25 Disember 2012

Merry Christmas 2012!!

Jingle Bell, Jingle Bell..Jingle all the away!! For those yang celebrate, Merry Christmas to you guys and yes Happy Holiday too!!.Mesti sekarang ni ada yang tengah busy menziarahi rumah saudara-mara tak pun busy hangout with friends kan?. So, what yours christmas story guyss?mesti happening kan?hehe.

As for me..menziarahi rumah saudara-mara terdekat itu adalah satu kemestian sebab bila lagi nak kunjung- mengunjung bila masing-masing busy memanjang, tambah-tambah lagi dah ada family sendiri..lagi la tak dapat nak luangkan masa bersama macam masa bujang dulu kan..?

The best thing about Christmas adalah barang hiasannya..Oh my gosshh..boleh rambang mata bila bab nak pilih dan beli..last-last, satu apa pun tak dapat sebab tak dapat nak pilih dan beli mana satu..kalau boleh semuanya nak beli..Frust punya pasal, aku pun buatlah DIY WREATH sendiri daripada beli kat kedai..bagus buat sendiri kan?lagi jimat..Padahal frust tertonggeng.


Satu lagi benda yang wajib ada masa Christmas adalah Christmas Card..Tak kisahlah sebagai hiasan mahupun sebagai hadiah untuk kengkawan, ianya memang wajib ada...tetapi, tak dinafikan juga kalau sekarang ni dengan adanya internet..dah kurang sikitlah orang nak guna kad ni untuk wish Christmas..paling cepat, post je gambar Christmas Card, lepas tu tag la seberapa banyak kawan yang anda mahu..nahhh..lagi cepat.jimat kos lagi tu..tetapi secara peribadi..tak best juga kalau tak ada Christmas Card kan? kira ada sentimental value jugakla dan paling penting..Christmas mood is on!!.


Dan untuk hari ini, aku mendapat Xmas gift daripada cousin..Seriously..its so damn cute!!!Lip gloss dari Avon..kenapa aku tak tahu yang Avon ada jual benda comel macam ni..? atau aku memang dah ketinggalan beribu batu? rasanya lah..

P/s: Anyway..Merry Christmas 2012 guys and Happy Holiday!! :)

18 Disember 2012

Kahwin dengan BFF!!

Whattt!!!kahwin dengan sahabat karib sendiri..? dah takde orang lain lagi ke? Paling sadis, kawan tu pulak memang kawan dari kecik dan paling kamceng punyalah..Boleh dikatakan semua perangai betul tak betul dia ada kat poket seluar ni haa. Malah kalau ingat zaman dulu.dulu, memang geng kamceng lepak kat kedai mamak sampai pagi punyalah.Tapi bila fikir balik kan..takde pilihan A,B atau C ke untuk masalah ni..hurmm.

Bila pikir balik, dia memang seorang lelaki yang sempurna sifatnya dari semua aspek..kira rupa pun hensem, anak orang berada, badan pun..noo komen please..Tambah-tambah lagi, sepanjang berkawan kitaorang tak pernah berjauhanlah.ada pun masa dia further study kat overseas, tu pun setiap bulan minta balik nak jumpa mummy, rindu katanya..padahal nak jumpa ngan bestfriendnya ni haa..Then bila family cuba nak menyatukan kitaorang, kira haru-biru jugakla..Kalaulah misal kata aku setuju, apa yang akan terjadi seterusnya..? kemana pulak hala tuju perhubungan kami selepas itu..?adakah akan terus berkawan atau bawa haluan masing-masing? Tapi seriusly, dia adalah satu-satunya lelaki yang paling rapat dengan aku..Malah dia pun kata tak ada perempuan lain yang boleh jadi bini dia melainkan aku..Ehh pulak dah..Habis tu, semua girlfriend dia yang keliling pinggang tu macam mana? Tak sesuai la konon, takut jalankan tanggungjawab sebagai suami, pastu naya anak dara orang nanti kalau disia.siakan masa depannya katanya..Ehh Hello!!..aku ni bukan anak dara orang jugak ke? Sengal..

Haa..macam cerita pasal aku tapi sebenarnya bukanlah. Kalau nak tahu, ni lah serba sedikit sinopsis tentang  novel terbaru yang aku baca..memang lain daripada novel yang pernah aku baca sebelumnya. Sepanjang aku baca novel ni memang tak kering gusi la..sikit-sikit senyum..sikit-sikit senyum..naik cramp mulut dibuatnya..Mana tak nya..watak laki punya la perfect semua sifat..alih-alih dengan bestfriend sendiri merangkap bini nya, boleh pulak manja macam apa ntah..manja tu boleh lagi diterima..kalau tergedik-gedik macam mana? Aku yang baca pun naik seriau..haha.

Kalau nak tahu..ini adalah salah satu favorite novel aku. selalunya aku baca novel hasil nukilan Aisya Sofea, Norhayati Berahim, dan Siti Rosmizah..Nak tahu tajuk novel yang aku baca ni? Tajuknya ialah Sha & Shah dan penulisnya ialah Sha Ibrahim..Paling best dalam cerita ni tak ada kisah cinta dua darjat sebab kedua-duanya anak orang kaya..cuma watak perempuan tu jenis yang tak mudah terpikat dan tak suka lelaki miang..watak lelaki pulak dasar playboy..Mesti korang hairan macam mana la mereka boleh bersama..musykil tak musykil..korang beli novel ni dan rasailah sendiri jalan cerita ni..

 Ini adalah rupa depan novel Sha&Shah.. dan kalau korang nak tahu lebih lanjut pasal novel ni, korang boleh baca sipnosisnya kat SINI.

P/s: So, enjoy reading guyss..:p



9 Disember 2012

DIY: Christmas Wreath.

Hye Blogger! Happy Weekend and Happy December!!.and yes sebut pasal December, Christmas is just around the corner guys.yeayy!.Walaupun masih terlalu awal nak update pasal Christmas, tapi tak mengapa sebab hari ni nak share satu lagi DIY project yang berkaitan dengan Christmas..iaitu Christmas Wreath. Tak sah kalau masa nak dekat-dekat perayaan, akan kelihatan lambakan barang perhiasan dari sekecil-kecilnya hinggalah sebesar-sebesarnya..Rambang mata bila menengokknya..betul tak? Lepas tu mulalah nak beli ini, tengok yang satu lagi tu comel pun nak beli jugak..boleh dikatakan semuanya cantiklah. Arrgghh, fed up sebentar dibuatnya..Untuk tidak memoningkan kepala, I'm end up dengan buat sendiri lagi bagus..jimat dan sangat puas hati sebab semua barang dah ada untuk membuatnya.

 Dah lama sebenarnya nak buat christmas wreath ni cuma tak berapa confident takut hasilnya sama ada tak menjadi ataupun paling dahsyat hasilnya nampak pelik. Sekarang aku nak tunjukkan cara membuat Christmas Wreath. Now, are you excited?..

Ini adalah Christmas wreath yang dah siap aku buat. What say you guys? small and simple..nak letak hiasan lebih-lebih takut crowded pulak..My christmas Wreath dah siap.Now its your turn guys.

Bahan-bahan yang diperlukan :

1. Dawai: Digunakan untuk membuat bentuk wreath (Bentuk Bulat).
2. Gunting Dawai: Untuk menggunting dawai.
3. Reben: Digunakan untuk menggantung wreath.
4. Kain: Akan digunting kecil dan diikat pada dawai.
5. Hiasan: Terpulang bagaimana anda hendak menghias xmas wreath anda bila ianya dah siap. Nak letak bunga or Bow Ribbon pun boleh.

Cara-cara Membuat: 

 Step 1: Buat bentuk bulatan pada dawai tersebut..Besar atau kecil bentuk bulatan adalah terpulang kepada anda.

Step2: Gunting kain kepada bentuk kecil. Ukurannya terpulang juga kepada anda..paling penting, gunting dalam kuantiti yang banyak dan bentuk kain yang ingin digunting jangan terlalu panjang dan lebar. Aku tak dapat bagi ukuran yang specific sebab main gunting je..hehe.


Step 3: Ikat kain yang dah digunting tadi dekat dawai yang dah dibuat bentuk bulatan. Cara mengikatnya ialah ikatan simpul atau mati. dan paling penting, ikat kain tersebut pada dawai secara rapat supaya nampak padat. Naa, senang kan?.


Step 4: Ikat Reben ditengah-tengah christmas wreath sebagai penggantungnya..now dah halfway..tinggal nak tambah hiasan sahaja lagi..yeay!!

