7 Disember 2011

Oh ya. Aku dah jadi Mak Cik..?


                               Wajah seorang mak cik..ada nampak ke-bengisan dalam senyuman.

Semalam lagi saudara terdekat aku melahirkan anak..dan aku..? baru hari ni rasa teruja. Apa barang..selalu jer update cerita yang ke belakang daripada ke depan. Hampeh bebeno..hehe.
Apa-apa pun rasa teruja tu masih ada bila mendapat tahu saudara yang paling kamceng gila-gila siot pada zaman sekolah dulu kini dah bergelar seorang ibu..Aku pulak masih lagi membujang..tapi akan tiada bujangnya lagi pada 3,4 tahun akan datang..Tengah kerja keras la ni cari rezeki..kang tak kawen-kawen aku dibuatnya..tak pasal-pasal aku pulak yang melamar kekasih hati..huahuahua.

Berbalik kepada kazen aku yang beranak tu..dia dapat anak lelaki gitu..seronoknya ada anak sendiri..Aku dari zaman sekolah sampai la sekarang ni hanya mampu membela anak kucing jer..huhu.

* Kepada kazen kamceng siot aku yang bernama Liza..Selamat menyambut kedatangan orang baru..yeeehaa..senonok sangat2.

2 ulasan: