23 April 2012

Hampir 5BULAN-

Terlalu lama rasanya 5 bulan tu..seperti katak dan puru dibawah tempurung. Boleh tahu apa yang berlaku di sepanjang 5Bulan tu..? Macam sadis jer bunyinya..Kalau korang nak tahu..Inilah kisah sebenar daripada seorang wanita yang hampir 5Bulan tidak keluar pergi berlengang kangkung di shopping mall melainkan tempatnya di rumah dan tempat kerja dan itulah yang berlaku sepanjang tempoh tersebut. Tapi bila dah keluar dari tempurung, perasaannya tersangatlah bahagia..nikmat bebenor sepeti baru keluar dari penjara..macamlah tahu bagaimana perasaan kena penjara.kononlah. :)

Bersempena dengan hujung minggu yang sangat menggembirakan itu, maka tabiat lama kini kembali iaitu mengambil gambar orang dan diri-sendiri..


 
Ini adalah aku..ayat yang sangat skema untuk pembuka kata..Tiada apa yang berubah. Masih rupa yang sama dan  kalau ada yang beubah, itu dah bukan aku dah..memang sah kes seram la jawabnya.



Ni aku ngan kawan sekerja..dengan ketinggian yang hampir sama, dan baju yang sudah terang lagi bersuluh memang sama..tapi perbezaan yang cukup nyata, dia tersangatlah putih..dan aku tersangatlah kuning..Dekat fitting room pun jadilah ambil gambar..Okaay apa.?


Mencuba baju..Berkenan sungguh dengan baju yang dicuba..tersangatlah elok jika dipakai ke tempat kerja..tapi malang tidak pernah berbau harum..harganya aku tak berkenan..maka baju itu aku REJECT.


Saat paling indah bila keduanya bersepakat membawa berkat memilih untuk melantak di KFC..sangat suka dengan ayamnya yang gebu..terubat juga rindu akhirnya.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan