28 Disember 2011

Saat itu Hampir Tiba..

Korang!!!!!!..lama kan aku tak update..rindu beno aku ngan blog kapcai ni.huhu..Kesibukan bekerja membataskan pergaulan aku untuk update blog. Bila nak update seperti sekarang..cerita tu dah seminggu ke-belakang..bukan update lagi namanya ye tak..? hehe.

Bukan pasal update tak update aku nak kongsi ngan korang malam ni..Tetapi..


 

Ada nampak gambar kat atas tu tak..?  Wajah yang tengah senyum sokmo. Nampak bebeno tengah sarat menanggung kerinduan..Bukan wajah syok sendiri ye..hehe.

Nak tahu kenapa aku senyum sorang-sorang..? Sebabnya aku tengah menghitung hari demi hari bila kekasih hati nak datang. Yeeeaaza!!!!. Bayangkan 1 tahun lebih tak jumpa..Oh no.no.no jantung aku semakin berdegup kencang dengan kelajuan 100 k/m bila mengenangkan perjumpaan kami nanti setelah sekian lama tak bertemu..Fuhh..tinggal 3 hari lagi..Sabar jess..bawa bersabar okayy..Yeaaha!!!








21 Disember 2011

Bekerja Sepanjang Krismas.


 Selamat Hari Natal kepada semua yang menyambutnya..Waa advance aku!.haha..Selamat dan Tahniah jugak diucapkan kepada diri-sendiri kerana sememangnya akan bekerja sepanjang krismas. Boleh sahaja kalau aku mahu bercuti tetapi, aku memilih untuk bekerja. Kenapa..? Sebab aku masih dalam mood gigih dan tekun bekerja. "Kau memang pekerja yang sangat berdedikasi Jess. Tahniah!" Hurmm..maaflah korang, tanpa disedari aku terjual minyak sapi la pulak. (Promote diri sendiri) Tapi, memang itulah kenyataanya.haha..

Tak lama lagi kita akan menyambut Tahun Baru (2012). Sebelum dan selepas tu, aku nak tanya korang..azam tahun ni ada yang dah tercapai ker belum.? Kalau ada, sekalung tahniah daku ucapkan kepada kalian . Tapi, kalau tanya aku, sudah semestinya aku akan menjawab dengan penuh keyakinan didada bahawa "Selepas hampir setahun menternak Lembu DAN Kambing dirumah, aku akhirnya dapat kerja dan bekerja!!!" Seronokkan.? Seperti terlebih hormon testosterone la pulak akibat terlalu gembira.haha. Untuk tahun 2012 punya azam, nanti kita share-share lagi ye korang..?.

P/s: Selamat Maju Jaya!!!

19 Disember 2011

Kawan aku dah nak Bertunang..Aku bila lagi?

                                                     Bersediakah aku bergelar tunangan orang..?

Apa kena-mengena dengan aku pulak..? Tapi bila dipikir balik dan bila balik pun berpikir..bila lah aku nak bertunang. Hurrmm, aku sendiri pun tak tahu. Harapnya tak ada la ambik masa yang lama sampai naik berjambul kepala aku dibuatnya..Kalau boleh aku nak terus berkahwin boleh tak..? Haha, ketepikan bab gatal..kerana itu bukan alasan yang sangat utama kenapa aku nak berkahwin..yang penting umur aku ni haa memang dah layak sangat untuk berkahwin dan paling kurang ada 3 orang anak dah..huahuahua..ingat kilang cap tayar ke apa senang-senang jer terus keluar 3..

Sah-sah dah keluar tajuk pulak cerita aku ni..kawan yang nak bertunang..aku pulak yang sibuk nak kawen..gatal sungguh!.Tapi kan..seronok sungguh bila mendapat tahu kawan nak bertunang..lepas betunang, berkahwin..tak lama lepas tu beranak-pinak..Aku pulak..? dengan sabarnya menunggu Mr.Benjey mengajak kawen..sebab kalau dia tak ajak kawen, aku la yang ajak kan..bukan ajak2 ayam okayy..haha.

Apa-apa pun kawan aku yang nak bertunang tu adalah kawan dari zaman universiti lagi..punya lama tak berjumpa semenjak dah kerja ni.. Nak update blog pun dah jarang-jarang dah..dulu masa tanam jagung dan menternak ayam, kemain setiap hari update..biarpun jari, kaki dan segalanya naik keras sperti batu pun aku tak peduli..sekarang ni hampeh bebeno..ikut suka suki jer rasa nak update.hehe. Apa-apa pun kawan aku tu bertunang tahun depan bulan febuari..lama lagi tu..Selamat bertunang ye kawan-kawan..jangan nakal-nakal lagi tau.hehe.


16 Disember 2011

BIla Aku jadi kaunselor tak Bertauliah.

Layakkah aku..? Tengok rupa pun dah tahu..Konfom spesies kanak-kanak riang..jadi dari segi mana la pulak aku ni ada bakat jadi kaunselor..?

Hari ini, aku menjadi tempat untuk mereka meluahkan perasaan duka yang ternyata lebih banyak berbanding bahagia..Kehidupan memang begitu bukan..? Begitu perit kehidupan yang mereka lalui tetapi mereka tetap tabah menghadapinya kerana mahu atau tidak, perkara itu sudah terjadi..Jika aku berada di situasi mereka, adakah aku akan jadi setabah itu..? Tetapi aku yakin, Tuhan tidak akan memberi dugaan yang aku sendiri tidak mampu untuk hadapi.. maka bersyukurlah kita dengan apa yang kita miliki di ketika ini.

Sesungguhnya aku memang sangat bertuah..kerana dikelilingi oleh insan yang sentiasa menyayangi walau dalam apapun keadaan..Adanya keluarga yang sederhana, kekasih yang setia dan penyayang serta kawan baik yang sentiasa ada disisi..Lalu, apa lagi yang aku mahukan dalam kehidupan ini..?

Setiap kita punya kisah hidup yang tersendiri..aku juga begitu..semua perkara yang berlaku dalam hidup sesungguhnya mematangkan kita..Terlalu mengikut perasaan, keanak-anakan, separa matang..bla.bla.yayaya semua sifat tu aku ada.hehe..tapi tak ada salah dan betulnya kan..?

Apa-apa pun mendengar kisah hidup daripada orang yang berbeza memang banyak mengajar kita supaya berfikiran lebih rasional dan matang..kerana hidup hanya sekali dan Pilihan ditangan Anda..chewahh..sekian-

14 Disember 2011

OMGGG!!!!!

Yaayaya aku tahu..Lama siot aku tak update blog..siot pun tak selama ini tau. Terlalu sibuk bekerja membuatkan aku terlupa yang aku ada blog..atau buat-buat lupa. Lalu tanpa disedari blog ini aku abaikan. Terlalu banyak cerita yang aku nak kongsikan..ada yang lucu sampai boleh terburai isi ketiak.ada yang sedih sampai boleh meraung sambil melalak dan ada jugak yang menggembirakan sampai ada perasaan nak masuk buletin utama untuk me'war-warkan cerita gembira kepada semua. 

Terlalu banyak..cuma cukuplah entri malam ni sekadar melepaskan rindu di tangga tak pun jejak kasih sebentar bersama anda yang setia membaca blog kapcai aku ni dengan yang baru mengenali..Selamat membaca ye sekaliannya. Promise tak ada buat lawak antara benua..

Seperi biasa..gambar kenang-kenangan daripada empunya blog..Iklan Sebentar..Zzzzzz.


8 Disember 2011

Owh..gitu, dia tahu aku lapar rupanya..

Pagi sebelum turun kerja, selepas merasa indahnya membuang..terus aku lupa nak breakfast..hanya sempat minum air suam jer..Semuanya dalam keadaan tergesa-gesa sebab parent nak pegi klinik dan aku pun tumpang sekaki mengikut sama kerana jalan sehala..Menumpang punya pasal aku terpaksa turun kerja lebih awal dari kebiasaan. Sebelum pukul 9 pagi dah sampai padahal start kerja pukul 9.30..

Selepas itu, bermulalah episod menyayat hati..perut aku berkeroncong menyanyikan lagu dondang sayang..Arrghh..sedihnya.Dalam hati dah terbayang-bayang bread ngan mayonis..Menyesal tak breakfast awal..Sedang aku melayan perasaan lapar, datang la seorang kawan sekerja yang membawa kuih..sempat lagi dia bagi aku tapi aku pulak menolak..Dalam hati berkata "Kenapa erk aku menolak padahal aku sebenarnya lapar". Bukan tu aje, aku ni haa..sempat lagi jual mahal walaupun muka jelas menunjukkan lapar yang amat..lalu untuk kali yang kedua..aku tak menolak..tapi bila makan tu slow ah beb..kang ketara pulak.hahaa..ATAU dia memang tahu aku tengah lapar.hehe..Bila ingat balik..bersyukur sangat..Kalau tak memang tak bertenaga la buat kerja..

7 Disember 2011

Oh ya. Aku dah jadi Mak Cik..?


                               Wajah seorang mak cik..ada nampak ke-bengisan dalam senyuman.

Semalam lagi saudara terdekat aku melahirkan anak..dan aku..? baru hari ni rasa teruja. Apa barang..selalu jer update cerita yang ke belakang daripada ke depan. Hampeh bebeno..hehe.
Apa-apa pun rasa teruja tu masih ada bila mendapat tahu saudara yang paling kamceng gila-gila siot pada zaman sekolah dulu kini dah bergelar seorang ibu..Aku pulak masih lagi membujang..tapi akan tiada bujangnya lagi pada 3,4 tahun akan datang..Tengah kerja keras la ni cari rezeki..kang tak kawen-kawen aku dibuatnya..tak pasal-pasal aku pulak yang melamar kekasih hati..huahuahua.

