30 Oktober 2010

Bila Masanya sudah tiba..

Hidup ini tidaklah seindah yang kita sangkakan..tetapi tidak juga bermakna yang kita harus hilang kepercayaan mahupun pegangan terhadapnya.Aku percaya,setiap daripada kita pernah dan akan melaluinya jua suatu hari nanti. Apa yang inginku katakan adalah mengenai erti persahabatan. Kita pernah melalui masa gembira dan sedih bersama dan dipertengahan itu jua, ada suatu peristiwa berlaku membuatkan kita lupa untuk berfikir dengan waras dalam mempertimbangkan baik dan buruk suatu tindakan yang kita ambil sehinggakan kita lupa dengan siapa kita bersama..mengetepikan pendapatnya kerana menyangka ia adalah suatu perbuatan yang lebih bersifat menghalang keinginan diri. Kini, semuanya sudah berlaku dan berlalu.Tanpa disedari, kita juga telah dewasa dan telah belajar daripada kesilapan itu.Yang ada kini hanyalah kenangan dan ingatan tentang peristiwa yang telah berlaku. Biarlah ia menjadi suatu pengajaran untuk kita. Jangan dilupakan apa yang telah berlaku kerana daripada itu jua kita telah belajar untuk menjadi dewasa. Kini, masa untuk kita bersama semakin singkat..masanya sudah tiba untuk kita mencari haluan dalam mengejar kebahagian masing-masing. Semoga semuanya beroleh apa yang diinginkan..suatu kejayaan dalam hidup.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan