Jika itu yang berlaku kepada ahli keluarga mahupun saudara mara anda..maka terimalah segalanya dengan hati yang terbuka..kerana aku yakin ada hikmah disebaliknya..Siapa kita untuk mempersoalkan segalanya..Aku pernah kehilangan malah aku juga paham akan perasaanya..kerana aku pernah melalui saat-saat itu..
Saudara mara sebelah ibu telah meninggal dunia pagi semalam..manakala pak cik kepada kekasih pulak meninggal pada waktu malam semalam..Walaupun tidak mengenali mereka secara dekat, tapi daripada apa yang diberitahu..mereka adalah dikalangan orang yang baik..sentiasa menghulurkan bantuan kepada orang lain semasa hayat mereka.
Mengenang kembali detik kehilangan arwah Atuk pada 6 tahun yang lepas memang sesuatu yang menyedihkan..Aku terlalu menyayanginya..tetapi aku juga tahu bahawa Tuhan lebih sayangkannya kerana itu la Tuhan mengambilnya..kerana tidak mahu melihat dia menderita..maka..aku relakan dia pergi walaupun ketika itu aku masih memerlukan dia..
Harapan aku..semoga mereka akan ditempatkan dikalangan orang yang baik-baik..Amin-
Tiada ulasan:
Catat Ulasan