16 Mac 2013

DIY: Hang Shelves for cute Doll collection.

Hye Bloggers!!Today I'm going to share another DIY Project with you guys..which is " Hang Shelves for cute doll collection"..Haa..Apa tu? sebenarnya, aku pun tak tahu nama yang yang sesuai untuk benda yang aku buat ni..tapi aku harap bila korang nampak kat gambar tu..korang pahamlah erk? sebab buat masa ni, hanya tu jer lah yang dapat aku pikirkan..Anyway, just enjoy okayy?

Sebenarnya, beberapa hari yang lepas..kami sekeluarga telah membuat rombakan kat sebuah almari pakaian lama..kiranya almari tu ada sejak awal pindah rumah lagi dan dengan keadaannya yang tersangatlah uzur maka kitaorang decidelah nak rombak..Bila dah buka punya buka, banyak lagi rupanya kayu kat bahagian dalam yang masih elok..sadis rasanya kalau dibiarkan jadi kayu api..jadi, aku pon ambik dan simpanlah yang elok kat suatu tempat walaupun tak pasti lagi masa tu apa yang aku nak buat dengan kayu tersebut..

Sehinggalah pada suatu petang yang nyaman..demi terpandangkan beberapa buah patung kecil atas almari..lalu den pun terpikir.."why don't we make one hang shelves on the wall, then put all the doll collection on it?"..Ek..eh macam bernas jer kan?. Apa lagi, bahan pun dah ada cuma perlukan sesuatu untuk mencantikkan kayu terssebut..boleh sahaja sebenarnya kalau nak kekalkan warna kayu tersebut..tapi, kebetulan my dad ada beli cat finishing wood dan masih ada lagi lebihan..then I think why not? beri nafas baru kat kayu tersebut..Oh my, cant wait to start...


Inilah dia Hang shelves yang dah selamat pun aku buat..sangat simple sebenarnya dan sehingga ke saat ini masih tergantung elok lagi kat dinding.hehe..do you like it guyss?..hope you like it :)

Ini adalah antara bahan yang diperlukan.

Untuk bahan, anda cuma memerlukan bebrapa batang kayu yang sama panjang dan lebar..senang nak bertukang nanti..tak perlu nak sukat-sukat segala.

Sebelum kita mulakan aktiviti bertukang, bagi anda yang ada cat kayu..sila cat dan kasi berkilat dahulu kayu tersebut dan jemur selama mana yang anda mahu sehingga kering..jangan pulak selamanya..


Plan nak buat Hang Shelves begini..

Ini adalah contoh hang shelves yang aku nak buat..Belum dipaku lagi tu. Jadi, berdasarkan gambar kat atas, kita hanya memerlukan 8 paku jer..dan tak banyak kerja yang kita perlu buat untuk siapkannya sebab anda hanya perlu pakukan disetiap bahagian tepi kayu sahaja seperti gambar kat atas.

Kesilapan teknikal berlaku ketika tengah syok memaku..Inilah yang berlaku bila orang perempuan bertukang..err untuk yang amateur seperti saya sahaja ye.:P..Patutlah cepat benor siap..rupanya tersalah paku.hehe..cacat sedikit rupa shelves den..terima jer la..huhu.

Yeayyy!! our hang shelves almost done..langkah seterusnya, aku nak bagi last touch kat kayu tersebut dengan mengecat lagi supaya lebih berkilat dan bersinar-sinar rupanya..hehe.

Shelves pun dah siap..So, I guess its time to hang it on the wall..Okayy, memandangkan aku tak pernah drill benda kat dinding dan tak tahu pun benda tu ada ke tak..my second option adalah guna double tape..

 Err..macam tak logik jer..entah menjadi ke entah ke tidak pun aku tak pasti sebab kayu tu boleh tahan jugak beratnya..Layankan sajalah labu.






And Guess what?Its working!! walaupun obviously ada kecacatan senget disitu..I still love it.hehe...for those whose interested..Gudluck guyss!!Happy Saturday..


2 ulasan:

  1. Dah follow dan kelebek dah artikel - artikel dalam blog ni .. Best .. Kalau Tak
    keberatan follow la kome balik http://ahmadrifaiii.blogspot.com .. :D

    BalasPadam