4 Disember 2011

Selamat Tinggal kasut kusta.

Setelah berkhidmat hampir setahun ngan kaki aku yang sasa ni..akhirnya, pergi jua si kasut kusta..mungkin terkena tekanan yang melampaui batas dari kaki aku membuatkan dia mengundur diri..Terima Kasih tidak terhingga kerana sudi berkhidmat ye.

Kerana khuatir tidak ada kasut untuk pergi bekerja..maka hari ni aku dan keluarga pergi shopping.mencari kasut yang gagah serta dekat dihati..Kita tengok kasut mana yang bertuah..


Selamat datang Kasut baru..Semoga kita dapat bekerjasama dengan lebih baik pada masa hadapan dengan tempoh yang lama okayy..


Wajah yang tersangat gumbira kerana target untuk bulan ini telah tercapai iaitu untuk membeli kasut dan seluar baru..cukuplah untuk setakat tu jer..tak mampu Den nak beli barang lain. Kalau zaman sekolah lain la..sikit-sikit Pak beli ni..Mak beli tu..sekarang..ambik kau jess..huhu.

Selain daripada tu aku ada beli jugak present paper christmas..nak buat apa ye ngan benda tu...?


Cantikkan..? Aku beli sebab nak balut kotak kosong..hehe.buat seperti hadiah krimas dan susun berderet dalam bilik..Christmas mode is Onnn!! yeayy.

2 ulasan: