka siap jam 11.30.

*Sebelum tu aku pergi beli baju baby kat kedai sebelah..sebab jam 4.30 nak lawat kawan kat hospital..

Haa..ni baju yang aku beli untuk baby kawan aku yang bakal lahir..aku tak tahu pun jantina dia..main beli je..tapi nasib jugak dia kata ada scan dan kata baby boy..harap-harap betul la.tapi ada gambar Teddy Bear..harap la baby dapat terima dengan seadanya pemberian anty ye..hehe. 

* Pergi Bormas teman Nor photostat sijil-sijil penting.
*Lepas tu pergi majlis bandaraya mintak cop untuk sijil-sijil..Pukul 2.30 baru boleh ambik.

12.00 : Perancangan masa yang cukup baik..kami pergi lunch kat Imperial Mall food court..seperti orang bekeja yang tengah lunch je lagaknya..hehe..

* Dah siap makan, lepak-lepak di sekitar shopping mall sambil mencari dress sesuai untuk Tina..memang meriah la kami tiga..seperti zaman masih sekolah pun ada..tapi umurnya..hmm..

2.30 : Mengambil sijil yang dah di cop..kira lambat jugak la siap..jam 3 baru ada..

3.05 : Pergi Piasau Mel mengambil gambar konvo yang dah sebulan terperuk kat sana..bila ambil HAMPEH bebeno dibuatnya..nama dah betul tapi gambar orang lain..sejak bila aku dah bertukar wajah..? pelik ka tidak..tiba-tiba kulit ku yang kuning jadi cerah..memang pelik la pengurusan diaorang..sabar la wahai hati..huhu.

4.00 : Pergi hospital lawat kawan..tapi 4.30 baru dapat melawat..Belum lagi bersalin sebab bukaan tak sampai 4cm..dah dah..ngeri dah tulang sum sum aku dengar.

5.00 : ON the Way balik..memang macam orang bekerja..SYABAS kawan-kawan..^___^

Gambar untuk hari ini :

Masa nak keluar, aku masih dalam keadaan fresh gitu..pakai minyak wangi..sambil senyum kambing..tapi memang ketara la rupa demam..Kesian ngan aku..huhu.


Haa..kawan-kawan yang bersama aku hari ini ialah Christina a.ka. Tina dan Noorfadleeza a.ka. Nor..Ada tengok gambar mereka berdua..siap peace-peace gitu..hehe. Bila dah bersama..memang kecoh la..Hanya bila makan je diam tak bersuara..jadi renung-renungkanlah tahap kecoh itu..hahaa.

Ini masa melawat kawan kat hospital..semoga Anty ros a.ka Rosnie selamat melahirkan baby Amin- Ada lagi gambar lain, tapi almaklumlah..camera canggih giler (opposite meaning-tak clear la.) hehe..Sekian-