1 Julai 2011

Empat aktiviti dalam satu hari..? Gila Penat..!!!!

Hari ini aku memang letih tahap Tenuk la..terkejar sana sini sebab takut tak sempat nak pergi sana dan hantar itu ini..tapi memandangkan ada kawan ikut..tak la jugak rasa letih sangat..sikit tu adala..Nasib jugak semua benda sempat siap..seperti orang kerja gamaknya..Apa aktiviti aku hari ini sampai letih sangat..Ni dia..

6.30 : Bangun pagi..Awal kan..standard jam 7 lebih..kira amazing jugak la ni.
8.00 : Aku dah masak untuk makanan TENGAH HARI..awal giler kan..tu pun goreng ikan je..tu yang paling cepat.
9.30 : Dah berangkat dari rumah..
10.30 : Nor ambik gambar pasport..Dijangka siap jam 11.30.

*Sebelum tu aku pergi beli baju baby kat kedai sebelah..sebab jam 4.30 nak lawat kawan kat hospital..

Haa..ni baju yang aku beli untuk baby kawan aku yang bakal lahir..aku tak tahu pun jantina dia..main beli je..tapi nasib jugak dia kata ada scan dan kata baby boy..harap-harap betul la.tapi ada gambar Teddy Bear..harap la baby dapat terima dengan seadanya pemberian anty ye..hehe. 

* Pergi Bormas teman Nor photostat sijil-sijil penting.
*Lepas tu pergi majlis bandaraya mintak cop untuk sijil-sijil..Pukul 2.30 baru boleh ambik.

12.00 : Perancangan masa yang cukup baik..kami pergi lunch kat Imperial Mall food court..seperti orang bekeja yang tengah lunch je lagaknya..hehe..

* Dah siap makan, lepak-lepak di sekitar shopping mall sambil mencari dress sesuai untuk Tina..memang meriah la kami tiga..seperti zaman masih sekolah pun ada..tapi umurnya..hmm..

2.30 : Mengambil sijil yang dah di cop..kira lambat jugak la siap..jam 3 baru ada..

3.05 : Pergi Piasau Mel mengambil gambar konvo yang dah sebulan terperuk kat sana..bila ambil HAMPEH bebeno dibuatnya..nama dah betul tapi gambar orang lain..sejak bila aku dah bertukar wajah..? pelik ka tidak..tiba-tiba kulit ku yang kuning jadi cerah..memang pelik la pengurusan diaorang..sabar la wahai hati..huhu.

4.00 : Pergi hospital lawat kawan..tapi 4.30 baru dapat melawat..Belum lagi bersalin sebab bukaan tak sampai 4cm..dah dah..ngeri dah tulang sum sum aku dengar.

5.00 : ON the Way balik..memang macam orang bekerja..SYABAS kawan-kawan..^___^

Gambar untuk hari ini :

Masa nak keluar, aku masih dalam keadaan fresh gitu..pakai minyak wangi..sambil senyum kambing..tapi memang ketara la rupa demam..Kesian ngan aku..huhu.


Haa..kawan-kawan yang bersama aku hari ini ialah Christina a.ka. Tina dan Noorfadleeza a.ka. Nor..Ada tengok gambar mereka berdua..siap peace-peace gitu..hehe. Bila dah bersama..memang kecoh la..Hanya bila makan je diam tak bersuara..jadi renung-renungkanlah tahap kecoh itu..hahaa.

Ini masa melawat kawan kat hospital..semoga Anty ros a.ka Rosnie selamat melahirkan baby Amin- Ada lagi gambar lain, tapi almaklumlah..camera canggih giler (opposite meaning-tak clear la.) hehe..Sekian-

Tiada ulasan:

Catat Ulasan