11 Februari 2013

DIY: Deco your Photo Frame.

Hye Bloggers!!..Lama juga kan aku menyepi? genap sebulan rasanya..dan sepanjang itu jugaklah aku tak online. Kebanyakkan masa aku habiskan dengan menyambung menjahit Quilt. Aktiviti dari zaman sekolah menengah yang tidak pernah siap dan tak pasti bilakah akan siap..rindu memang rindu nak online terutamanya kat blog p.s:iloveyou ni, sebab inilah satu-satunya tempat/medium untuk berkongsi minat dan hobi yang sama. Seronok rasanya bila kembali..miss me?miss me not? hehe :P.

DIY pertama untuk tahun 2013 ni aku mulakan dengan menghias photo frame yang kosong kepada cheerful yet romantic..ye la, valentines is just around the corner kan? Kalau tanya pendapat aku secara peribadi, setiap hari adalah hari untuk kita memperingati mereka yang kita sayang tidak kira yang sudah tiada lagi mahupun yang sentiasa ada bersama kita. Jadi, terpulang kepada anda untuk menyambutnya ataupun tidak..Malah, saya sendiri tidak pernah menyambutnya cuma teruja hendak membuat sesuatu yang bertemakan "kasih-sayang"..bahan pun dah ada kan..Mak aihh kemain panjang peranggan aku tulis..baru pengenalan..alahai..hehe.

Ini adalah Photo Frame yang dah siap dihias..sangat simple sebenarnya..and what do you think guyss? do you like it?


 Bahan-Bahan yang diperlukan:
1. Photo frame yang kosong (sudah semestinya..)
2. Ribbon kain (Seperti double tape). Bahan ni kalau korang dapat cari memang bestlah..Fisrt time aku jumpa Ribbon jenis double tape..mau nya tak excited. Inilah berkat aku selalu check stok barang baru dari kedai ke kedai jumpa jugaklah ribbon ni yang buat aku teruja tak abis.abis..harganya pun RM1.80 jer..murahkan?
3. Batu sebagai hiasan. (Bukan batu-bata ye). Mula-mula aku nak guna sticker seperti gambar diatas, tapi payah benar nak melekat..buat sakit jiwa jer..last-last guna batu jer lagi senang..

Cara-cara membuat:


CARA 1: Lekatkan Ribbon disekeliling frame.

Hasilnya...


Fasa pertama dah siap..nampak jauh sangat beza daripada yang kosong tadi kan? Mesti korang pun teruja nak buat jugak kan?hehe.


CARA 2: Lekatkan batu dikeliling photo frame..memandangkan batu yang ada tidak mencukupi, maka aku hanya buat lekat setakat yang ada sahaja..kalau penuh mesti cantik lagi kan?

Hasilnya...

 Tadaaa..pretty cool isn't it? hehe.

So, what are you waiting for..try now guyss!!goodluck okayy? :)
P/s: Still in CNY mood..I just wanna say Happy Chinese New Year guyss. May this year bring luck and prosperity for and for you.




4 ulasan:

  1. nice. boleh try lepas ni. nak decorate rumah best ni. ^_^

    come and blogwalking me. ^_^

    BalasPadam
  2. Sangat comel! So can buat 1 to me right, hehehe ^^

    BalasPadam
  3. Aeda Zainal:Thanks dear..waa,ada request lg.biasa2 jer sy buat tu dear.glad u like it..hehe.

    BalasPadam