9 Ogos 2012

Cedera Lagi..

Kali ini kucing kesayangan hamba mengalami kecederaan yang lebih teruk. Kalau sebelum ni, setakat tercalar kat muka ataupun badan, itu adalah perkara biasa yang pernah berlaku tapi kali ni badannya luka dan ada kesan gigitan sana sini..Apa jugakla yang harus aku buat supaya dia tak lagi macam tu ye..? Tak habis-habis dengan bergaduh ngan kucing lain..Asal pagi manja kemain minta makan..bila dibagi makan..Zzupp lesap..bila balik lagi petangnya nak makan, badan dah berbirat ngan luka.


Lihatlah keadaannya..kesian kan..? kalau la dia ni dapat mendengar kata..dah berjela-jela syarahan dan berbakul-bakul nasihat aku berikan..Tapi tu la, setakat dimulut jer pot.pet.pot.pet marah dia..macam la dia paham.. .Hmm..



Kalau dilihat, agak teruk jugak la tahap luka kat badan dia ni..bengkak pun ada jugak..Tu la degil..nak jugak berlawan ngan kucing lain..tak cukup cakar kat badan sampai luka..bulunya pun abis jugak diaorang kerjakan..hurmm..kesian betul..macam kes dera jer rupa..nasib baik sesama binatang..

Tolong jangan degil lagi okayy Meow..Hanya dialah satu-satunya kucing peliharaan yang tinggal..yang lagi dua ekor dah lama dah tak balik rumah..huhu. :(

Tiada ulasan:

Catat Ulasan