Hadoii..rindu sungguh aku ngan blog ni..mana tak nya..aku tak ada kat rumah..Eh..mana aku pegi ha..?..Sebenarnya, aku menghabiskan hujung minggu selama 3 hari 2 malam kat Brunei..menziarahi kakak aku kat sana..bukan blog ni aje aku rindu..kekasih hati pun sama..itu sudah pasti..!! hehe.
Kedatangan kami ke sana memang langkah kanan..mana tak nya..15 Julai merupakan Hari Lahir abang ipar aku..memang seronok..sempat jugak menyambutnya dalam suasana yang sederhana..
Kek Hari Lahir..Semoga panjang umur dan murah rezek-Amin.
Haa..bukan itu sahaja..yang lebih menyeronokkan, bila kakak aku memberi banyak barang kat aku..macam aku la pulak yang sambut Hari Lahir. hehe..memang pelik..tapi tahap seronoknya..hanya hati, limpa dan jantung aku yang tahu..haha..
Haa, cantikkan..kain ni sebenarnya merupakan pemberian daripada jiran kakak aku yang merupakan orang India..setiap kali dia balik India mesti dia akan belikan sesuatu untuk kakak..memang baik..Kemudian, kakak beri pulak kepada aku kerana dia dah ada banyak kain..Aku apa lagi, memang seronok yang teramat..hehe.
Ini pulak baju yang punya pelbagai fungsi..boleh jadi dress, ladies shirt and mini skirt..SuperLike it!!
Baju sejuk yang berkait..memang comel..sangat selesa bila dipakai..ada hud lagi..Thank You so much Sis..
Antara accessories yang diberi oleh kakak..memang comel..
Ini pulak kalau korang tak kenal memang kejam la..ini adalah aku..keceriaan terpancar bila family kata.."Jom kita pergi Brunei"..hehe
* Special Thanks to my Sis and family..ILOVEU so much..xoxo-
Tiada ulasan:
Catat Ulasan