19 Disember 2011

Kawan aku dah nak Bertunang..Aku bila lagi?

                                                     Bersediakah aku bergelar tunangan orang..?

Apa kena-mengena dengan aku pulak..? Tapi bila dipikir balik dan bila balik pun berpikir..bila lah aku nak bertunang. Hurrmm, aku sendiri pun tak tahu. Harapnya tak ada la ambik masa yang lama sampai naik berjambul kepala aku dibuatnya..Kalau boleh aku nak terus berkahwin boleh tak..? Haha, ketepikan bab gatal..kerana itu bukan alasan yang sangat utama kenapa aku nak berkahwin..yang penting umur aku ni haa memang dah layak sangat untuk berkahwin dan paling kurang ada 3 orang anak dah..huahuahua..ingat kilang cap tayar ke apa senang-senang jer terus keluar 3..

Sah-sah dah keluar tajuk pulak cerita aku ni..kawan yang nak bertunang..aku pulak yang sibuk nak kawen..gatal sungguh!.Tapi kan..seronok sungguh bila mendapat tahu kawan nak bertunang..lepas betunang, berkahwin..tak lama lepas tu beranak-pinak..Aku pulak..? dengan sabarnya menunggu Mr.Benjey mengajak kawen..sebab kalau dia tak ajak kawen, aku la yang ajak kan..bukan ajak2 ayam okayy..haha.

Apa-apa pun kawan aku yang nak bertunang tu adalah kawan dari zaman universiti lagi..punya lama tak berjumpa semenjak dah kerja ni.. Nak update blog pun dah jarang-jarang dah..dulu masa tanam jagung dan menternak ayam, kemain setiap hari update..biarpun jari, kaki dan segalanya naik keras sperti batu pun aku tak peduli..sekarang ni hampeh bebeno..ikut suka suki jer rasa nak update.hehe. Apa-apa pun kawan aku tu bertunang tahun depan bulan febuari..lama lagi tu..Selamat bertunang ye kawan-kawan..jangan nakal-nakal lagi tau.hehe.


2 ulasan:

  1. Haha.. inshallah tak lama lagi tuh... :)

    BalasPadam
  2. haha..lama lagi la cik Muhdsyafiqs. stabil pun blm lagi ni..hehe.

    BalasPadam