Yeayy!!Dah siap pun..now is you turn guys..Gudluck okayy?


Another Christmas Decoration yang sempat aku buat..Tak lengkap rasanya kalau Christmas tanpa kad Krismas kan?


3 Disember 2012

DIY: Fabric Flower.

Hye Blogger!! Cepat betulkan masa berlalu..? tup.tup dah masuk bulan December..So, is there anything good happen to you and you guys sepanjang bulan November..? Contohnya ada orang datang merisik ke, unexpected things happen or biasa.biasa je..but its okay..no matter what happen..life must goes on rite?..

Lama rasanya tak update DIY project..last update pun pasal DIY Mustache T-Shirt. So today nak update another DIY iaitu DIY Fabric Flower..atau dalam Bahasa Melayu..Buat bentuk bunga dari kain dan sangat sesuai untuk dijadikan sebagai pin baju kurung dan sewaktu dengannya..

Actually, keluarga kawan aku yang request untuk buat bunga ni sebagai hiasan kat hantaran kakak dia..so, aku pun cubalah practice buat..and its working!..dan sekarang nak shared ngan korang..shall we prooced?

Ini adalah contoh bunga yang dah siap dibuat..what say you guys..? comel tak..? cara membuatnya pun tersangatlah simple. Sangat yakin yang korang boleh buat punya..

Bahan-bahan yang diperlukan :



1. Kain (Paling kurang 2 jenis kain yang berbeza). Pastikan kain plain yang dipilih adalah jenis yang sedikit tebal..sebab kalau guna kain jenis lembut, ambil masa untuk dijahit. Manakala, untuk kain yang kedua adalah kain cotton..kain jenis ni lah yang paling sesuai untuk buat bunga.

2. Gunting, Jarum dan Benang.

3. Pembaris dan pen. Untuk membuat ukuran pada kain yang ingin dijahit.

4. Hotmelt Glue Gun. Senjata untuk melekatkan kain tersebut pada kain Felt.

5: Kain Felt: Dibuat bentuk bulat sebesar duit Syiling 20/50 sen sebagai alas untuk bahagian belakang bunga daripada kain tersebut.

6. Button: Sebagai hiasan di bahagian tengah-tengah bunga. 


Cara-cara Membuat:


STEP 1 : Buat ukuran pada kain yang ingin dijadikan sebagai bentuk bunga..Ukuran untuk bunga saiz besar adalah panjang 30cm dan Lebar 6.5cm..Manakala ukuran untuk bunga saiz kecil pula adalah panjang 30cm, dan Lebar 4.5cm..panjang dan kelebaran untuk bunga saiz besar dan kecil ni sebenarnya terpulang mengikut citarasa anda kalau nak mengubah saiznya okayy?


STEP 2: dah buat ukuran pada kain dan gunting bentuknya? Sekarang kain yang dah digunting tersebut dilipat kepada 2 bahagian..Lepas tu, jahit mati dan ikat dibahagian hujung kain tersebut dan mula menjahit (Jahit kelim)..korang boleh lihat contohnya seperti kat gambar atas..


STEP 3: Dah jahit kain korang?..sekarang cuba tarik benang dari kain tersebut sehinggalah kain tersebut kelihatan seperti mengecut..Lepas tu, tindih bahagian hujung kain dengan hujung kain yang satu lagi..dan jahit simpul mati.. haa..dah kelihatan pun bentuk seakan-akan bentuk bunga.



Fasa pertama dah pun siap..Pastikan bentuk bunga korang buat adalah seperti gambar diatas..mudah kan cara membuatnya..? Sekarang korang bolehlah membuat satu lagi bentuk bunga dengan ukuran yang lebih kecil untk bahagian atas bunga yang kita dah buat tadi..


Inilah hasilnya bila dah siap..Kain Felt yang dah dibuat bentuk sebesar duit syiling 20/50 sen tu korang boleh lekatkan kat bahagian belakang bunga besar dan kat bahagian belakang bunga kecil dan cantumkan supaya ianya membentuk dua bunga seperti diatas..paling last, lekatkan hiasan kat bahagian atas bunga dengan button ataupun diamond..naa, siap pun..Anyway, GudLuck Guyss!! Happy Reading and hope this DIY dapat memberi ilham dan manfaat kepada anda :)