Berbalik kepada kazen aku yang beranak tu..dia dapat anak lelaki gitu..seronoknya ada anak sendiri..Aku dari zaman sekolah sampai la sekarang ni hanya mampu membela anak kucing jer..huhu.

* Kepada kazen kamceng siot aku yang bernama Liza..Selamat menyambut kedatangan orang baru..yeeehaa..senonok sangat2.

4 Disember 2011

Selamat Tinggal kasut kusta.

Setelah berkhidmat hampir setahun ngan kaki aku yang sasa ni..akhirnya, pergi jua si kasut kusta..mungkin terkena tekanan yang melampaui batas dari kaki aku membuatkan dia mengundur diri..Terima Kasih tidak terhingga kerana sudi berkhidmat ye.

Kerana khuatir tidak ada kasut untuk pergi bekerja..maka hari ni aku dan keluarga pergi shopping.mencari kasut yang gagah serta dekat dihati..Kita tengok kasut mana yang bertuah..


Selamat datang Kasut baru..Semoga kita dapat bekerjasama dengan lebih baik pada masa hadapan dengan tempoh yang lama okayy..


Wajah yang tersangat gumbira kerana target untuk bulan ini telah tercapai iaitu untuk membeli kasut dan seluar baru..cukuplah untuk setakat tu jer..tak mampu Den nak beli barang lain. Kalau zaman sekolah lain la..sikit-sikit Pak beli ni..Mak beli tu..sekarang..ambik kau jess..huhu.

Selain daripada tu aku ada beli jugak present paper christmas..nak buat apa ye ngan benda tu...?


Cantikkan..? Aku beli sebab nak balut kotak kosong..hehe.buat seperti hadiah krimas dan susun berderet dalam bilik..Christmas mode is Onnn!! yeayy.

2 Disember 2011

Hadiah dari Ayin..Say Yeay!!!


OMGGG!!!..Sangat teruja bila mendapat hadiah daripada Ayin..walaupun Birthday aku dah berlalu..tetapi masih jugak mendapat hadiah..suka sangat-sangat. Dalam tempoh minggu ni kerja mendapat hadiah jer aku. Daripada kekasih hati yang memberi hadiah secara berperingkat dan penuh rahsia hinggalah kepada Ayin..Seronok sangat walaupun tahun ni aku tak menyambutnya..tetapi bila mendapat hadiah..rasa ke-terujaan itu tetap masih ada.hehe.

Lalu, bagaimana harus aku katakan tentang perasaan aku disaat dan ketika ini..sangat gembira dan teruja lebih-lebih lagi bila mendapatnya daripada orang yang menyayangi kita..itu yang paling penting.

Baru jer tadi aku siapkan entri tentang bercinta ngan lecturer terus dia text nak bagi something..Tapi yang pasal lecturer itu hanyalah mimpi semata-mata..Terlampau banyak mistake la mimpi tu..terutamanya pasal watak lelaki dalam mimpi..boleh pulak muka lecturer aku yang jadi kekasih..ceh..sengau rasa otak dibuatnya..

Apa-apa pun Thank You so much dear Ayin..suka sangat2 ngan present tu..hehe.


Oh No..Aku Bercinta dengan LECTURER sendiri.

 Pergghh..gossip terhangat sampai berapi-berapi. Nak tahu dengan lecturer subjek mana..? Nak sangat hati ni bagi tahu..tetapi takut ianya menjadi satu isu hangat la pulak. Lebih-lebih lagi kalau Mr.Benjey tahu..naya aku..Fuhh..tapi apa nak di herankan..dia memang dah tahu pun..orang pertama lagi tu aku bagi tahu..

Sepanjang bercinta ngan Mr.Unknown (Lecturer)..dia memang terlampau-lampau romantik..terasa diawang-awangan aku sekejap..Fuhh..memikirkan dia aku jadi tak keruan..Bercinta..Berkahwin..TAPI..kenapa pulak bakal mak dan bapak mertua aku adalah parent Mr.Benjey..? Diaorang adik-beradik ker..? Mati la aku. Mana nak letak diri..didalam peti ais ke..?

TETTTTTTTT...alarm dari handphone berbunyi..Aaaaaarrgggh. Kenapa asal jer yang indah itu adalah mimpi..Rasanya tahap geram aku dah naik ke otak la jugak pagi tadi. Bangun jer terus text Mr.Benjey perihal mimpi indah+mengarut..Dia boleh pulak bantai gelak sakan..Melampau la.aku baru nak rasa bahagia sekejap walaupun mimpi..cuma mistake lelaki dalam mimpi aku tu bukan Mr.Benjey..Haisshh.