26 April 2012

Semalam yang Malang.

Sudah jatuh ditimpa oleh tangga lagi. Memang malang yang berganda la jawabnya..kalau nak tahu, itulah yang aku lalui semalam bersama dengan rakan sekerja. Pagi yang indah penuh bersemangat bila tahu gaji masuk akhirnya menjadi mimpi ngeri apabila mendapat tahu gaji kena tolak tanpa sebab musabab yang kukuh..hanya mampu pasrah sahaja sekalipun hati teramatlah sakit..dah nasib kita ni pekerja jer nak buat macam mana kan.terima je lah jawabnya.

Hati yang sakit masih mampu disejukkan bila kita dapat menerimanya dengan hati yang terbuka..Tetapi yang paling tidak seronok apabila adanya insan suka menjaga tepi kain orang dan menjaja cerita tentang orang seolah-olah dia lebih mengetahui apa sebenarnya yang terjadi..Ek eleh.."Baru nak sejuk hati aku, dia panaskan balik la pulak"..Jikalau la aku ni jenis yang panas baran, ada jugak yang kena smackdown kang..

Sebagai pelengkap kepada kejadian malang yang aku lalui semalam, dalam perjalanan nak berhenti membeli barang bersama kawan..tidak disangka-sangka, kereta kawan aku kena langgar..tersangatlah ketara kemik keretanya..Ya Tuhan..dugaan apalah yang kami office staff lalui hari ni..naik bertocang kepala aku memikirkan setiap kejadian yang berlaku..

Jika difikirkan kembali..mungkin ada hikmah disetiap perkara yang berlaku..sesungguhnya aku mahupun kawan aku pasrah sahaja menerimanya..Bak kata Pendekar Bujang Lapuk..Cobaan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan